Sunday 27 October 2013

Aku Graduate dahhh :)

Assalamualaikum pembaca budiman dan rupawan… tautau jer aku kan.
Macam budak u ja kan?

Lama sungguh tak mengupdate blog ni. Busy sangat dengan mr.SPM yang berkunjung kat aku minggu depan. Fuh!! Seram ow, penentu masa depan tuh.

Risau jugak ni. Tapi, insyaAllah. Aku akan buat yang terbaek punya.
Kelmarin, aku dengan member form 5 semua baru je graduasi. Walaupun kami belum habiszz or tamat spm ni. Merasa jugak bah kan pakai baju jubah tu. ohohoho..

Macam sekejap ja masa berlalu pergi. Dulu terasa sangat-sangat lah ingin meninggalkan sekolah. Tapi, time-time di penghujung persekolahan ni, macam berat ja hati meninggalkan sekolah. Ya Allah… hebat betul penangan sekolah tu. banyak sangat kenangan , dugaan , cabaran yang aku tempuhi di sekolah tu. nak cerita kat sini pun, terlampau banyak. Takut ada yang menangis nanti… lols.. merepek aku ni..
Guru-guru di sekolah pun banyak membantu memotivasikan aku yang sering gagal ni. Tapi, aku tidaklah merasakan diri aku ni terlampau teruk sehinggakan aku tension mau terjun bangunan. Opps! Takkan. Kegagalan ni ujian untuk aku. Ujian.. memang ujian!
Kawan-kawan pun beberapa bulan ja lagi mau jumpa. Opps! Bukan bulan tapi minggu. Sedih oww.. wkwkwkwk.. nak nangis pun , tak mengubah apa-apa. Apa yang mampu dilakukan hanya berdoa untuk kejayaan bersama. Betul tak?

Seperkara yang merisaukan aku ialah apabila aku meninggalkan sekolah dalam keadaan yang kurang baik. Maksudnya disini ialah aku tidak menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang pengawas dengan baik. Yer laa… maybe bagi orang lain tu Cuma sebuah jawatan, tapi bagi aku Amanah tu sangat penting untuk ditunaikan. Aku ni pun bukanlah seorang yang sangat amanah dengan tugas. Tu yang aku risau tu. Macamana nanti ya di akhirat. Kita semua dihimpunkan dan Allah pasti akan bertanya tentang Amanah.. sudahkah kita jalankan amanah kita sebagai seorang manusia, anak , pelajar, pengawas dll dengan sebaiknya???benda ni semua kita sering ambil remeh ja…

SPM.SPM. semoga dipermudahkan jalanku untuk menjawab soalan SPM nanti. Semoga Allah melindungi ku sebelum , ketika dan selepas spm ni. Semoga aku dipermudahkan untuk menerima tawaran ke university impianku agar aku dapat menimba ilmu pengetahuan dengan lebih banyak lagi. Amin… InsyaAllah….
Readers semua! Doakan aku ya, walaupun korang tak kenal siapakah aku ini sebenarnya. Kerena doamu begitu berharga (lol..iklan syampu puloook).

Aku dah semakin dewasa sekarang… pasti banyak ujian yang bakal mendatang… kena kuat!