Friday 5 October 2018

Sem 5 #Part 2

Hai peeps!

Ketemu lagi kita ya. Alhamdulillah.
Spoil sikit kan cerita aku yang lepas tu? So aku nak sambung. Kebetulan malam ni aku ada masa sikit so yah kita manfaatkan apa yang patut.

Aku ada mention kan pasal "masalah lain" yang aku bakal hadap time balik ke Uni? Inilah yang aku nak share ni.

Time balik kat sini haritu , flight aku sepatutnya pukul 12.10 tapi disebabkan delay ke pukul 1.40 minit petang so aku pun terpaksa rela tiba di KLIA dalam pukul 4 lebih macam tu sebab penerbangan mengambil masa dua jam setengah.

Aku sebenarnya masih panik dengan keadaan aku yang kelam kabut nak mengejar flight tu, even masa tu dah berpuluh minit berlalu. Aku rasa serabut fikiran aku memikirkan penempatan aku nanti di kolej. Hari sewaktu aku kembali ke kolej tu merupakan hari pendaftaran bilik dan kolej tempat aku stay tu menggunakan polisi "siapa cepat dia dapat" . Memandangkan flight aku delay maka aku pun lambatlah tiba di kolej. Aku sampai dalam jam 5 lebih gitu.

Aku duduk sambil termenung di hadapan pondok guard. Aku seperti hilang punca. Aku blur sekejap.

Nak stay mana?
Aku tak sempat mendaftar!
Kolej masa tu agak sunyi sebab semua orang yang tinggal berdekatan Uni aku tu pulang semula ke rumah.

Aku tengok jam. Begitu cepat masa berlalu. Mujurlah aku gunakan keringanan yang Allah beri dengan hambaNya yang bermusafir. Aku dah solat jamak Qasar  di airport sebelum berlepas.

Perut pun berbunyi. Aku masih memikirkan tempat yang sesuai untuk aku sementara aku menunggu hari Selasa untuk pendaftaran fasa ke dua.

Lalu aku mendapat ilham.
Status whatsapp? Ada apa dengan status whatsapp?

Terlintas di fikiran aku untuk menggunakan platform whatsapp untuk mendapatkan bantuan. Aku tak tahu siapa rakan-rakan yang sudah mendapat bilik dan pada masa tersebut yang tinggal di kolej. Tak pulang ke rumah.

Lalu aku pun membuat status whatsapp yang berbunyi,
"Bilik siapa yang free?"

Tidak lama selepas itu, notification whatsapp masuk. Farah menghantar pesanan di whatsappku.
"Mehla sini Nina!"

Alhamdulillah! Allah sahaja tahu perasaan aku masa tu. Walau perjalananku agak berliku juga namun ada sahaja bantuan yang dihantar olehNya.

Tuhan itu tidak pernah menzalimi hambaNya!

"Oklah Farah. Aku masih kat bawah ni . Nak makan sekejap. Rasa lapar pula!"

Aku pun menikmati makananku dengan perasaan riang gembira !

Oklah. Udah lewat malem. Nanti ada masa kita curhat lagi ya!

Wednesday 3 October 2018

Sem 5

Assalamualaikum.

Lama tak dengar khabar aku kan? cuti semester baru-baru ni memang aku cuti semua benda termasuklah blog. Padahal tiap hari je aku nak online tapi semangat nak bukak laptop tu kureng sikit. So ... terabailah sang blog sehingga ia berhabuk dengan meriahnya hoorayyy!

Masuknya aku ke semester baru yang juga merupakan semester yang berbaki ini, banyak pengalaman baru yang aku hadap. Termasuklah cabaran-cabaran lain seorang pelajar. Aku yakin, banyak hikmah BESAR yang ALLAH nak tunjuk pada aku.

Mungkin bukan hari ini aku tahu akan hikmahnya itu.
Mungkin ia akan kuketahui juga di suatu saat nanti.
Sering saja seperti itu.

Bermula pada awal-awal kepulangan aku ke sini.
Aku hampir ketinggalan flight! Arghhhh . Memang... memang silap aku masa tu sebab agak terlewat bergerak dari rumah. Dahlah perjalanan menuju ke lapangan terbang mengambil masa dalam sejam lebih. Lepastu aku terpaksa singgah di kedai beli mangga kecil untuk bagasi aku. Sememangnya mengambil masa juga dan aku kira sempatlah kononnya sampai tapi aku hampir tertinggal flight!

Aku melihat jam di tangan.
Pukul 11 pagi.
Aku sepatutnya berada di airport paling kurang tiga jam sebelum berlepas. 
Flightku adalah pada pukul 12 tengah hari. Gate akan ditutup pada pukul 11.50. Aku agak cuak pada ketika itu sebab ayah drive agak slow. Nak suruh beliau lajukan pemanduannya , aku risau pula nanti lain jadinya. 

Maka, aku hanya mampu berdoa dalam hati moga-moga flightku delay. 
Walaupun kelihatan agak mustahil sebab pihak penerbangan mesti akan inform awal sikit melalui email jika flight delay.

Aku tidak putus-putus berdoa agar KEAJAIBAN berlaku pada saat itu.
Aku juga yakin doa seseorang yang sedang bermusafir itu adalah makbul.

aku melihat kembali jam di tangan.
ada lebih kurang 200 meter sebelum tiba. Masa tu ada 10 minit lagi sebelum gate ditutup. 
Aku bagitahu abah agar dia memberhentikan aku di tepi jalan agar aku boleh berlari sementara mereka cari parking, tapi ayah dengan keadaan yang tenang menyatakan bahawa kami perlu mencari tempat parkir dulu.

"Tak apa, kalau terlewat abah belikan tiket baru".

Walaupun abah menenangkan aku , namun aku tetap panik pada ketika itu. Aku ingatkan orang tak ramai beratur di kiosk check in . Aku lihat jam di tangan ada beberapa minit lagi sebelum gate ditutup. Arghhhhhhh ! Peluh sejuk memercik di dahi. Jantung berdegup kencang. 

Aku melihat kembali jam.
Ya Allah!!!!!!! Tepat pukul 11.50 pagi. Memang diorang dah tutup gate Ya ALLAH!

"Abah, macam tak sempat dah ni. Tutup gate dah ni"
Aku mengulang-ulang perkataan yang sama dengan riak muka yang panik dan cemas.

"Cuba kakak tanya kaunter dulu kalau boleh lagi masuk."
Abah masih dalam keadaan yang tenang seperti biasa.

"Cik. Flight awak pukul berapa? Saya punya flight kejap lagi. Boleh tak saya kedepan dahulu?"
Aku meminta izin dengan orang yang berbaris dihadapanku untuk aku memotong barisan mereka.

"Okay. Awak pergilah dahulu"

Aku dengan pantas memotong barisan untuk berurusan di kaunter.

"Cik. Saya tak sempat print boarding pass sebab saya terlambat dah ni. Boleh tak saya guna borang check in online ni? "

Kerani yang bertugas di kaunter pun menjawab ,

" Tak boleh dik kalau yang ni. Tak apa. Saya print dari kaunter ni je."

Selamba beliau menjawab tanpa memarahi aku. Selamat.

Cuma. Aku tawakkal je pada ketika itu. Aku harap barisan panjang dan aku sempat pergi ke Gate A sebelum pintu kapal ditutup.

Usai pemeriksaan kastam, aku berlari selaju-lajunya tanpa menghiraukan orang sekeliling. Pelbagai perasaan aku rasakan pada ketika itu.

Rasa geram dengan diri sendiri.
Rasa bersalah.
Rasa sedih ,
Serabut gila!

Aku terus melihat papan tanda ke arah Gate A-12. Aku berlari lagi. Aku sempat melihat skrin billboard yang menunjukkan waktu berlepas namun aku hairan mengapa nombor kapal terbang yang sepatutnya aku naiki tiada!

hah?

Tapi aku meneruskan "larianku".
Aku lihat semua penumpang yang sama lokasi dan kapal denganku masih duduk dengan tenang. Tiada tanda-tanda mereka akan menaiki kapal pada ketika itu.

Tiba-tiba....

"Perhatian kepada semua penumpang-penumpang AK5221, penerbangan anda terpaksa ditunda ke pukul 1.40 minit petang disebabkan terdapat masalah teknikal di lapangan terbang Kuala Lumpur. Pihak kami memohon maaf atas masalah teknikal yang berlaku. Terima kasih."

Alhamdulillah!
Ya Allah aku bersyukur!

Aku duduk dengan tenang sambil menarik nafas lega.
Aku sungguh terharu dengan nikmatmu ini Ya Allah!
Aku tak ketinggalan flight. Engkau selamatkan aku dalam situasi ini.

Keluar airmata ku.
Terharu kerana doaku dimakbulkan.

Aku mengambil telefon bimbit Vivo ku di dalam beg dan memberitahu kedua ayah dan umiku tentang perkara tersebut.

Namun , ada pro dan cons juga flight aku delay.
Aku tidaklah terlalu gembira kerana ada masalah besar lain lagi yang aku kena hadap setibanya aku di universiti nanti.

Nantilah , ada masa aku sambung ya? Sebab esok aku class pagi.

Bye!

.................................................................................................................................................


Tuesday 7 August 2018

PART 2 : Q/A YAYASAN PENERAJU TUNAS POTENSI BURSARY SIME DARBY

Assalamualaikum guys.
Bertemu lagi kita yahh. Adik-adik lepasan STPM , Matrik dan yang seangkatan dengannya pun baru menerima result dan aku nak ucapkan tahniah dengan kamu semua. Tak lama lagi korang akan start memulakan hidup as budak UNI .

Bagi yang tidak berjaya mendapat tempat di Uni, don't worry. Ada 'pintu-pintu' lain yang boleh anda masuki. Tidak semestinya anda perlu masuk ke universiti. Anda boleh juga memohon kolej ataupun mengisi SPA atau korang nak berbusiness? Teruskan kehadapan. Siapa tahu mungkin di situ rezeki anda kan?

Yang pentingnya jangan BERPUTUS ASA. You are not a loser okay?

Let's sambung to the main topic. Aku ni meleret-leret ni kang kalau dibiarkan.

So ada yang tanya aku pasal biasiswa ni :

1. "Kem tu kira macam stage 2 ke lepas interview? Kem bulan brape? Result dia email bulan brape kalau tahun lepas? Runsing jugak sbb dah bulan 6 takde dgr ape2 lagi "


Jujur, last year aku pun menunggu sampai bulan Ogos. Aku email je pihak diorang tu bertanya. Yang bestnya pihak YP ni layan je persoalan aku. Alhamdulillah. Kalau korang jenis yang tak suka menunggu , better call je diorang untuk puaskan hati. Jangan tunggu je , korang kena contact pihak YP. Kem tu memang stage ke 2 lepas interview dan rasanya macam bulan 8 macamtu kem tu akan dibuat. 



2. "kalau tak silap sy..kem tu untuk sesiapa yng dah berjaya dn layak utk dapat biasiswa ni. sama lah still tak dengar apa2 lagi keputusan "



Kem tu dibuat untuk diorang nilai siapa yang paling layak diberi biasiswa ni if im not mistaken. Jangan lupa contact mereka semula ye untuk bertanya bila keputusan tu.



3. Ada tak sesiapa yg akan pegi kem ni jugak bulan 8 ni?



Haa.. yang ni aku tak tahu jawapan hahaha. 



*********************************************************************


So korang berdoa lah banyak-banyak. Rezeki itu takkan pernah salah alamat. Actually aku buat entry ni sebab aku tak tahu macamana nak buat button reply kat entry aku yang lepas tu *haa gelak la
 (-_-)* . Kalau korang tahu tolong ajarkan boleh hehe.

Bye itu aje untuk malam ni.


Monday 4 June 2018

PILIHANKU ATAU PILIHANMU?

"Tretttt"

Telefon pintar Vivo milik Nina berbunyi.
Tanda ada pesanan whatsapp baru masuk.

"Nina, berbuka puasa kat mana petang ni?" Malik, pak cik kepada Nina bertanya.

"Saya berbuka kat kolej je ni pak cik harini". Jawab Nina.

"Jom buka sesama petang ni. Mana cafe yang sedap nak makan?"

“Cafe mamak kat bawah tu okay sikit kot.”
“Okay, nanti orderkan pakcik tomyam ayam dengan telur dadar tau. Nanti Pak Cik bayar. Order je dulu.”

“Okay beres”.

Nina melihat jam di telefonnya. Pukul 6 petang.
“Aku kena gerak awal sikit ni. Nanti orang ramai, tak sempat order.”

Nina pun menapak ke cafe mamak tu. Setibanya di sana, cashier menunjukkan isyarat tangan seperti bentuk huruf T.

“Alaa. Ramai sangat yang order”.

Nina mengambil telefonnya dan cuba memaklumkan pakciknya berkaitan hal tersebut.

“Pak cik. Tak sempat orderlah. Ramai sangat orang.”

“Tak apalah. Beli je apa-apa makanan  yang ada kat area situ. Pak cik dah nak sampai ni. Banyak kuih-muih dari bazaar pak cik beli ni.”

“...........”

Tidak lama kemudian, Malik pun sampai.

Dia melihat anak buahnya itu sudah menunggu di meja berdekatan dengan parking motor sambil melihat skrin telefon bimbitnya.

Nina mendongak.

“Haa. Hai pak cik”.

Nina Nina. Sepatutnya bagi salam lah kan. Dia ni main sapa je terus.

“Hai.” Pak ciknya membalas dengan senyuman. Nina melihat tangan pakciknya yang menjinjit plastik-plastik merah jambu yang berisi makanan.

“Dah lama tunggu ke Nina?”
“Tak adalah pak cik. Baru jugak ni.”
“So apa khabar Nina? Sihat ke?”

“Heee. Macam biasa lah pak cik. Sihat je ni. Pak cik pula macamana?”

Dah macam cliché sangat perbualan mereka pada ketika itu. Al-maklumlah. Itu pertama kali mereka berjumpa face to face. Selama ni berjumpa di alam maya je. Ada pernah juga beberapa kali berjumpa sewaktu kenduri di rumah. Itupun jarang.

Maknanya bukan first time lah kan jumpa face to face? Haha.

Okay sambung.

“Macamana study? Okay ke?”

“Setakat ni okay je pak cik.”

“Ara di mana dah sekarang?”

“Ara masih menunggu panggilan Uni kat rumah. Dia dah cuba isi macam-macam tapi mungkin belum rezeki kot.”

Malik tersenyum simpul.

“Aunty Idah pula dimana?”

“Masih juga di rumah.”

“ooo. Yang haritu kan, masa isi UPU, memang Nina isi kos ni ke? Atau macamana?”

“.............”

Nina terdiam seketika. Pertanyaan seperti ini pernah ditanya kepadanya sewaktu mula-mula mendapat tawaran masuk uni beberapa tahun dahulu. Persoalan yang kadangkala membuatkan air matanya jatuh.

Bukan sebab dia tidak mahu dan tidak bersyukur, namun ada dalam kalangan ahli keluarganya yang tidak seberapa bersetuju dengan pilihannya itu. Walaupun ibu bapanya memberikan kebebasan kepada dia untuk menentukan pilihannya sendiri.

