Sunday 29 April 2018

Q/A : INTERVIEW YAYASAN PENERAJU TUNAS POTENSI BURSARY SIME DARBY

Okay guys. Memandangkan ramai bertanya di posting aku yang lepas pasal interview yayasan peneraju ni, so aku akan cuba jawap persoalan kalian tu satu persatu (bagi yang aku tak berapa pasti sorry mungkin tak dapat bagi jawapan :( ) . Untuk posting yang lepas tu, aku banyak cerita pasal pengalaman aku ditemuduga , so bagi kalian yang rasa-rasa nak baca boleh ke sini ya .

Aku buat entry ni sebenarnya sebab dekat ruang komen aku ni tiada button reply (aku tak pandai sangat nak buat button tu haha) , so untuk memudahkan kalian dan semua aku buat entry baru. Aku pasti juga bukan sorang dua je yang tertanya-tanya jawapan untuk soalan korang ni. So bolehlah kan macam ni?

Baiklah kita teruskan. Kalau tak banyak lagi aku merepek nanti.

Antara soalan yang ditanya dengan aku :

Soalan :

1. "Bole saya thu.. Interviewer tuh staff yayasan peneraju or staff sime darby?"

Jawapan :

Menurut Staff yayasan peneraju yang bagi taklimat dengan kami haritu, dana diberikan oleh pihak Sime Darby manakala Yayasan Peneraju akan menguruskan dana tersebut (memberikan kepada mereka yang sepatutnya). Jadi Yayasan Peneraju yang akan menguruskan semuanya. Mereka yang akan interview calon-calon penerima tu.

Soalan :

2. "Kalau ada dokumen tak lengkap dia marah x.huhu. x sempat nak uruskan :'(
esok my turn"

Jawapan :
 Mereka tak marah pun, sebab aku haritu pun ada dokumen aku yang tidak lengkap. So bagi dokumen yang tidak lengkap tu, pihak YS akan suruh kita poskan atau emelkan di pejabat diorg. Tapi kalau emel, lepas dah hantar tu korang call pejabat YS tu supaya diorang noticed emel kita sebab setiap hari beribu emel masuk. Aku haritu tak sempat lengkapkan dokumen penting yang sepatutnya jugak. Tapi better lengkapkan sebab akan lebih memudahkan kita dan pihak diorg. Win-win situation gitu.

Soalan:

3. "Hai,keputusan untuk bursary ni dah keluar ke?"

Jawapan :
Untuk soalan ni, korang kena sentiasa check laman web rasmi YS ataupun diorang akan emel korang. Don't worry guys. Selalunya keputusan tu dalam bulan Jun-Ogos. Tapi depends on pihak YS jugak. Last year, budak-budak yang lulus IV akan join kem. Aku tak pastilah kalau kem tu untuk tujuan pemilihan terakhir ka apa. Tapi memang diorang ada kem.

Soalan:

4. "Assalamualaikum nak tnye ,kalau first year degree bole apply tak?Dan syarat minimum pointer berapa ya?"

Jawapan:

Untuk biasiswa jenis ni, first year boleh. Lagi digalakkan. Sebab aku haritu pun mohon masa first year sem kedua. Syarat minimun selalunya berubah kalau scholarship ni, so korang kenalah rajin-rajin tengok website Yayasan Peneraju. Masa aku tu macam 3.0. Eh macam lah. Lupa dah sebenarnya hahaha.

Soalan :

5. "salam..nak tanya, interview in english or malay??"

Jawapan :
Depends juga on interviewer. Tapi mostly , mereka suka gunakan bahasa Inggeris. Tapi boleh juga berbahasa Melayu. Better anda berbahasa Inggeris sebab aku haritu memang semua interviewer tu speaking English. 

Soalan:

6. "can i ask? u dpt x biasiswa ni?"

Jawapan: 

Haha soalan dia ni. Tapi kena jawab juga kan. Rezeki tak memihak pada aku. Bila renung balik, mungkin ada beberapa kesilapan kot. Terutama masa stage yang kedua tu, masa part soalan berkaitan dengan "kenapa pilih biasiswa ni" and so on. Aku rasa aku bagi jawapan cliche dan tidak memuaskan. 

Soalan:

7. "Hello... Biasiswa ni memerlukan kita bekerja dengam mereka tak ? If dah hbis study ?"

Jawapan:

Setakat pengetahuan aku lah kan, tak pun. Kita tidak terikat dengan mana-mana kontrak untuk bekerja dengan pihak YS bila dah habis study. Diorang just bantu kita untuk pengajian sahaja.

Soalan:

8. mnggu depan turn sya di iv doakan sya guys ^^

Jawapan :

Haha ini bukan soalan actually. Aku saja je. Aku sentiasa doakan korang yang memohon dan dipanggil untuk interview ni untuk buat yang terbaik dan dapat biasiswa yang terbaik untuk korang. Biasiswa ini best sebenarnya. Aku sangat tertarik sebab memang ada beza sikit dari biasiswa lain. Tapi perancangan Allah itulah terbaik. Mungkin ini bukan terbaik untuk aku. 

Aku nak cerita lagi pasal biasiswa ni sebenarnya tapi lepas ni aku ada kelas. Pukul 12 ni. So mungkin lain entry nanti kot? Doakan aku rajin haha. Aku nak share kenapa aku suka scholarship yang ni. 

Oh ya satu lagi. 
Aku nak minta juga korang doakan aku agar dipermudahkan untuk final yang tak seberapa lama lagi. 

Kalau korang nak share boleh je. Aku halalkan.