Saturday 31 August 2013

KEM IHYA RAMADHAN # Part 1

hmm.. Alhamdulillah. Dua kali suda aq join kem Ihya Ramadhan, dan kedua-duanya memberikan nostalgia@memori yang takkan aku lupa sampai bila-bila. Banyak input dan pengalaman yang baru aku dapat timba masa join kedua-dua kem ni.

Hari raya bah sudah ni kan. Terlambat betuul suda aku bercerita pasal pengalaman ni semua. Tapi bagi yang sudi membaca, terima kasihlah. Bagi yang tak sudi, tak mengapalah. Cheq faham feeling kamu semua.

KEM IHYA RAMADHAN (2012)

masa tu aku form 4. Malam sebelum kami bertolak ke Kem Malanggang, kiulu  tuaran tu, hati kami berat semacam.Time tu aku rasa macam tidak mau ikut ja tu program. Ndak tau la kenapa. Member2 aku yang lain pun rasa macam tu. Tapi kami mesti juga ikut walaupun hati berat. Dahlah masa tu exam setara 2. Lagipun, orang tua-tua kata, jika berat hati, better jangan pergilah.. Tapi , kami tetap yakin dengan ketentuan Allah. Sebab yang menentukan segala takdir tu bukan orang2 tua, tapi Allah..

Jadi kami bertolak ke sana dengan perasaan yang pelbagai. Biasalah, first time kan. Dan aku sudah set baik-baik dalam kepala aku yang aku tak mau jadi penghuluwati. Ya.. berapa kali sudah aku jadi penghuluwati kat sekolah tu... ada-ada ja program yang melibatkan satu form, aku juga ... bagi peluang lah kan dengan orang lain.

dipendekkan cerita, malam tu pemilihan penghuluwati,penghulu dan imam besar. Masa tu aku steady meady la. Aku dah setkan dalam minda.. Aku tak mau jadi penghuluwati lagi.

Tapi...
bila ditanya pelajar putera, tiada respon. beralih pula ke pelajar puteri. diam pula semua. aku tengok muka ketua kem kom tu, macam berubah sket. Aku memang jenis tak suka dengar orang marah. Jadi aku pun berdiri. Semua tengok... Ya Allah. Aku lagi... Kawan-kawan aku pun support aku berabis. "Ko pi ja lah".. Ok..masa tu aku positifkan diri walaupun aku rasa ada yang tak puas hati. Biarlaa..siapa suruh tak berdiri...

Okay. Aku sorang-sorang kat atas pentas masa tu. Kemudian , pelajar putera pula ditanya... siapa? siapa?... Dan rupanya budak sekolah aku juga. Merangkap kawan sepengawas, Si Aminullah.. hmm..ketua kem kom tu sempat lagi berseloroh, "aik, sma sekolah? kamu rancang ka ni??".. aku hanya mampu tersenyum. Tanda hormat dengan beliau. Ok...aku jadi penghuluwati..mesti redha... Tanggungjawab pun ada...

Imam besar? Si Ahmad Amri. Mula-mula tu, aku tak perasan pun yang dia ni aku pernah jumpa masa form 3. Di sekolahnya juga. Masa tu ada kem 1 murid 1 sukan. Fikirkan dia ni budak sukan semata-mata, rupanya seorang Hafiz bah juga... Alhamdulillah dapat kenal dengan sahabat macam tu. Malam tu, ketua kem kom terus panggil nama nya. Mungkin diorang tau kali latarbelakang dia kan.. sesuai la dia pegang tanggungjawab sebagai Imam Besar tu...

Ok...aku pun menjalankan hidup di kem tu sebagai penghuluwati walaupun ada suara-suara yang kurang enak aku dengar. Tapi aku tak kesah... semua tu buang dalam parit je..

Sehinggalah aku dianugerahkan sebagai Peserta terbaik perempuan. Alhamdulillah. Tidak juga aku sangka tu. Rezeki Allah bagi kan... Tu lah first time aku dapat anugerah sepanjang aku join sebarang kem.


pengalaman mengajar aku erti ketabahan, kekuatan dalam memimpin. Risau+takut juga aku pegang amanah ni. Tapi jika bukan kita, siapa lagi??

No comments: