Friday 2 August 2013

Assalamualaikum....
Lama sudah aku tidak mengupdate blog yang aku kira semakin mengulat ni. Almaklum , aku tinggal di hostel dan lebih-lebih lagi SPM semakin hampir. *ayat aku macam orang buat surat tunjuk sebab*

Hari tu, masa aku duduk-duduk kat surau sekolah, timbul satu idea. Aku rasa sangat berpatutan untuk aku kongsikan. Kadang-kadang, bersalah juga aku rasa sebab tak menegur. Tapi takpa , melalui penulisan blog ni aku harap dapat juga aku menunaikan hajat yang tersirat dihati ni.
Hmm. Seperti yang kalian ketahui, Solat tu tiang agama kan? Dan solat la soalan yang bakal ditanya diakhirat nanti. Soalan wajib. Walaupun ia adalah soalan bocor, namun  tak semua manusia dapat menjawab nya dengan mudah!
Kita solat ni , bukan sekadar  “ aku dah solat.” Tapi kualitinya itu perlu. Allah tu sangat pentingkan kualiti dalam ibadah kita. TRUST ME!
Kaum lelaki solat, tak la banyak sangat syarat berpakaian nya kan. Tapi wanita, banyak perlu dijaga. Dan aku yakin, mesti ada hikmahnya kenapa macam tu. So, para sahabatku yang bernama wanita, masa solat tu, aurat la antara elemen yang sangat perlu kita titik beratkan. Bukan hanya kebersihan diri dan tempat bersolat ja yang perlu kita ambil kira.

Antara yang perlu diambil kira,
  • Kelegapan telekung.





Banyak jenis telekung yang terdapat di pasaran. Ada yang nipis dan juga tebal. Berdasarkan pemerhatian aku, ramai yang suka telekung nipis. Kenapa?? Sebab kata mereka tak panas. Sebenarnya, boleh juga kita gunakan telekung yang nipis sekiranya kita menggunakan tudung dan memakai pakaian yang diyakini tidak terlondeh sewaktu bersolat. Tapi, sebaik-baiknya , gunakan telekung yang legap. Memang la mahal sket, tapi demi kualiti dalam ibadah, kita sepatutnya rela berkorban.

  •        Skirt/Kain telekung

Sebaik-baiknya, gunakan kain sarung la. Sebab , bagi aku kain sarung la yang paling selamat. Legap. Supaya kaki tak Nampak. Nampak kaki, maknanya aurat terbuka.

Ni merupakan dua elemen antara yang terpenting sewaktu bersolat. Aku tau, ramai yang terlupa untuk mengambil kira pasal ni. Tu la sebabnya aku kongsikan ilmu yang aku tau ni. Diharapkan u all semua faham apa yang aku ingin sampaikan. Salam ramadhan al Mubarak.

*entry teramat ringkas.

No comments: