Thursday, 6 October 2016

Being A Uni Student

Assalamualaikum and very good.... midnight (ngehehe.Tengah malam) .


Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
dan Alhamdulillah.
Setelah sekian lama meninggalkan dunia blogging dan tak sentuh langsung blog ni, saya diberikan peluang untuk menulis kembali.

Dan kini aku dah masuk universiti. Sekali lagi syukur melangit pada yang Esa sebab mentakdirkan aku masuk ke sini.

Disebabkan aku masih berada di tahun satu, pengalaman tu tidaklah sebanyak mana. Tapi jika dibilang dengan jari memang tak dapat sebab agak banyak jugalah pengalaman yang telah aku rasai di sini. Bermula dari pendaftaran sehinggalah ke saat ini. Aku nak share dengan korang, nak tak :)

-Hari Pertama A.K.A first day-

Urusan mengenai flight untuk ke sini telah diuruskan oleh sahabatku yang disayangi, Ain. Dia kata tak yah risau pasal tiket sebab biar pak cik dia yang uruskan. Alhamdulillah, tenang rasa hati. Seriously, urusan untuk masuk ke universiti ni bukanlah semudah mana. Kena fotostate borang itu. Kena fotostate borang ini. Memang banyak. Lain lagi nak fotostate sijil-sijil dan yang sewaktu dengannya. Dan tidak dilupakan juga tentang pengesahan surat. Sampai lenguh-lenguh kaki menguruskan benda ni. Tapi tak apa, bukan senang nak jadi senang kan?

Apabila urusan tiket selesai, lega. Sebab tiketlah antara perkara yang paling penting kalau nak pergi ke sesuatu tempat, terutamanya jika anda dari Sabah macam aku. Ok . Macam panjang berjela pula pasal tiket ni. Hehe.

Aku naik flight bersama dua orang sahabat baikku Ain dan Ana. Ada seorang lagi sebenarnya, tapi dia dah 'terbang' terlebih dahulu. So kami menyusul kemudian. Ketiga-tiga kami telah bersedia di airport seawal jam 4 pagi untuk Check In di KKIA. Awal dan semangat kan. Flight kami dijadualkan pada jam 5.55 a.m maka sebab itu kami perlu awal. Nanti delay lagi. Habis duit poket. Membazir.

Maka, terbanglah kami pada hari itu, Sabtu (28 Ogos 2016) dengan seribu harapan dan impian. Rasa macam tak percaya sangat yang aku berjaya memasuki universiti yang aku cita-citakan dan yang pada mulanya rasa macam mustahil dapat masuk ke sini dengan result yang sederhana ini. Namun, Allah Maha Berkuasa. Jika Dia mengkehendaki sesuatu itu untuk terjadi, maka ia akan terjadi. Walaupun kita rasa mustahil dan sangat-sangat mustahil. Sebab itu jugalah kita kena yakin dengan setiap ketentuanNya. Percayalah.

Kami tiba di KLIA lebih kurang pada jam 10 a.m. Kami akan dijemput oleh Pemudah Cara universiti dengan menggunakan bas. Agak susah juga pada asalnya untuk kami mencari tempat menunggu bas. Yelah, bukan biasa pun pergi ke sini. Pernah dulu pun masa tingkatan 3. Lama sudah. Tak ingat. Dalam beberapa minit menunggu, maka tibalah bas yang ditunggu-tunggu. Yeay! Sampai juga. *Dalam hati menyembunyikan kegirangan dan keeksitedan untuk masuk universiti.

Kami naik dan terus ke KLIA 2 untuk menjemput pelajar-pelajar yang lain. Kebanyakkan yang datang awal ni sebenarnya came from Sabah and Sarawak. Easy to say Borneo lah. Jauh kan. Mesti sedia awal. So, bas pun terus menuju ke universiti dengan membawa kami yang sarat dengan bagasi sebesar guni malah lebih besar lagi.

Setibanya di sana, kami disambut dengan mesra oleh pemudah cara yang bertugas. Aku masuk bilik dan terkejut tak ada almari. Allah...  tapi bukannya U aku dah tak ada peruntukkan untuk beli almari, cuma almari lama ditukar dengan yang baru. Hooray! Almari yang lebih besar dan boleh menyimpan banyak barang. Terima kasih pihak universiti...

Minda aku masa tu masih terbayangkan Sabah dan masih tak sangka dah sampai Selangor. Aku bermonolog lah sendiri " eh betul kah ni aku dah sampai sini". Macam tak percaya. Aku kena terima hakikat. Dan aku pun kemas-kemas lah sikit barang aku sementara tak busy lagi dengan aktiviti MMM (Minggu Mesra Mahasiswa). Sebelah malamnya aku tidur dengan lebih awal agar esok bangun awal. Subuh di sini lewat sejam dari Sabah. So kena pandai adapt dengan situasi.