Nina berfikir. Apa jawapan terbaik untuk dia berikan kepada pak ciknya itu.

“Hmm. Sebenarnya yang ni memang pilihan pertama Nina. Sebab result Nina biasa-biasa je masa STPM tu so Nina pilih kos yang Nina rasa boleh angkat dan sesuai dengan result Nina. Mungkin rezeki Nina dah kat sini. Ayah ada pesan juga haritu, kalau Nina nak tukar kepada kos agama boleh je. Tapi kena tambah satu sem lah.”

“Sayangnya...”

Perkataan tersebut seolah-olah panah yang menusuk kalbu Nina. Seolah-olah satu kerugian besar untuk dirinya berpindah aliran.

Mahu sahaja pada ketika itu Nina katakan bahawa ini sudah takdir Allah dan ceritakan segala hikmah yang Nina rasai memilih jalan ini.
Akan tetapi, Nampak macam Islamic sangat lah pula. Segan.

Biarlah hikmah tersebut Nina simpan sendiri. Nina akan share kepada orang yang sepatutnya sahaja.

Terasa menyesal pula Nina menyebut tentang pesanan ayahnya tu. Sepatutnya Nina tidak perlu ceritakan hal tersebut kepada pak ciknya. Nina tak suka untuk menyesal dengan jalan yang Allah beri ini.
Inilah yang terbaik.
******************************************************************
Bertukar aliran daripada kos agama kepada kos aliran biasa bukanlah suatu yang mudah bagi Nina.

Ramai yang hairan dengan keputusannya itu.

Nina bukannya mahu “lari” dari agama, cuma takdir sudah ditetapkan sebegini. Nina terima.

Lagipun, minat Nina untuk mempelajari tentang manusia sangat menebal.
Nina berhadapan dengan kekeliruan juga sebenarnya.

Nina mahu mempelajari agama di samping mengkaji tentang manusia. Tapi jarang Universiti yang menawarkan kos sedemikian, melainkan Nina ambil double degree.

Rasa tak mampu. Nina tahu setakat mana kemampuan yang dia miliki.

Nina bercita-cita untuk menjadi professional muslim. Seorang muslim yang berjaya dalam bidang professional namun masih kuat berpegang kepada agama.

Bermula pada tingkatan 1 sampailah ke Pra-Universiti, aliran yang diambil Nina adalah aliran agama. 7 tahun tinggal di asrama dengan tarbiah agama. Secara tiba-tiba memilih aliran yang jauh dari sangkaan?

Memang susah!

Nina tak kata aliran perdana atau aliran biasa tu teruk. Eh tidak sekali-kali! Tapi ilmu yang dipelajari tu yang berbeza.

Terpilihnya Nina untuk menceburi kos ini adalah supaya Nina lebih berfikiran luas, lebih cakna dengan isu semasa, isu melibatkan masyarakat.

Isu sosial dalam masyarakat.

Kos ini mendekatkan Nina dengan masyarakat sekeliling. Masyarakat yang memerlukan tarbiah.

Masyarakat yang kurang bernasib baik.
Masyarakat yang perlu dipandu imannya ke jalan yang benar.
Nina bukanlah seorang gadis yang warak atau alim. Jauh sekali tu. Nina ni biasa-biasa sahaja. Ilmu yang sedikit yang Nina pelajari dari sekolah, itulah yang dia jadikan bekalan di sini.

Tidak cukup sebenarnya.
Tarbiah di sekolah itu akan terhenti sampai di sekolah sahaja jika kita tidak cuba untuk mempertahankannya.

Cara pertahankannya? Teruskan belajar ilmu agama. Walau kos apapun kita.
Usah dilihat orang lain, Nina lihat dirinya sendiri.

Dulu setiap malam akan konsisten baca Al-Mulk. Tak putus-putus setiap malam lepas belajar, Nina dan rakan-rakan satu sekolah akan pergi ke surau baca bersama surah ni sebelum tidur.

Namun sekarang, Nina akui dia kurang istiqamah.
Dia sedar dia perlu kuat dan dia tidak akan kuat tanpa agama.
Agama itulah yang menetapkan hati dan menjadikan diri terus berada di landasan yang benar.

Doakan Nina.
Dia ni masih perlu berjalan lebih jauh untuk merealisasikan mimpinya.

Wednesday 30 May 2018

Tin Kosong


*Belek-belek nota*

“Ok rehat jap!”

Mata semakin kuyu. Walaupun Nina tidaklah se’struggle’ rakan-rakan lain, namun dia pun tidak pasti mengapa mudah sungguh matanya layu dan lesu.

Mungkin sebab ini bulan ramadhan?

Oh tidak. Bukan itu sebabnya.

Semester yang lepas, perkara sama juga terjadi. Mujurlah Allah pinjamkan rasa kesedaran yang tinggi pada ketika itu.

Namun semester ini, kesedaran itu semakin pudar.
Nina pun tidak pasti mengapa.
Dia berfikir sejenak.

“Apa ya aku perlu buat untuk pulihkan semangat aku? Teruk sangat dah ni. Diorang yang lain dah habis khatam semua bab. Aku ni hmmm”

Tanpa membuang masa, Nina mengambil kesempatan ini untuk melayari Internet. Dia membuka laman Google untuk mencari blog seseorang yang dia kagumi.

Tuan Hashim (Bukan nama sebenar).

Dia suka membuka blog ini untuk mengembalikan semangatnya jika mulai pudar. Dia sedar , semangat itu tidak akan terang dengan sendirinya jika dia tidak berusaha.

Jika doa sahaja tanpa usaha, benar ianya hanya sia-sia.

Maka dia harus berusaha walau dengan cara apa sekalipun. Walau hanya dengan membaca blog-blog motivasi seperti ini. Dia akan cuba.

Nina tertarik dengan satu post beliau pada tahun 2015. Post tentang mengapa kita perlu menuntut ilmu. Antara intipati blog yang menyentuh hati Nina ,

“.......Siapa suruh kalian hafal sahaja ilmu-ilmu tersebut? Gunakanlah akal kurniaan Allah itu untuk melihat kebesaran Allah dengan ilmu yang kalian pelajari. Buka mata seluas-luasnya.”-Tuan Hashim-


Benar.
Nina akui.
Dulu sewaktu di sekolah menengah, dia juga pernah berfikir sedemikian. Apa gunanya belajar semua ini jika sewaktu kerja nanti tidak diaplikasi pun?
Penat sahaja belajar bersengkang mata. Mempelajari formula yang banyak dan benda ni tiada kaitan pun!

Akan tetapi Nina lupa satu perkara ,
“.....subjek-subjek bukan diwujudkan untuk dinilai secara literal. Bukan semuanya boleh dinilai dengan tajuk. Tetapi ia ada nilai tersirat, ia melatih kita menyelesaikan masalah, ia melatih kita menjadi matang dan berfikiran matang dalam menguruskan kehidupan, ia melatih kita sabar. Mengajar kita untuk hidup, bersaing, dan tidak menghakimi situasi dengan melulu. Dan yang paling penting, ia mengajar kita etika dan kesopanan dalam mengendalikan perbezaan pendapat.” –Tuan Hashim-

            “School doesn’t only test your intelligence. It tests your memory and willpower!”
                                                            -Tuan Hashim-

Setelah membaca, Nina termenung sendiri. Selama ni, dia kurang berasa enjoy dalam menuntut ilmu kerana cara dia melihat ilmu itu sendiri.

Dia tidak berfikir tentang hikmah di sebalik ilmu tu.

Dia hanya mengingat atau senang cerita menghafal ilmu-ilmu yang dia belajar di kelas. Tanpa melihat isi tersirat ilmu tersebut.

Rugi.
Sangatlah rugi.
Sedangkan dia ada cita-cita yang melangit tingginya.

