Friday 15 February 2013

Faedah Homework


Assalamualaikum…
Pejam celik, pejam celik, sy dah hampir dengan angka 17. Kenapa?? Haha.. sebab dalam masa beberapa bulan lagi, sy akan masuk 17 tahun. Tua sudah kan??

Syukur Alhamdulillah,
Panjang lagi umo aku. Diberi  masa lagi untuk berjasa/berbakti ngan parents, family dan seterusnya orang sekeliling walaupun x la banyak mana pun. Eh!! Lari dari tajuk entri plak!!!

*ni la antara kerja umah aku*


Ok..ok..
Disebabkan student school aku cuti seminggu, so banyaklah homework diberi. Haa.. kalau sudah namanya banyak homework, mesti ramai student yang merungut, am I right??
Tapi kan, bila difikir kembali, banyak jugak faedah homework ni,

antara peneman setia 
ni lah paling setia .. *mesti bawa kemana2..


Antaranya :

1)     Biasanya student ni akan (Honeymoon) time cuti ni. Maksud honeymoon disini ialah bercuti daripada menyentuh/membuka buku.
2)     Kita ni selaku manusia biasa,cepat lupa akan sesuatu ilmu tu jika ia tidak diamalkan secara istiqamah. Menurut kajian, sekiranya ilmu yang kita pelajari hari ini tidak diulangkaji dalam tempoh 24 jam, peratus ingatan kita terhadap sesuatu ilmu tu akan berkurang.
3)     Mengaktifkan otak. Kenapa saya katakana begitu?? Haa..sebab membuat latihan seperti latihan matematik akan memerlukan kita banyak berfikir. So, otak kita yang selalu bertapa tu boleh la aktif skit..
Hmm.. sebenarnya banyak lagi faedah homework ni. Tapi aku tulis yang aku tau jak. Harap ilmu yang sedikit sebanyak ni, dapat memberi inspirasi baru buat anda semua..  J

Monday 11 February 2013

Ketam Bakau, HALAL ke HARAM??


Assalamualaikum n salam one MaLAYSIA J
Lepas balik dari asrama ni, tetiba plak rasa mau tulis pasal KETAM @ CRAB… tapi kenapa ya?? (persoalan ni mesti ada di minda kamu kan?? ) haha.. kalau aku pun, memang akan berfikiran macam tu.  Dan.. dari tajuk pun ada yang masih tertanya2 akan jawapann… nanti I terangkan okay… sama ada KETAM BAKAU ni halal ka haram dimakan … So, teruskan membaca okeh J

Sebelum Melangkah ke cerita Hukum hakamnya…

Aku ada story pasal ni.. bila ingat balik, ada jugak rasa rugi sikit.. kenapa? .. haa.. nanti aku cerita..kejap2..


CERITANYA BEGINI,
Hmm.. dulu masa kecik2, ni la antara favourite food aku.. nenek slalu bli ketam bakau lepas dia jalan di pekan Kota Marudu.  Sesampai nenek di rumah, Ummi aku terus masak ketam2 ni. Sedaaap… kuahnya pun sedap jugak..
Dipendekkan Cerita,
Masa form 1, ustaza bercerita pasal ketam .. pasal hukum memakannya jugak… banyak kan jenis ketam ni.. ada ketam Bunga (yang tinggal di Laut tu), ketam bakau (yang sering jadi kontroversi..haha) , ketam batu dan macam2 lagilah.. aku x tau sangat. Ketam2 ni ja aku tau..hee
tapi masalahnya , aku x dengar betul2.. ish3..tu la.. rugi.. ustazah cakap yang ketam warnanya hitam (ketam batu) yang haram dimakan, sebab ianya dua alam. Boleh hidup di air dan darat. Hmm.. tapi aku salah faham. Kan ada dua ketam yang rupa nya hampir sama, ketam bakau dan ketam batu. Aku fikirkan yang haram ni ketam bakau.. ish3..rugi2.. kesilapan aku jugak tu.. x Tanya dengan lebih detail lagi dengan ustazah. Suka sangat buat kesimpulan sendiri.
U all tau, disebabkan salah faham tentang perkara tu, hampir tiga tahun aku x makan ketam bakau ni..padahal..favorite aku.. sedih..haha..

Okayla,
Ni aku nak cerita kenapa ketam Bakau boleh makan, Ketam batu x boleh… aku faham pun semua ni sebab membaca buku yang ditulis oleh seorang penulis buku Ustaz Noor Hisham Ismail iaitu buku “Mencari Redha-Mu). Best tau buku ni. Kalau ada kesempatan, beli la okey,J
Syariat Islam telah mengecualikan beberapa binatang dari bangkai yang diharamkan iaitu ikan,ikan paus dan binatang2 laut yang seumpamanya. Ketika baginda Rasulullah s.a.w ditanya mengenai laut, baginda s.a.w. bersabda : “Airnya suci lagi menyucikan dan bangkai binatangnya adalah halal.”-Hadis Riwayat Ahmad & Ashab Al-Sunan.
ALLAH TAALA telah berfirman yang bermaksud, “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya,” –Al-Maidah ayat 96.
Hmm.. kita berkenalan dulu dengan Ketam nipah ni.
Ketam nipah ni sebenarnya dikenali juga sebagai Ketam Bakau atau Ketam Lumpur. Ketam ni juga bukanlah dari kalangan reptilia atau amfibia, tapi adalah dari jenis krustacea (bercengkerang) iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Nama saintifiknya pula ialah (Syclla Serrata).  Keseluruhan hidup ketam ni adalah di dalam air dan system pernafasannya pula adalah melalui insang, bukannya melalui paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Kehidupan ketam bakau ni di darat adalah amat singkat, iaitu lebih kurang tiga hari, sebab dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tu untuk pernafasan dan sekiranya air tu kering, maka ia akan mati.

*ni la perbezaan ketam2 tuh...


       Proses pembiakan haiwan ni adalah melalui bertelur. Tempatnya membiak pula di kawasan paya yang berlumpur. Dan untuk pengetahuan korang, ketam bakau ni boleh membesar hingga 4 kg. Subhanallah! Mesti lagi sedap kan kalau dimasak..haha..

       Orang ramai sering mensalah tafsirkan bahawa ketam bakau ni kononya ketam batu sebab dari segi rupa  dan fizikalnya seakan serupa. Tapi sebenarnya, jika diteliti betul2, yang membezakan antara ketam batu dan ketam nipah ni hanya kaki belakangnya yang mana kaki ketam batu tajam semuanya manakala kaki ketam nipah ini iaitu di kaki belakangnya terdapat sepasang kaki renang.

   Jie harap, kamu faham la penerangan tentang Si ketam sebentar tadi. Pihak Mufti dan JAKIM juga telah menetapkan bahawa Ketam Bakau@Nipah@Lumpur adalah HALAL untuk dimakan. so, tiada keraguan disini… Itu ja lah ya untuk kali ini. Assalamualaikum w.b.t…

P/S: kalau ada kesilapan fakta di sini, sila perbetulkan...