Sunday, 15 September 2013

eh? Kau dah jadi ustaz?

Pelik bin ajaib pula tajuk entry ni. Tu menunjukkan aku kekurangan idea. Pasal kopiah bah perkara yang aku mau cerita hari ni.

Aku selalu dengar, perempuan bertudung labuh tu lebih baik. Aku sokong tu. Walaupun aku ni bukan pengguna tudung labuh yang tetap, tapi aku suka tengok orang pakai tudung jenis tu.

Huh! Kopiah. Aku pun rasa, lelaki yang pakai kopiah ni nampak lebih baik . Walaupun aku pernah juga kan tulis dalam entri yang lalu (SINI) pasal Don't judge the book by it's cover. Tapi , aku rasa lebih smart la diorang pakai tu kopiah. Aku tau, ramai yang segan. Takut kena cakap pak ustaz ba tu kan.

ok kan gini - Image Blog Abg Beka


Jangan la bah segan-segan tu. Budayakan Kopiah ni. InsyaAllah, "keseganan " tu mesti hilang punya. Saya rasa, dengan memakai kopiah , kamu boleh terhindar dari perbuatan yang tidak senonoh. Macam tu juga dengan wanita-wanita yang bertudung labuh dan berpurdah. Walaupun ada juga kan yang kita dengar cerita-cerita yang kurang baik yang dibuat oleh orang-orang yang berpakaian macam ne. tapi jumlahnya sedikit. biasalah tu manusia. Insan. Memang pelupa. Nobody is perfect.


Tenang saya rasa nampak orang  berkopiah. Begitu juga dengan yang bertudung litup. Subhanallah! Aku suka tengok bapa aku berkopiah. Berseri wajahnya...

So, mari kita budayakan segala amalan-amalan yang baik. InsyaAllah, jika nawaitu kita betul, Allah permudahkan kita ke syurgaNya.

Kejarlah Syurga!

Saturday, 14 September 2013

Remaja masa kini

Cabaran terlalu besar semakin aku menginjak dewasa ni. Masa aku kecik-kecik dulu, aku nak sangat jadi besar. Tapi bila dah merasai akan “kebesaran” itu, barulah aku mula rindu dengan zaman kebudak-budakan aku. Nilah kan manusia. Selalu ja tak bersyukur. Bila diberi nikmat yang ni, nak yang lain pula. Manusia…manusia.. Aku selalu gitu. Tak bersyukur. Apalah…

Perangai jangan cakap. Semakin dewasa ni, memang semakin feminine. Owh, fitrah. Yaa..memang fitrah. Setiap yang bernama wanita tu mesti nak cantik kan. Tetapi kengkadang aku pandai bermonolog sendiri. Sengaja buat otak aku ligat berfikir. Aku pakai baju cantik-cantik segala ni untuk apa? Nak show kat siapa? Yaa… Islam memang tak melarang umatnya untuk berhias, tapi janganlah berlebihan. Walau jubah sampai mengheret lantai sekalipun, kalau over sangat, tak leh jugak. Zaman sekarang, memanglah.. jubah memang jubah.. tapi, berlip lap. Maksudnya.. over sangat hiasannya. Eh! Korang jangan cakap aku anti berhias… owh..jauh sekali.. tidaklah..aku just memperingatkan diri yang selalu alpa ni. Bukan membajet alim.

Bab Mata pun orang selalu tunjuk kat orang laki jak. Semua kena tundukkan pandangan. Zaman sekarang, wanita merata tempat. Senang je korang nak ambik. Tapi kena lah ingat, mereka ni bukan baju yang boleh ditukar-tukar. Aku sangat bersyukur menjadi seorang wanita. Banyak kelebihan yang Allah bagi walau banyak cabaran yang harus ditempuhi. Aku jer yang selalu lupa. Hisk! Pelupa lah aku ni. Manusia…wanita pun kena jaga mata jugak…Tunduk….


Bila Hati dah bertaut, mulalah jari jemari menekan punat enpon. Bertanya khbar mulanya, lepas tu soalan-soalan cepumas ditanya.  Memang cinta itu fitrah, tapi yang fitrah itu tidak semestinya 100% baik. Membenci orang itu juga fitrah. Adakah ia baik? Sudah tentu kita jawab tidak. Siapa tak ada perasaan cinta? Memang pelik lah orang itu. Cinta ni banyak. Banyak cabangnya. Tapi yang selalu kita fikir cinta sesama manusia. Aku pun sama. Kengkadang tu lupa Allah. Ya Allah… Apa lah aku ni. Walau tidak menjalin hubungan istimewa, tapi jika teringat orang yang dicinta, dah namanya zina.. zina? Zina apa pulak? Kita tak buat apa-apapun. Tak kiss. Tak touch apa semua… Tapi kita selalu lupa, zina ni ada banyak cabangnya. Aku pun tak berapa nak ingat nak tulis semua. Tapi yang menjadi mukaddimah kepada zina yang besar tu, mesti zina yang simple mimple kan? Zina hati bah… Walau prinsip “tak bercouple” tetap dipegang, tapi hati? Sesuatu yang bersifat abstrak. Susah dijaga kan? Tapi yang susah itu tetap juga dapat dicegah. Tak ada benda yang mustahil didunia ini. Setiap yang susah itu pasti  dapat dilakukan, tetapi memerlukan kekuatan iman serta jiwa. Kita bukan ja mahalkan diri, tapi mahalkan juga hati kita ni.


Asal jer nak citer pasal cinta , panjang gilak entry aku. Huh? Fitrah jugak ke?