Tuesday 13 August 2013

Perempuan tak pandai masak! Ahahaha.

aku sebenarnya dok ketawakan diri aku sendiri. Iyalah. Aku masih tak terer masak macam kengkawan sebaya aku. Agak malu juga tapi aku tebalkan muka macam troll. Diorang selalu nasihatkan aku supaya belajar masak. Apapun terima kasih nadia dan nanang!


Aku tidak la cincai abis sampai maggi ja aku tau masak. Adalah juga benda-benda yang aku pandai masak. Selalunya, aku dikomen habis oleh Mak aku atas ketawaran masakan yang aku masak. Alololololo... Tapi bapa aku makan ja apa yang aku masak tanpa ada sebarang teguran mahupun kritikan yang hebat. Apapun mak aku tetap no 1 la. Aku rasa betullah tindakan mak aku yang asyik-asyik menegur masakan aku yang agak tak sedap tu.

Perempuan yang pandai masak ni bagi aku cun melecun. Yang tidak pandai masak , macam pemalas ja kan. *Aku menembak diriku sendiri.


Aku terfikir juga kengkadang tu, "Hei , ko kawin nanti dengan mamat yang kuat makan baru tahu". Habis la aku. Aku bukan bermaksud orang yang gemuk je tau. Orang kurus pun ada yang kuat makan. Yang atlit-atlit sukan tu, Kuat Makan. Tapi disebabkan diorang ni selalu exercise, so berat badan diorang ni tidaklah bertambah.

So, perancangan aku lepas SPM ni, aku mau try pelbagai jenis masakan. InsyaAllah, jika Allah panjangkan umur aku yang semakin meningkat ni. Ustaz aku pesan ,"perempuan kena pandai masak". Aku ambik nasihat ustaz tu. Bila lagi kan aku mau kasi rasa masakan aku dengan family aku. Kalau muka ja cantik tak pandai masak Tak der Guna. *Pesanan dari media sosial. Ahahahaa

2 comments:

Faiz Saaid said...

belajar boleh masak, yang penting ikhlas

SAIDATUL NAZIAH said...

Thanks bro atas semangat!