Tapi jika ilmu itu kurang ataupun lesap begitu sahaja setelah menghadapi peperiksaan, bagaimana mahu mencapai apa yang dicitakan itu?

Cita-cita yang baik itu adalah sesuatu yang tertanam lama dan dalam perjalanan ke arahnya, perlu disertai dengan ilmu di dada.

Tidak ada gunanya kita sampai di suatu tahap namun tidak ada apa-apapun yang kita bawa.

Sekali lagi,
Rugi.
Tidak kisahlah setinggi mana impian itu,
Tidak salah bermimpi.
Tapi perlu seiring dengan ‘bekalan’ yang sepatutnya.

Nina sangat terasa dengan apa yang dipostkan oleh Tuan Hashim.
Ya. Apa yang dia katakan itu umpama panah yang menusuk kalbunya.
Dia seperti tidak sedar yang ilmunya masih cetek.
Bagaimana dia mahu berjuang untuk professionnya yang tidak dikenali itu jika dia sendiri kurang bersedia?

***************************************************************************
Jangan kata Tuhan tidak beri hidayah lagi.
Kadangkala kita yang sengaja menutup mata dan hati untuk tidak menerima hidayah itu masuk.

Menuntut ilmu dunia ini tidak salah, selagimana kita pandai menggunakannya.
Ilmu itu seperti senjata,
Digunakan di jalan kebaikan maka baiklah natijahnya.
Jika digunakan dengan sebaliknya,
Maka keburukanlah hasil yang kita terima.

Tidak akan pernah rugi orang yang menuntut ilmu.
Yang ruginya bila kita tidak tahu mengaplikasikannya.
Dibiarkan tersimpan rapi tanpa memanfaatkannya ke jalan yang diredhai.

Senang cerita, hidup ini kena bijak.
Apa yang kita pelajari tidak semestinya digunakan hari ini.
Perjalanan kita kan masih panjang.
Esok , lusa mungkin?
Siapa tahu kan?

Doakan Nina. Lusa dia start exam dah.









Sunday 27 May 2018

KETUKAN HATI

Assalamualaikum : )
Salam Ramadhan kareem semua.

Lama juga kita tidak bersua di alam maya ni. Dimana pun korang berada, aku doakan semuanya sihat-sihat belaka. 

Plus, time puasa ni lagi. Rezeki berlimpah ruah. Perut kosong hanya di siang hari, waktu lepas berbuka hanya Allah sahaja yang tahu kebesaran perut tu macamana haha.

Nina tidak lepaskan peluang berbuka bersama member-member di bulan ramadhan ni. Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada. Ramai yang mengambil peluang bersedekah. Duit pun dapat dijimatkan. Bolehlah simpan sebahagian tu di tabung untuk kegunaan masa depan.

Minggu lepas kan.

Nina dan kawan ambil lah makanan bersama-sama untuk berbuka. Makanan tu makanan yang free orang bagi sumbangan untuk student.So, Nina pun bersemangat nak ambil sebab yalah free kan.
Gigih beratur walau barisan tu panjang yang teramat. Sambil beratur tu sempat juga berdoa moga-moga cukup makanan tu sebab ramai sangat beratur.

Akhirnya....

*bunyi plastik*

"Terima kasih!"

"Ok jom balik!" 

Nina ajak kawan-kawan balik ke hostel dengan hati yang riang. Nina senyum sehingga menampakkan barisan gigi hadapannya. Happy sangat lah tu... err.

Masa berlalu dirasakan terlalu lama.

Nina melihat jam di telefon pintarnya. Rupanya dah nak Maghrib dah. 

“Okay dah tak lama lagi. Yess” .

Dan tidak lama kemudian, azan pun berkumandang dengan merdunya.

"Allahu Akbar Allahu Akbar..."

Tiba-tiba...

*mesej whatsapp masuk*

“Nina, boleh aku join kau berbuka ke?”