-Second Day A.k.A Pendaftaran -

Sebenarnya sewaktu hari kedua tu, aku masih blurr tentang penggunaan bas. Maka aku pun dengan muka blur seribu tanyalah dengan kakak Felo yang cantik manis (tak ingat nama dia). Dia dengan senyumannya yang jelita itu pun tunjukkan aku tempat untuk ke Fakulti. Aku ikut jelah. Dah namanya sorang-sorang. Tak jumpa kawan lagi. Sebenarnya Ain dan Ana fakulti lain so tak boleh lah sama-sama dengan diorang. Maka aku berjalan sendiri.

Setibanya di fakulti, aku nampak masing-masing datang dengan mak ayah. Aku tahan sebak masa tu. Aku tak nak layan sangat perasaan. Aku bawalah orang-orang yang aku jumpa ni bercerita. Common question yang aku tanya asal mana, umur dan nama. Sepatutnya nama dulu tapi cara aku lain. Saja jak tu. Agak menarik bila bercerita dengan diorang ni bila diorang tahu aku dari Sabah. Terutamanya mereka-mereka yang datang dari satu negeri ni. Dua orang yang aku jumpa dan kedua-duanya excited bila bercerita dengan mereka.  Bukan nak bangga tapi rasa terharu pula. Ngehehe.

Setelah habis mendaftar aku terus pergi ke bus stop menunggu bas. Masih juga blur sebab tak tahu sistem bas uni aku ni. Tapi aku cuba bertanya lah dengan mereka-mereka yang sama bas dengan aku tadi sewaktu pergi ke fakulti. Kena rajin bertanya agar tak sesat jalan.

Bas datang dan berpusu-pusu mak cik pak cik dan anak-anak sekali naik ke dalam bas. Tidak dilupakan aku sekali. Apa yang aku nampak ialah kena laju naik bas. Lenggang-lenggang kangkung tak mau. Boleh jadi kau jatuh gedebak gedebuk lagi malu. So dari situ aku belajar. Bertindak pantas. NAMUN, sesuatu peristiwa telah berlaku. Bila imbas kembali terasa lucu pula. Sewaktu bas tu melalui kolej aku, malangnya aku tak turun. Dahlah kolej aku dihujung dan jauh. Sebenarnya aku bukan saja-saja tak nak turun, akan tetapi aku masih tidak tahu dan tak faham sistem bas ni. Aku nak turun masa ada orang turun dekat kolej aku, tapi macam yang aku kata tadi, naik bas kena gerak laju sikit. Memandangkan seorang je yang turun masa tu kat kolej aku, so aku macam tak sempat nak turun, bas dah jalan. Allah. Imagine. Aku terpaksa duduk dalam bas selama lebih kurang sejam untuk kembali ke kolej aku. Allah je tahu perasaan masa tu. Seorang daripada PC (pemudah cara) tu perasan yang aku tak berganjak-ganjak dari tempat duduk dan aku pun bertanya dengan dia "hmm kak. bas ni pergi ke kolej *** tak? " maka dia dengan muka yang agak bersalah menjawab "kita dah lalu *** tadi dik. Ni kena tunggu dalam 45 minit lagi kalau nak pergi situ. Stay sini je dik. Minta maaf ye." Sebenarnya dalam hal ni , bukan diorang yang salah. Tapi nak kata aku yang salah bukan juga , tapi ada juga silap aku di situ. Tapi yelah. Like English quotes "Failure is the way of learning".


-MINGGU MMM-

Setiap universiti perlu ada orientasi atau MMM (Minggu Mesra Mahasiswa). Lebih kurang macam acara wajib untuk mana-mana institusi pendidikan sebab banyak fungsi orientasi ni sebenarnya. Tempoh orientasi pula berbeza untuk setiap u. Ada yang seminggu, dua minggu dan 3 hari pun ada. Untung lahh siapa yang dapat tiga hari tu. Kami perlu menjalani MMM selama seminggu. Banyak aktiviti diadakan dan yang paling ditunggu-tunggu ialah Perang Dectar. Aku tak tunggu pun benda ni, tapi memang kena join juga. Perang ni bukanlah acara tembak menembak sesama student, tapi ini merupakan aktiviti berlawan yell di antara kolej-kolej. Aktiviti ni merupakan antara acara wajib sewaktu MMM dan dikira menjadi tradisi apabila budak tahun 1 masuk.

Pada malam perang tu... Eh lupa nak cakap. Malam perang tu adalah merupakan malam ambang merdeka. So peperangan diadakan setelah sambutan malam ambang tu. Maka setelah habis program, maka bermulalah acara. Paluan gendang daripada kolej-kolej yang berdiri dekat dengan stage. Masing-masing berpadu suara untuk menghasilkan gelombang suara yang kuat. Berlawan kolej mana yang paling lama dapat bertahan di dewan. Bayangkan... kipas dan aircond ditutup. Panas giler masa tu. Masa tengah yelling tu, aku pening dan keluar dari dewan. Dan selepas tu dihantar ke kolej untuk berehat.


-Monyet-

Sini memang terkenal dengan monyet. Maksud aku di sini monyet banyak. Ya. Sangat banyak. Bila direnung dan ditatapi, comel juga makhluk Allah ni. Macam-macam ragam. Aku suka staring di jendela untuk tengok komuniti monyet ni. Tapi, tabiat hewan ni ialah menyelongkar sampah selain menceroboh masuk ke dalam bilik untuk mencuri makanan. Tidak lupa juga meragut makanan yang dipegang dalam plastik.

Aku pernah merasai pengalaman tu!

Singgah di cafe beli bun Gardenia. Berjalan penuh keyakinan dan ketabahan di jalan raya sambil tengok-tengok monyet selongkar sampah sampai tak sedar ada yang memerhati dari jauh. Tiba-tiba, rasa macam plastik yang aku pegang ditampar sesuatu dan bergoyang. Eh apani? Aku macam agak hairan lah sebab kenapa plastik aku macam disentuh oleh sesuatu "lembaga". Masa tu aku tak menoleh lagi ke belakang. Makhluk tu buat percubaan yang kedua dan dia berjaya. Habis berterabur roti bun gardenia di jalan raya. Nak pungut segan pula. Siang masa tu. Terang benderang. Aku biarkan jelah bun sardin tu bertempiaran. Sedih pun sedih tapi nak buat macamana kan. Bukan rezeki. Mungkin tu milik dia. Jadi aku pun biarkan je. Terus jalan ke bilik dengan hati hiba.

-Babi Hutan-

Maaflah agak kurang sopan sikit tulis tajuk seperti ini. Tapi ini aku tak nak lah cerita panjang lebar sebab aku baru je nampak makhluk ni tadi depan mata semasa aku dekat fakulti lain. Situ memang sunyi dan benda ni suka lah datang ke sana. Warna coklat. Anak lagi. Aku tahu pun kehadiran benda ni sebab ada sorang classmate aku dia cakap ada benda ni di luar. So aku join dia tengok dan betullah ada anak babss ada di luar dewan. Pun comel juga pendek-pendek tiada leher. Nasib tak mengejar.

-Makanan-

Dekat semenanjung ni tak sah kalau tak pedas. Sarapan nasi goreng pun pedas. Tapi pedas-pedas tu pun sedap jugak. Semenjak dua menjak ni, aku dah jadi food hunter. Siap like page food delivery lagi. Gara-gara nak rasa makanan sini. Cuma tekak aku masih tak dapat terima ikan keli. Nampak sedap tapi tak pandai makan. Di sini, ada pelbagai jenis makanan yang ada. Korang lagi tahu kan. Setakat ni, tom yam kafe aku sedap. Aku jarang jatuh hati dengan makanan berkuah ni. First time rasa sedap. Pernah juga jumpa sedap tapi jarang sekali.

-Bahasa-

Sabah memang terkenal dengan kebakuannya. Tidak ketinggalan juga ketebalan huruf "k"nya. Apabila anda tiba di sini, terutamanya dari Sabah, kau kena belajar untuk bercakap slang sini. Susah you all... Bukan nak hipokrit, tapi aku dah cuba haritu nak cakap slang Sabah ja. Tapi malangnya mereka tak faham apa yang aku cakap. Siap berkerut seribu lagi dahi tu. Maka, aku cuba lah berkomunikasi dengan slang sini agar komunikasi dengan kawan-kawan lebih lancar. Haa tambahan pula,. Roomate aku orang Pahang. Maka aku kena juga belajar slang ni. Member sini agak comel bila diorang cuba memasukkan elemen "bah" yang tak kena pada tempatnya. Memang kelakar sangat. Syu, jangan marah aku. Hehe


Banyak lagi cerita aku ni sebenarnya, belum habis lagi. Tapi mata aku dah mulai kuyu like an owl so i have to stop until here. Aku cuba update lagi cerita yang lain ya. In shaa Allah.