Saturday 13 July 2013

Dulu-dulu masa Form 1....

aku dah stay di hostel hampir 5 tahun. Banyak kenangan pahit+manis yang aku rasa. tapi bagi aku, setiap tempat yang aku stay, mesti ada baik dan buruk nya. Rumah pun gitu. Atul masih ingat lagi masa form 1, aku selalu homesickkkk!! (panjang bebenau k nya). Ya, as a form 1 masa tu, uhuk-uhuk. (terbatuk). Jiwa aku masih lembut lagi. kebudaks-budakan lagi. Segala-galanya lagi la. Selalu je nangis. Buruknya.. bila aku ingat balik. Uwaaaaaaaaa.....





Lagipun masa tu , waktu kepulangan sekolah aku sebulan sekali. Seksa la jiwa masa tu sebagai form 1. Lama kelamaan, aku okay ja . terutama masa hujung tahun. Semangat mau pulang kan. Disitu la juga saat aku terfikir, yang tahun depan nya aku akan ada adik Form 1. Tidak la sudah aku disayangi oleh senior-senior aku. Huh! Jeles konon. Pui!! Hahah. (Ayat tak matang).

Aku masih teringat lagi, masa aku first-first menangis. Ada sorang kakak tu pujuk aku. Ayatnya ceggini "Tul, kita disekolah ni tak lama pun. 5 tahun ja. Janganla nangis aaa. mak bapa hantar kita kat sini pun , untuk belajar.." masih terngiang-ngiang lagi di fikiran aku. Alhamdulillah, kakak tu sekarang bakal-bakal seorang guru. Mungkin motivation yang ada dalam dirinya tu kot yang menyebabkan dia berjaya walaupun banyak cabaran yang dia tempuhi. Kesian kakak tu. Tak payah la ya aku ceritakan kat sini masalah dia tu.

Soal Cinta?? 
. Masa tu bebudaks lagi. Lagipun aku berpegang pada prinsip "Mak Bapak masih tanggung". So, aku takkan menjebakkan diri dengan benda tu. Sampailah sekarang. Tapi prinsipnya sudah berbeza sikit sejak Form 2 . haha. "Bercinta selepas kahwin. Sekarang Parents masih tanggung".  Dan aku masih ingat, si Fatin. Member aku yang sekelas dengan aku dari form 1 hinggalah sekarang. Dia cabar aku tak b_ _ C_ _ _ _  sampai form 5. Nampaknya cabarannya hampir berakhir. Tapi , walau dia tak cabar, aku tak kepingin juga untuk ke arah itu. Nauzubillah. Bukan nak tunjuk solehah ya. Tapi nak betulkan perspektif sesetengah orang yang mengenali aku tentang kondisi diri aku yag sebenar. 



Yaa. Pengalaman la yang banyak mengajar aku erti hidup. Sehingga aku dapat bertahan di asrama sampai ke hari ini. Tak sangka juga kan. Ahaks! 


Lolz. ahah



Lebiu all. Salam Ramadhan. Aku dah nak pergi sahur ni. Jangan tak sahur tau.


No comments: