Friday 28 December 2012

BLOGGER WANITA BERBADAN DUA :)

assalamualaikum....

to all cute@nsem readers..
hope uolls sihat smua... haa! sblum Jie memulakan topik, jie mau mngucapkan tahniah kpada kak Maria Elena dan abang Asfirdaus yang telah selamat mendirikan rumah tangga beberapa minggu yang lalu. semoga hubungan kalian akan diberkati oleh Allah dan kekal selama-lamanya...


kak maria n asfirdaus

Ok..ok.. selesai disitu. ada lagi satu berita yang agak baru jugaklah. iaitu berita tentang  dua orang blogger wanita yang cute dan kahwin muda. haa.. msti kamu tau kan siapa yang dimaksudkan??? Jeng.Jeng.Jeng...
tak lain dan tak bukan lagi... Kak Dena bahrin dan Kak Irene Nadia. dilaporkan mereka ni sudah berbadan dua. Kak Dena ni rasanya tidak lama lagi bergelar ummi bagi anaknya, dan kak airin pula berkemungkinan akan melahirkan anak beliau pada penghujung tahun hadapan. Tahniah.. Tahniah.. Tahniah... kepada ibu2 muda ni. apapun, Jie rasa berbangga lah jugak dengan blogger wanita ni sebab dalam usia mereka 20 tahun ni, disamping menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri, diorang jugak sebenarnya still blajar di institusi pengajian tinggi tempatan. Mereka ni dikira "Gagah" jugak kann???




Hmm... Penat berceloteh~ Out dulu~ Assalamualaikum :::)))







Monday 24 December 2012

Perlis Time

Assalamualaikum Readers~

Apa khbr korangg?? sihat?? Hope korang sume sntiasa sihat wal afiat. HRI NI, Jie nak kongsi lah sket2 pasal gambar2 kitaorg masa kat Perlis last year.. Time tu Jie Form 3.. Budak2 lagi.. tak matang langsung ..hik..


Perkenalkan Dari Kiri : Ali, Azim, Daus, Cikgu Jainas, Kak Fatin ,  Aku


alamak!! sorang cikgu xda gambarnya disini!! Cikgu Hartini!!


cikgu Hartini yang pakai baju kuning tuh!! 

Kami adalah jugak berkesempatan bergambar kat sempadan Thailand-Perlis tuh.. Tapi muka Jie la yang paling excited abes..

bukan ni..tapi..





yang ini...
Nilah sempadan tuh~ aah~mesti korang dah tau..

hah! korang nak tau apa Jie dan kak Fatin buat masa tu.. hahaha.. amatlah lucu dan agak jakun sedikit perangai kami masa tu.. tau la tak matang lagi..
kami nak jugak rasa gi Thailand tu.. tapi sampai bila kan nak tunggu..maybe dalam beberapa tahun lagi.. haha..so , di kesempatan kami berada di sempadan tu, kami try2 la masuk kat sebelah pagar.. tiba2 kami nampak ada pak cik Guard.. tak taula may be polis kot.. sebab dia ada pegang senapang..tapi dia tak la acukan kat kami.. haha..lucu..lucu.. aPalagi..terus la kami berlari lintang pukang..takut ditembak.. hish~merepekzz jew..



Berposing Dpan kereta berflat Thailand..







kami berempat :)



Welcome To Malaysia :)



rindu saat nii :(


Depan Gua Kelam :)


ada jugak benda yang sedih masa tu... kami x dapat msuk ke dalam gua tu sebab gua tu dalam proses pembikinan.. beberapa tempoh sblm kami gi sana, banjir di tmpat tu..so bnyakla yg prlu di perbaiki...

haa.. Jie harap, dapat jalan2 macam nie dgn diorang.. :)


Vlogger yg Bestt!!!


Assalamualaikum readers..
Math Lutfi? Maria Elena? Hafiz Zainal?
Siapa yang tak kenal dengan diorang ni???
Diorang nilah antara V-logger terkenal Malaysia pada ketika ini..dan semestinya saya di antara peminat a.k.a  fan diorang ni…

Hmm.. msti korang tertanya2 kan kenapa saya meminati mereka??


(Math Lutfi )

haa ni dia math lutfi tuhh :)


Sebab , kebanyakan video yang di-upload beliau mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat. Jie jugak suka mesej yang disampaikan melalui video beliau.


(Maria Elena)
Kak Maria Elena :)



Kakak ni pulak sangat slambe .. cool je.. walaupun dia cakap BI dalam kebanyakan video yg dirakamnya,tapi mudah difahami oleh kita . tambahan pulak, kakak ni simple orangnya. Saya suka orang yang simple tapi smart J


(Hafiz Zainal)

ni la HAFIZ ZAINAL tuhh :)


Ooo.. mamat ni..Jie minat Video beliau sebab dia ni suka cover lagu artis-artis tempatan dan artis yang bertaraf antarabangsa. Suaranya sedap, ada pakej jadi artis . tambahan pula, jie minat dengan dia ni sebab dia ni ambik jurusan medic di university dekat Alexandria, Mesir tuhh.. haa.. dia ni bakal2 dentist la ni.. Jie ni sebenarnya bercita-cita nak jadi doctor jugak..

So, itulah antara vlogger yang Jie minati J dan Jie rasa, Korang pun minat kan dengan diorang ni.. apapun, kalau sape2 yang nak tengok video diorang ni, trylah search di youtube wokey … Snyum itu sedekah..Wasalam..

Saya Budak Sabah!

Assalamualaikum readers...





      Saya budak sabah! Cee!! macam nak berkempen pulak. hee ..tak lah. sebenarnya, Jie nak bagitau korang semua yang Jie ni sebenarnya penduduk negeri sabah.. Bukan apa, mesti ada readers yang  heran kan kenapa cara Jie menulis dalam blog ni ala2 minah semenanjung gitew.. Sebenarnya, Jie nak memudahkan korang smua faham apa yang Jie ingi sampaikan. Mesti korang tak faham kan kalau penulisa blog Jie dalam bahasa Sabah sepenuhnya? Jie berperasaan bgitu sebab Jie dah ada pengalaman sebelum ini. Masa tu, Jie berbual dengan kawan-kawan yang asalnya dari area semenanjung. diorang tak berapa faham apa yang Jie bualkan. Haaa.. tu laaa pasal Jie berloghat macam ni.. hehee...semuanya..ada faham?

       begitulah reason Jie atas semua ni. Jie harap korang semua faham. tu jer untuk post kali ini.. Wasalam :)

Sunday 23 December 2012

Sombongnyerr~


Assalamualaikum…
Semua sihat? Jie harap semua readers blog Jie sentiasa sihat wal afiat selalu. Haa.. hari ni, Jie nak bercakap la pasal sifat sesetengah individu ni. Jie bukan berniat nak sakit kan hati orang-orang yang bersikap sebegini. Jie Cuma nak buat teguran@renungan untuk kita semua yang bergelar Insan Biasa ni tentang sikap@sifat sombong.bongkak.takbur dan yang sewaktu dengannya.


Gambar sekadar Hiasan..ceee

       Macam ni, Jie ni selalu jugak terdengar cerita –cerita kawan Jie tentang perkara m,acam ni. Orang sombong itulah, orang riak dengan hartanyalah. Aah! Macam-macam lah. Individu yang bersikap seperti ini beranggapan bahawa orang miskin ni hanya tahu meminta-minta sahaja. Ek eleh! Tak boleh tau macam tu! Ingat! Kita hidup di dunia ini bukanlah untuk saling memandang rendah diantara satu dengan yang lain. Bila difikirkan, kita semua ini sama jer. Diciptakan daripada tanah. Sepatutnya tidak timbul perkara sombo9ng menyombong ni. Tak ada gunanya.

       Seperkara lagi, kita perlu ingat, tau yang harta ni pandai habis jugak. Kalau kita sombong hari ni, dan bermegah-megah dengan harta yang kita miliki,pasti tuhan akan membalas perbuatan  kita ni sama ada didunia lagi mahupun di akhirat . kalau di dunia, bersyukurlah kita sebab masih diberi pintu taubat , tapi kalau diakhirat sana, bagaimana? Adakah ruang lagi untuk kita bertaubat? Tentulah tidak kan?

       So, nasihat saya, yang juga insan yang lemah dan banyak membuat dosa ini, jangan la kita bersifat sombong dan bangga dengan apa yang kiota miliki sebab segala harta dan kelebihan yang kita ada ni sebenarnya bukan hak milik mutlak kita. So, fikir-fikirkanlah. Harap tak ada yang ambik hati… J senyum selalu. Wassalam.

Saturday 22 December 2012

Tersesat Di KL


Assalamualaikum kepada semua pembaca2 yang setia budiman..  Alhamdulillah.. hari ni dapat juga lah Jie meng-update blog Jie walaupun sudah lama berbasi ini. Haha ceewah! Bebasa basi lgi. Sebelum tu, Jie nak Tanya la kepada semua reader yang amat2 lah dikasihi sekalian, apa khabar semua? Erm..sepatutnya dari awal tadi lagi Jie Tanya korang , tapi Jie lupa. Biasalah dah berumo ni. Hik3.. hari ni.. Jie nak kongsikan cerita@pengalaman Jie kat KL tahun lepas. Pengalaman ni sebenarnya tidak la lucu sangat, tapi bagi Jie agak lucu la jugak., sebab Jie tak pernah pon ada pengalaman segini rupa. Hahaii!! Jie mulakan ceritanya ya,







                                                                Bersama geng2 ku






CERITANYA BERMULA BEGINI,
Jie terpilih utk wakil sekolah dalam pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Daerah. Tapi bukan Jie ja taw yang dipilih oleh cikgu, tapi ada 4 orang lagi iaitu Firdaus , Kak Fatin , Azim , aku (Jie) dan seterusnya Ali.  Peranan aku sebenarnya disini adalah sebagai Menteri yang Keempat. Dipendekkan cerita, setelah memenangi pertandingan ini dalam peringkat daerah, Zon Pantai Barat Utara(PBU) Dan seterusnya Negeri, Kami pun bertolak la ke Negeri jiran kepada Thailand, iaitu Perlis untuk pertandingan di peringkat seterusnya.
      Kami memperuntukkan masa selama 7 hari untuk pergi ke “luar negeri” itu.  Haha ..suda la first time.. apalagi dgn masa yg lama tu, happy la Jie. Macam hampir terlupa ja yang Jie sebenarnya tahun tu akan ambik exam besar… hix3..  PMR..PMR..PMR
       Wokeh jie sambung cerita,
Tempoh masa kami berada di Perlis adalah selama 4 hari 3 malam. Lama jugak kan? Tapi di tempat orang , memang ada kerisauannya. Macam2 la Jie terfikir di kepada otak ni. Itu la, ini lah.. mengarutzz sangat. Haha..Dipendekkan cerita lagi, nasib tak menyebelahi pasukan kami apabila pasukan kami kalah dalam pertandingan tu.. sedih tu, memang la sedih.. macam nak nangis je masa kat tempat pertandingan tu. Tapi demi maruah, kami tetap menahan airmata yang macam nak mencurah2 masa tu. Haa.. bila cikgu Jainas dan Cikgu Hartini (guru pengiring) kata yang kami akan bercuti lagi ke KL, huh! Happy la kami sangat. Dahlah tak de pengalaman jalan jauh .. kat KL lagi tu. Happy3…


haa.. ni time kami d gua kelam

ni pulak di ladang tebu

walaupn x dapat masuk, gambar di luar oke la..

