Saturday, 16 February 2019

Goodbye 2018 Part 2

Ok gais. Kita sambung.

Untuk tahun 2018, aku sangat berpuas hati sebab pada tahun tersebut aku berpeluang membawa sahabat-sahabat karib aku ke kampung halaman aku. Tempat aku menetap sekarang. Untuk pengetahuan korang, aku kini tinggal di kawasan yang majoriti penduduknya adalah bukan beragama Islam. TAPI wait ! Diorang semua baik-baik belaka. Golongan Islamofobia tak ada sangat. Alhamdulillah.

Suraulah tempat kami semua berkumpul. Beramah mesra sesama muslim setelah keletihan di siang hari mencari nafkah untuk keluarga. Pada waktu malam Jumaat dan Sabtu, akan ada tazkirah/ceramah daripada ustaz yang sudi menyampaikan dan berkongsi ilmu secara PERCUMA. Pada hari Sabtu pagi pula akan ada kelas mengaji al-Quran yang baru sahaja dimulakan semula pada minggu lepas setelah sekian lama kelas ini sepi. Aku terharu bila teringatkan pasal jasa-jasa para ustaz/ustazah ni semua. Hanya Allah je yang mampu balas.

Okay berbalik pada topik dekat perenggan atas tu.
Pada bulan April 2018, aku berjaya bawa rakan-rakan di universiti tempat aku belajar sekarang untuk berprogram di kampungku yang tercinta ni. Kami berprogram di surau dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan diorang happy sangat sebab dapat tengok view yang cantik-cantik dan juga mandi air sungai yang sejuk haha. Sewaktu program ni habis, aku diminta oleh sahabatku itu untuk menghantar mereka ke airport menggunakan kereta 4x4 Toyota Vigo. Tu pengalaman first aku memandu kereta auto dan 4 wheel hahaha. Korang imagine lah macamana. Ni antara pengalaman aku bawak kereta dengan kelajuan 100km/jam. Hmm. Bila fikir balik boleh tahan juga tu !

Pada cuti sem yang panjang pada tahun yang sama (Jun-Ogos), sahabatku yang lain beserta rombongan persatuan dia pula datang berprogram di surau kampung kami tu. Jujur aku cakap, sebenarnya aku pun tidak menyangka mereka akan sampai ke kampungku ini. Sungguh cantik takdir yang Allah telah susun.

Bukak sem masa September tu, aku pula dilantik macam-macam. Lantikan yang pertama ialah menjadi timbalan ketua program yang mana aku pun terkejut gile dan tak sangka. Aku cadangkan nama seseorang dan dia pula cadangkan aku jadi timbalan dia. Ha! padan muka ! Lantikan kedua yang mana aku takkan lupa sampai bila-bila ialah lantikan menjadi SETIAUSAHA untuk satu program besar, yang melibatkan uni aku dan juga uni luar negara. Masha Allah! Aku tak pernah meminta mahupun bermimpi untuk pegang jawatan setiausaha ni yang mana jawatan nilah yang paling aku elakkan dalam setiap program yang aku join. Sebab aku bukan seorang pencatat tegar macam member aku yang lain.

Tapi,

Mungkin Allah ada perancangan yang terbaik untuk aku sebab ilmu kesetiausahaan ini bila aku fikir balik , sangat-sangat diperlukan apabila aku berada di alam pekerjaan kelak. Mungkin inilah hikmahnya yang aku pada asalnya tak terfikir pun.

But i'm trying to think rationally about this lantikan. So aku rasa patut juga lah. Takkan lah selamanya aku mengelak benda ni kan. Again, pengalaman aku tak boleh beli di pasaraya. At least, adalah benda yang aku belajar sikit-sikit daripada penglibatan aku ni.

Pengalaman lain ialah aku ditemubual oleh kru-kru salah sebuah studio yang mendapat tender untuk memaparkan rancangan khas mengenai pensyarah aku. Yang ni pun aku main bedal je cakap without a proper preparation. Tapi alhamdulillah, everything gone well dan aku pun tak sabar jugak nak tengok muka aku masuk TV buat yang pertama kalinya. Hiks! (Aku rasa part aku bercakap tu sikit je. Banyak diorang cut hahaha).

Oh ya. Lagi satu. Aku kan dah hampir ke penghujung pengajian so sudah semestinya aku akan berhadapan dengan penulisan tesis dan ya... Penulisan ini bukan sesuatu yang mudah. Banyak juga pengorbanan aku kena buat which is aku rasa seronok dan berpuas hati. Untuk sem lepas aku dah berjaya siapkan bab 1 sampai 3 walaupun pada mulanya aku agak kabur tentang tajuk yang aku kena tulis. Serabut juga pada mulanya tapi atas ilham dariNya , finally aku berjaya siapkan proposal dengan baik. Kami tak ada Viva, cuma presentation proposal je.

Dan tidak dilupakan juga, pada hari yang sama aku membuat pembentangan proposal, aku dikejutkan dengan berita yang pada mulanya aku sedih dan terkejut namun aku yakin manfaat daripada berita tersebut lebih banyak.

Dan mungkin disebabkan ini pengalaman aku yang kedua berhadapan dengan situasi tersebut so aku boleh chill, tersenyum and also presented my proposal well ! Keluar jugak kot air mata aku masa call abah sebelum pembentangan tu. Sebaik ah tak ada orang nampak aku emo masa kat luar bilik kuliah tu. Haha.