“Oh ingatkan tak jadi ko nak gi sini. Mehlah naik atas kat bilik aku ni. Kita buka sesama. Aku baru start nak makan jugak ni”

“Ok Nina. Jap”.

Dan Fiqah pun bergegas naik ke tingkat enam semata-mata mahu berbuka dengan Nina.

Beberapa minit kemudian, setelah menikmati makanan tersebut, Fiqah memandang Nina.

“Ko kenapa Fiqah?”

“Hmm. Kalau aku cakap ni, boleh kan?”

“Kau nak cakap apa ni? Jangan segan. Cakap je. Aku sudi mendengar”

“Aku kan... selalu je terfikir. Kalau aku tetiba mati macamana ye? Aku risau pula. Selalu ingat pasal mati ni”

Nina tekun mendengar luahan Fiqah. Lalu Nina menjawab..

“Baguslah kalau kau boleh berfikir macam tu. Sebab kita ni memang kena selalu ingat kematian. Janganlah risau. Itu perkara normal. Aku pun kadang-kadang berfikir juga pasal ni. Amalan aku tak cukup banyak lagi untuk aku bawa jumpa Tuhan nanti.” 

“..........”

“..........”

“Aku dah citer ke pasal member aku yang accident baru-baru ni? Yang accident naik motor tu?”

“Oh yang kau post kat dalam status kau tu eh?”

“Haah.”

“Kawan kau tu perempuan ke lelaki?”

“Lelaki. Hmm.. Kau tahu tak, masa pergi PBAKL haritu dia ada sempat whatsapp aku tau. Dia tanya pasal buku Fixi kat situ. Takde tanda pun dia nak pergi. Dia macam biasa je. Dan tu. Last kami borak sesame. Tapi dia kan, dulu .... hmm tak nak lah buka aib, orang dah pergi.”

“Mati tu bila-bila je kan Fiqah. Ada yang Tuhan dah bagi petunjuk dan ada juga yang tak sedar pun yang dia akan pergi. Selalunya, orang-orang yang beriman akan sedar akan tanda-tanda kematiannya.”

Mata Fiqah mulai kelihatan merah. Mungkin menahan sebak. Nina pun cuba menahan rasa sebak di dada. Turut bersimpati.

“Mudah-mudahan, kawan Fiqah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kadangkala, orang yang sering berbuat kejahatan sewaktu hidupnya, tidak semestinya akan menjadi seorang yang jahat selamanya. Mungkin sebelum mereka pergi meninggalkan dunia, mereka sempat bertaubat dengan taubat nasuha. Malah, mungkin mereka lebih baik daripada kita”.

“............”

Suasana menjadi sunyi buat seketika. Masing-masing berfikir dan muhasabah. Benar, mati itu pasti dan ajal itu boleh datang pada bila-bila masa.

Fiqah melihat jam tangannya.

“Nina, dah nak dekat waktu Isyak ni. Aku nak turun dulu. Ada pape bagitahu ye.”

“Okay Fiqah.”

Lalu Fiqah pun pergi meninggalkan Nina.

Nina berfikir sejenak. Fiqah seorang rakan yang kelihatan biasa-biasa sahaja. Namun, dia lebih baik kerana dalam masa berbuka puasa macam tu pun boleh teringat tentang kematian. Nina sendiri pun kadangkala alpa. Selalu leka dengan arus duniawi.

Benarlah.

Hidayah itu ada di mana-mana.

Dalam hidup kita ni, Allah sentiasa beri hidayah.

Cuma kita kadang-kadang tidak menyedarinya atau “pura-pura tidak perasan” hati kita diketuk oleh Ilahi.

Kita juga beranggapan mati itu lama lagi.

Sedangkan itulah yang paling DEKAT dengan kita.

“Baiknya Allah. Sungguh indah kasih sayangnya."

-Menina-
Gambar diambil time aku join satu bengkel.




x
x