Friday 5 October 2018

Sem 5 #Part 2

Hai peeps!

Ketemu lagi kita ya. Alhamdulillah.
Spoil sikit kan cerita aku yang lepas tu? So aku nak sambung. Kebetulan malam ni aku ada masa sikit so yah kita manfaatkan apa yang patut.

Aku ada mention kan pasal "masalah lain" yang aku bakal hadap time balik ke Uni? Inilah yang aku nak share ni.

Time balik kat sini haritu , flight aku sepatutnya pukul 12.10 tapi disebabkan delay ke pukul 1.40 minit petang so aku pun terpaksa rela tiba di KLIA dalam pukul 4 lebih macam tu sebab penerbangan mengambil masa dua jam setengah.

Aku sebenarnya masih panik dengan keadaan aku yang kelam kabut nak mengejar flight tu, even masa tu dah berpuluh minit berlalu. Aku rasa serabut fikiran aku memikirkan penempatan aku nanti di kolej. Hari sewaktu aku kembali ke kolej tu merupakan hari pendaftaran bilik dan kolej tempat aku stay tu menggunakan polisi "siapa cepat dia dapat" . Memandangkan flight aku delay maka aku pun lambatlah tiba di kolej. Aku sampai dalam jam 5 lebih gitu.

Aku duduk sambil termenung di hadapan pondok guard. Aku seperti hilang punca. Aku blur sekejap.

Nak stay mana?
Aku tak sempat mendaftar!
Kolej masa tu agak sunyi sebab semua orang yang tinggal berdekatan Uni aku tu pulang semula ke rumah.

Aku tengok jam. Begitu cepat masa berlalu. Mujurlah aku gunakan keringanan yang Allah beri dengan hambaNya yang bermusafir. Aku dah solat jamak Qasar  di airport sebelum berlepas.

Perut pun berbunyi. Aku masih memikirkan tempat yang sesuai untuk aku sementara aku menunggu hari Selasa untuk pendaftaran fasa ke dua.

Lalu aku mendapat ilham.
Status whatsapp? Ada apa dengan status whatsapp?

Terlintas di fikiran aku untuk menggunakan platform whatsapp untuk mendapatkan bantuan. Aku tak tahu siapa rakan-rakan yang sudah mendapat bilik dan pada masa tersebut yang tinggal di kolej. Tak pulang ke rumah.

Lalu aku pun membuat status whatsapp yang berbunyi,
"Bilik siapa yang free?"

Tidak lama selepas itu, notification whatsapp masuk. Farah menghantar pesanan di whatsappku.
"Mehla sini Nina!"

Alhamdulillah! Allah sahaja tahu perasaan aku masa tu. Walau perjalananku agak berliku juga namun ada sahaja bantuan yang dihantar olehNya.

Tuhan itu tidak pernah menzalimi hambaNya!

"Oklah Farah. Aku masih kat bawah ni . Nak makan sekejap. Rasa lapar pula!"

Aku pun menikmati makananku dengan perasaan riang gembira !

Oklah. Udah lewat malem. Nanti ada masa kita curhat lagi ya!

Wednesday 3 October 2018

Sem 5

Assalamualaikum.

Lama tak dengar khabar aku kan? cuti semester baru-baru ni memang aku cuti semua benda termasuklah blog. Padahal tiap hari je aku nak online tapi semangat nak bukak laptop tu kureng sikit. So ... terabailah sang blog sehingga ia berhabuk dengan meriahnya hoorayyy!

Masuknya aku ke semester baru yang juga merupakan semester yang berbaki ini, banyak pengalaman baru yang aku hadap. Termasuklah cabaran-cabaran lain seorang pelajar. Aku yakin, banyak hikmah BESAR yang ALLAH nak tunjuk pada aku.

Mungkin bukan hari ini aku tahu akan hikmahnya itu.
Mungkin ia akan kuketahui juga di suatu saat nanti.
Sering saja seperti itu.

Bermula pada awal-awal kepulangan aku ke sini.
Aku hampir ketinggalan flight! Arghhhh . Memang... memang silap aku masa tu sebab agak terlewat bergerak dari rumah. Dahlah perjalanan menuju ke lapangan terbang mengambil masa dalam sejam lebih. Lepastu aku terpaksa singgah di kedai beli mangga kecil untuk bagasi aku. Sememangnya mengambil masa juga dan aku kira sempatlah kononnya sampai tapi aku hampir tertinggal flight!

Aku melihat jam di tangan.
Pukul 11 pagi.
Aku sepatutnya berada di airport paling kurang tiga jam sebelum berlepas. 
Flightku adalah pada pukul 12 tengah hari. Gate akan ditutup pada pukul 11.50. Aku agak cuak pada ketika itu sebab ayah drive agak slow. Nak suruh beliau lajukan pemanduannya , aku risau pula nanti lain jadinya. 

