Tuesday 6 August 2013

PLKN MARI??

Assalamualaikum, siapa dapat PLKN ?? angkat tangan!
Lagak aku macam pak cik tentera pula. Tapi aku tidak berminat jadi tentera. Sekarang ni budak –budak atau calon-calon SPM tengah sibuk melayari SEMAKAN PLKN 2014 . Aku pun tidak terkecuali. Ada yang gembira, sedih , menangis. Macam-macamlah. Pelbagai ragam. Mau ketawa juga aku tengok gelagat diorang ni, termasuk juga gelagat aku sendiri apabila keputusan semakan tu aku ketahui.
Aku tidak berminat join PLKN tu walaupun ada elaun. Tidak payah susah-susah cari duit masa cuti lepas SPM tu. Tak payah susah-susah cari kerja. Tapi , aku bukan la benci tahap gaban dengan PLKN tu. Aku ada banyak perancangan masa cuti tu nanti. Belajar memandu, masak dan banyak lagi ilmu mesti diteroka. Banyak benda lagi yang aku tidak tau. Kesian kan aku. Kesian kesian.
Ouh. Rupanya aku sibuk bercerita tadi sampai lupa bagitau result untuk aku. Kamu rasa apa? Aku diterima ka?
Jawapannya ialah….. Jeng jeng jeng… Aku tak terer buat surprise. Nah! Tengok la sendiri.






Hahaha. Si nadia yang first2 check aku punya result. Pada asalnya dia kata aku terkena PLKN ni, tapi sebenarnya dia Cuma mempermainkan aku. Apalagi, selepas dia kata dia permainkan aku, aku terus melompat dengan gembira. Yeay!! Orang disekeliling buat muka heran ja tengok aku masa tu. memalukan. Biarlah. Asal aku happy. Buruknya.
So, misi aku akan aku jalankan lepas SPM nanti. Aku harap , menjadilah juga misi aku tu.


1 comment:

Unknown said...

Happynya tdk dpt plkn.. hahaha.. btw, adik aku dpt tahu.