Monday, 15 December 2014

WORLD WORST WEED !

huh ? WWW itu apa? aku bukan nak cakap pasal www untuk laman sesawang tapi....

Rumput miang Mexico.

Aku tadi dok dengar radio chanel sabah FM. almaklumlah. Aku dengar yang cool-cool punya radio jak. Hot FM aku tak berapa layan. *eksheli tak layan sebab takder line dekat kampung. as u know , pedalaman bah kan.
So, aku ni manusia jenis suka dengar benda-benda pelik. Bukak radio tadi pagi terus dj Saat dan err dj ...... dak ingat Dj apa cerita satu info pasal rumput ni. Aku tertarik untuk ambil tahu dan seterusnya ingin menarik uoll semua membaca. Kot-kot tumbuhan ni tumbuh melata depan rumah korang. BAHAYA!

Rumput ni rupa dia lebih kurang macam ulam raja. Bahaya untuk penggemar ulam-ulaman. risau nanti tumbuh di kebun terus kutip dan makan. Bahaya tuuu....aku asyik-asyik cakap bahaya supaya otak kita set benda tu bahaya. Macam hipnotis pula.




infolaju.com



sama kan? Cuma daun rumput ni agak panjang sedikit. aku pun heran macamana benda ni boleh tersebar di Malaysia. Cuma belum tersebar luas. Dipercayai di semenanjung Malaysia sudah ada rumput miang ni iaitu di Perak, Negeri Sembilan , Kedah dan Selangor. Dan Sudah ada yang terkena virus tumbuhan ni. Pelik kan? Dari mexico ke Malaysia. Pikiaq la sendiri.

Kesan daripada miang rumput ni adalah gatal-gatal pada kulit , ruam , kulit mengelupas dan sebagainya.  Sistem pernafasan pun boleh terganggu! contohnya seseorang itu akan mengalami selesema dan athma. 

kenapa dan mengapa ini boleh terjadi? Ini adalah disebabkan bahan kimia yang terdapat pada debunga,bahagian akar , daun dan batang iaitu parthenin, ambrosin dan hymenin yang sememangnya dipercayai boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan manusia.

kenyataan ini sebenarnya telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 9 disember 2014. 

Jadi... Berhati-hatilah rakyat malaysia. Awas sebelum kena!

sumber : Cun.my