Ada lagi yang aku lupa nak cerita.
Sem lepas juga aku berpengalaman naik houseboat (tak pernah terlintas di fikiran aku untuk ada pengalaman ni), berprogram di rumah/perkampungan orang asli yang mana menjadi impian aku sejak dulu dan berjaya jejak 3 buah negeri dalam satu sem iaitu Melaka, Perak dan Terengganu! Kesemua tempat ni ada nilai keistimewaannya yang tersendiri. Ada rezeki lebih aku memang nak ke sana lagi, InshaaAllah!

So macamtu lah perjalanan semester lepas aku. Keseluruhannya memberikan pengalaman baru dan aku terharu sangat dengan Tuhan sebab bagi aku rasa semua ni.

Setiap orang Allah dah bagi nikmat serta rezeki masing-masing. Semua yang aku ceritakan di atas ni benda yang baik-baik je. Dugaan dan cabaran untuk 2018 pun boleh tahan juga. Namun biarlah aku simpan sendiri dan jadikan benda-benda tu semua sebagai penguat aku dan peringatan kepada aku bahawa dunia ini adalah berwarna-warni. Kita layak untuk bahagia dan gembira.

Thankyou 2018!

Friday, 15 February 2019

Goodbye 2018!

Oh yeah. Goodbye jugak untuk semester 5.

Dalam aku tak sedar, sem ni dah masuk sem 6 which is sem TERAKHIR aku kat Uni sebelum intern. Tidak dinafikan aku still rasa ilmu aku tak cukup untuk keluar ke medan pekerjaan kelak. OMG! Serius ni weh! Aku macam alaaaa alaaa alaaa dah nak habis????!

Tapi yelah. Setiap yang bermula itu pasti akan berakhir. Cuma antara dua je,

Berjaya ataupun sebaliknya!

Sekarang ni, aku dalam fasa nak siapkan tesis aku yang alhamdulillah separuh jalan dah siap (bab 1-3) and next week adalah fasa untuk aku cari responden yang bertuah gahahahah *ketawa sejahatnya*. Jujur aku cakap beb, dunia penulisan ilmiah ni bukanlah semudah yang aku sangka. Sebab tu lah, kes plagiat ni sangat-sangatlah (bagi aku) tidak bermoral sama sekali sebab kau  meniru hasil susah payah penat lelah orang yang betul-betul hasilkan penulisan tu.

Tak sempat makan.
Tak sempat tidur.
Tak sempat BERCINTA! HAHAHA. Lol. Gurau je .

Tapi banyak kot pengorbanan orang yang siapkan penulisan ilmiah tu. Sebabtu lah aku sangat berterima kasih dengan pencipta teknologi mahupun apps yang telah mencipta alat untuk mengesan plagiat dalam penulisan ni sebab alat ni sangat membantu. So aku nak pesan dengan diri aku dan korang lah supaya tak sesekali mencuba untuk menjadi 'penjenayah akademik' ni.

Kalau bercakap soal keberkatan lagi panjang artikel ni tapi korang pun dah besar kan, dah boleh fikir serasional yang mungkin. Hiks!

Sepanjang 2018 , alhamdulillah sekali lagi sebab aku rasa happy sangat! Permulaan tahun yang mengembirakan dan walaupun penutup tahun tersebut ada sedih sikit (tapi hikmah kesedihan aku tu besar) tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah kasi aku rasa pelbagai pengalaman which is aku tak boleh beli kat mana-mana pun. Aku as manusia yang biasa-biasa ni dengan amalan yang biasa-biasa ni pun Allah dah kasi macam-macam! Kadang pernah je aku rasa jealous dengan nikmat orang lain tapi bila fikir balik aku akan teringat pesan Allah dalam Surah Ar-Rahman yang mana ayat tersebut banyak kali diulang dalam surah tu.




Ayat ini buat aku muhasabah semula. Banyak Tuhan berikan aku rezeki tapi aku masih juga melihat rezeki yang Allah beri dengan orang lain. Padahal Allah beri apa yang kita perlu, bukan semata-mata apa yang kita mahu.

Fikirkan.

Ada orang yang nak sangat kahwin, tapi pada masa yang sama dia tidak mempunyai kemampuan pun untuk berkahwin lagi. Tak kisahlah kemampuan dari sudut apapun. 

Daripada dia menzalimi orang yang bakal dikahwininya itu, so Allah takdirkan yang dia tak kahwin-kahwin lagi namun dia semakin berjaya dalam perniagaannya.

Lambat laun, jodohnya datang jua. Apabila dia sudah stabil dari segi kewangan dan fikirannya semakin matang dan mampu mengemudi bahtera perkahwinan.

So kalau jodoh tak berkunjung jua macamana pula?

Mungkin. Dengan rezeki yang berlimpah ruah itu serta kemampuannya itu, Tuhan beri agar dia dapat membantu orang lain yang dalam kesusahan dan bukankah itu juga membahagiakan?

Daripada hidup dengan orang yang salah dan MENYESAL seumur hidup. 

Lebih kurang macam tu lah analoginya. Banyak lagi sebenarnya situasi yang kita boleh jadikan contoh dalam hidup ni. 

Tips : Kalau nak muhasabah, kita renung kembali perkara-perkara yang Allah 'tarik' dalam hidup kita. Think rationally why it was happened and the 'hikmah' from that. So inshaaAllah rasa syukur itu akan mulai terbit dalam hati.

Ok jap. Aku nak tido jap sebab lepas ni nak food hunting kat kolej lain. Tutup plak cafe ni. Yelah aku perform sangat balik awal ke kolej hahaha.

Assalamualaikum : )