       Setelah kami berangkat ke airport Kedah untuk ke Kuala Lumpur, beberapa  minit kemudian kami pun “fly” la ke KL. Degap degup juga jantung  masa tu.  Mesti korang tertanya2 kan kenapa? Haha.. semuanya pasal EXCITED la.. hihi..  kami stay kat satu tempat. Jie x ingat la apa namanya, tapi yang penting tempat tu berhadapan dengan KLCC.  Hah! Disini la Kenangan itu tercoret apabila kami berjalan-jalan di pasaraya SOGO . masa tu, Jie memang x da barang yang nak dibeli di Mall tu. Jie try nak pegi  Jalan2 sorang di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) . Jie  nak mbeli tudung kat sana sebab dengar2 cerita , kat sana tudung murah bebeno.. haha.. jadi Jie minta la kebenaran untuk turun dari tingkat atas Mall tu . so cikgu benarkan la. Jie happy la sangat masa tu. Tanpa buang masa yang banyak, Jie terus la ke destinasi. Tiba2 Jie terjumpa sahabat lama@ ex-student school Jie yang study kat UIAM. Ya Allah! X sangka. Jie terus la sapa kakak tu. Kakak tu pun terkejut jugak la dengan keberjumpaan kami itu. So, cikgu Jainas pun telefon Jie, “Assalamualaikum, Jie kat mana ? kami dah nak bertolak ni kat kedai MyDin ni.” Aku pun menjawabnya,” walaikumsalam, cikgu . Jie ada terjumpa kak Fauzan ni kat Jalan tar tadi. So nanti kami follow cikgu dari belakang sebab genk2 kakak ni pun nak gi sana.” . cikgu pun menjawab, “ Ok la kalau gitu, “ . selepas tamat perbualan, Jie pun teruskan perjalanan. Sebenarnya, kawan2  kak fauzan  tu, walaupun mereka ni dari area semenanjung , tapi diorang pun x la biasa sangat kat KL.  Terdetik jugak dihati Jie nak jalan sendiri sebab tak nak menyusahkan mereka, tapi dihalang pula oleh salah seorang kawan kak Fauzan. “ Dik , jangan pandai2 jalan sendiri. Ini KL taw.  Kite pun x biasa jalan kat sini. So, biar kita yang hantar adik ok?” kata salah seorang daripada mereka.
      So, kami pun mencari la cikgu kat Mydin tuh.. tapi malangnya tak jumpa2 jugak. So Jie pun telefon la cikgu Jie, “ cikgu.. cikgu kat bahagian mana? “ cikgu menjawab “cikgu diatas ni, kat area songkok ni” .. so aku dan kak fauzan pun cari la cikgu di bahagian songkok. Tapi malangnya , genk2 Jie tu tak pula dijumpai. “mana diorang nii?” Jie bermonolog . penat mencari, akhirnya cikgu bertanya “ korang kat Mydin mana ni? Mydin ini ada banyak cawangannya kat KL ni. Kami kat Mydin jalan Pudu ni. Kami tunggu Jie ni”.. ya Allah! Rupanya kami tersalah tempat … macam2 lah perasaan Jie masa tu. Bercampur baur macam perisa Maggi jer. Bayangkan kami sampai kat Jalan Pudu tu dah malam.. apalagi, cikgu Jie pun senyum2 tengok Jie . “ haa..sebagai dendanya, malam ni, jie cuci baju kiteorang… “ kata cikgu Jainas dengan nada bergurau.. “ cikgu.. sorii.. tak sngaja tuh” aku merayu.. tapi Jie tau, cikgu just main2 jer. Rasa bersalah la jugak jie sebab dah menyusahkan ramai orang.. so, Itulah pengakhiran cerita Jie.  Sampai sekarang cerita tu melekat di kepala otak Jie. Satu kenangan yang sukar dilupakan. Apa-apa pun, Jie minta maaf la kalau cerita ni tak best@membosankan. Senyum selalu.. wasalam

Tuesday 18 December 2012

Dengan Lafaz Bismillah...

Assalamualaikum.... x jawab dosa taw.. hikhik..


comel tak saya?


Kepada semua silent readers blog Jie ni, semua sihat? Jie harap, korang semua sihat wal afiat. Jie ni nak mintak maaf laa kepada semua readers kalau blog Jie ni comot dan tak kreatif langsung.. sebenarnya, kalau korang nak tau , jie ni taklah kreatif orangnya. Jie ni biasa2 saja... dan untuk pengetahuan korang, jie adalah seorang gadis yang sangat simple..hik2 betulke? hanya orang yang terdekat dengan jie ja yang tahu menilai akan sikap dan sifat Jie yang sebenarnya.
      Apapun, Jie nak bagitau korang yang entri ni merupakan post pertama Jie semenjak Jie dah serius ber-blog ni. Dulu, jie pernah juga try2 nak berblog , tapi tak menjadi pulak blog tu, sebab ianya sangat buruk dan lebih buruk daripada blog ni.
      So, Jie tak nak la pulak korang bosan baca blog jie nie. Diharapkan Jie dapat memanfaatkan blog ni dengan sebaik2 nya. Jie jugak berharap, kalau ada siapa2 yang sudi bagi cadangan dengan jie untuk mengemaskan lagi blog ni.. ok la.. itu saja post Jie untuk kali ini.. wasalam..