Maka, aku hanya mampu berdoa dalam hati moga-moga flightku delay. 
Walaupun kelihatan agak mustahil sebab pihak penerbangan mesti akan inform awal sikit melalui email jika flight delay.

Aku tidak putus-putus berdoa agar KEAJAIBAN berlaku pada saat itu.
Aku juga yakin doa seseorang yang sedang bermusafir itu adalah makbul.

aku melihat kembali jam di tangan.
ada lebih kurang 200 meter sebelum tiba. Masa tu ada 10 minit lagi sebelum gate ditutup. 
Aku bagitahu abah agar dia memberhentikan aku di tepi jalan agar aku boleh berlari sementara mereka cari parking, tapi ayah dengan keadaan yang tenang menyatakan bahawa kami perlu mencari tempat parkir dulu.

"Tak apa, kalau terlewat abah belikan tiket baru".

Walaupun abah menenangkan aku , namun aku tetap panik pada ketika itu. Aku ingatkan orang tak ramai beratur di kiosk check in . Aku lihat jam di tangan ada beberapa minit lagi sebelum gate ditutup. Arghhhhhhh ! Peluh sejuk memercik di dahi. Jantung berdegup kencang. 

Aku melihat kembali jam.
Ya Allah!!!!!!! Tepat pukul 11.50 pagi. Memang diorang dah tutup gate Ya ALLAH!

"Abah, macam tak sempat dah ni. Tutup gate dah ni"
Aku mengulang-ulang perkataan yang sama dengan riak muka yang panik dan cemas.

"Cuba kakak tanya kaunter dulu kalau boleh lagi masuk."
Abah masih dalam keadaan yang tenang seperti biasa.

"Cik. Flight awak pukul berapa? Saya punya flight kejap lagi. Boleh tak saya kedepan dahulu?"
Aku meminta izin dengan orang yang berbaris dihadapanku untuk aku memotong barisan mereka.

"Okay. Awak pergilah dahulu"

Aku dengan pantas memotong barisan untuk berurusan di kaunter.

"Cik. Saya tak sempat print boarding pass sebab saya terlambat dah ni. Boleh tak saya guna borang check in online ni? "

Kerani yang bertugas di kaunter pun menjawab ,

" Tak boleh dik kalau yang ni. Tak apa. Saya print dari kaunter ni je."

Selamba beliau menjawab tanpa memarahi aku. Selamat.

Cuma. Aku tawakkal je pada ketika itu. Aku harap barisan panjang dan aku sempat pergi ke Gate A sebelum pintu kapal ditutup.

Usai pemeriksaan kastam, aku berlari selaju-lajunya tanpa menghiraukan orang sekeliling. Pelbagai perasaan aku rasakan pada ketika itu.

Rasa geram dengan diri sendiri.
Rasa bersalah.
Rasa sedih ,
Serabut gila!

Aku terus melihat papan tanda ke arah Gate A-12. Aku berlari lagi. Aku sempat melihat skrin billboard yang menunjukkan waktu berlepas namun aku hairan mengapa nombor kapal terbang yang sepatutnya aku naiki tiada!

hah?

Tapi aku meneruskan "larianku".
Aku lihat semua penumpang yang sama lokasi dan kapal denganku masih duduk dengan tenang. Tiada tanda-tanda mereka akan menaiki kapal pada ketika itu.

Tiba-tiba....

"Perhatian kepada semua penumpang-penumpang AK5221, penerbangan anda terpaksa ditunda ke pukul 1.40 minit petang disebabkan terdapat masalah teknikal di lapangan terbang Kuala Lumpur. Pihak kami memohon maaf atas masalah teknikal yang berlaku. Terima kasih."

Alhamdulillah!
Ya Allah aku bersyukur!

Aku duduk dengan tenang sambil menarik nafas lega.
Aku sungguh terharu dengan nikmatmu ini Ya Allah!
Aku tak ketinggalan flight. Engkau selamatkan aku dalam situasi ini.

Keluar airmata ku.
Terharu kerana doaku dimakbulkan.

Aku mengambil telefon bimbit Vivo ku di dalam beg dan memberitahu kedua ayah dan umiku tentang perkara tersebut.

Namun , ada pro dan cons juga flight aku delay.
Aku tidaklah terlalu gembira kerana ada masalah besar lain lagi yang aku kena hadap setibanya aku di universiti nanti.

Nantilah , ada masa aku sambung ya? Sebab esok aku class pagi.

Bye!

.................................................................................................................................................