Monday 12 August 2013

Use the right way , kawan.


Apa pasal kita kena guna jalan yang betul? Cuba angkat tangan siapa yang tau? Aku bagi sepuluh ….. sen. Haha . Meh aku jawab. Sebab, jika kita tidak menggunakan prosedur yang betul dalam urusan hidup kita, maka pada pengakhiran urusan kita tu nanti, kita akan bertemu dengan kegagalan. Betul ka tidak? Betul la bah kan.


Ok. Saya berikan contoh. Dalam solat, kita perlukan prosedur yang betul supaya solat kita tu diterima. Kita juga tidak boleh sembarangan dalam menentukan sesuatu hukum dalam solat . Semua rukun solat, mesti kita buat. Tidak buat, maka solat kita sudah pastinya tidak diterima. Sayang ja kita buat segala jenis solat, kalau prosedurnya tidak betul, tidak juga tu diterima. Alamat jadi macam Syiah la tu. Pandai-pandai buat hukum sendiri. *eh! Lagak aku macam mengumpat *




Dari segi Cinta. Hmm, bila aku cakap pasal cinta, macam ada yang tesengih-sengih sudah aku Nampak. Haah. Tu. yang comel-comel tu. Senyum-senyum Nampak.  Saya memain ja . Ok. Bercakap pasal cinta, kita kena guna the right prosedur. Yaaa. Macam ni, jika kita mencintai seseorang , mestilah kita ingin memiliki. Betul kan?  Tapi kita juga sering mendengar bahawa cinta tidak semestinya memiliki. *ayat aku romantic giler* . Minta maafla. Aku tidak berpengalaman dalam percintaan ni, tapi aku berpengalaman melihat keadaan di sekeliling aku. Jadi aku bukan main hentam ja cakap pasal benda ni. Aku Nampak keadaan orang yang tengah syok bercinta ni. Macam jiwa-jiwa remaja yang lain, aku mau tau juga apa yang diorang bualkan tu. Sambil tersengih sorang-sorang. Rasa lawak pun ada. Apa la konon yang kamu cerita tu? Seh  ….



Tapi tu la aku cakap. Gunakan prosedur yang betul. Dalam percintaan, kengkadang kita tidak sedar yang kita sudah buat dosa. Segala zina mungkin sudah dibuat. Astagfirullahalazim. Istigfar sahabat. Si awek bercakap lemah lembut dengan si awok dalam telefon. Bila mak bapak bawa cakap, kasar bak halilintar. Ui?? Adaka begitu? Hmm.. aku pernah jumpa orang macam tu. ramai sudah aku jumpa. Bukan tuduhan semata-mata ni. Serius.


Berpegangan tangan? Haram hukumnya tu. Mana boleh ko sembarangan pegang anak dara orang. Yang anak dara ni pun, if ur boyfriend touch u, avoid it. Jangan la buat muka suka. Tambah la dia pegang tangan .  Kamu bercintan cintun, tidak semestinya suatu hari nanti dia tu akan jadi pasangan ko. Kita kena fikir panjang sket. Allah telah menentukan Jodoh kita di Luh Mahfuz. Jadi , Yakinlah. Walaupun saling mencintai, tapi Allah boleh takdirkan kita berpisah dengan pelbagai cara . itulah sebabnya kita kena yakin.
Percintaan sebelum ada ikatan perkahwinan ni saya rasa umpama kita ni tidak yakin dengan takdir Allah. Cuba fikir balik. Jika kita yakin, pastinya kita akan menggunakan prosedur yang betul untuk memiliki wanita yang kita cintai. Tapi disebabkan kita tidak yakin, maka kita mengambil jalan yang mudah untuk memiliki seseorang tu. Kita takut orang tu tidak akan menjadi jodoh kita. Jadi kita buat short cut untuk jadikan dia pasangan kita. Kita selalunya tidak peduli akan kata-kata dan nasihat orang lain. “Couple tu haram”. “No couple before akad”. Dan… Kita sangat lupa akan pesan Allah kepada kita semua. “Dan janganlah kamu hampiri zina”. Ramai yang mungkin terlupa, hari ini saya ingatkan. Kalau saya lupa, kamu pula ingatkan saya ya,?
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah the right prosedur yang saya maksudkan????
Begini. Sebagai lelaki, kalau anda betul-betul menyayangi dan mencintai seorang wanita tu, awak kena buat macam ni.

1.       Sebelum buat sebarang tindakan , Solat istikharahlah dulu. Minta petunjuk dari yang Maha Esa. InsyaAllah. Jika dia jodoh awak, mesti Allah beri petunjuk tu. Sama ada melalui mimpi , gerak hati atau pelbagai lagi cara Allah untuk meyakinkan anda sama ada wanita tu jodoh awak atau bukan.

2.       Sesudah solat istikharah tu, Jika jawapannya ya, maka gunakan step yang kedua ni. Jumpa mak bapa dia.  Risik la kalau dia ni sudah ada yang berpunya atau belum. Ataupun Tanya dengan orang yang rapat dengan si dia ni.

3.       Jika jawapannya positif, hmm. Pinang la wanita tu. Paling bagus gunakan orang perantaraan untuk bercakap dengan si dia tu. Demi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Sebab, pertunangan tu bukanlah menghalalkan anda untuk bebas bergaul dengan si dia tu. Dia tu tak halal lagi untuk awak.
Itulah yang saya rasa jalan yang terbaik sebelum berkahwin. Kita inginkan perhubungan kita berkat kan? Tak ke gitu? Mestilah kan. Berkat tu penting. Selain dari berkat dari ALLAH, hubungan kita juga mesti di persetujui oleh ibu bapa . tanpa berkat mereka, tak bahagia la kita. *macam ja aku ni perunding perkahwinan*


Mungkin terlalu awal untuk saya bercakap mengenai hal ni. Tapi saya rasa, perancangan itu juga antara elemen yang sangat penting dalam hidup. Kita kena rancang semua ni supaya hidup kita lebih bersistematik dan semestinya berkat. Cikgu pun selalu pesan macam tu. So, kena ambil la apa yang cikgu ajar.
Semua orang inginkan kebahagiaan sehingga ke syurga. Jadi , kena gunakan prosedur yang betul dalam segala hal untuk memastikan kita akan selamat tiba diSyurga nanti. Salam sayang dari saya J

Assalamualaikum : )

No comments: