Monday 12 August 2013

Jom Baling-Baling Barang!

Assalamualaikum Bloggie J

Amacam cuti ni? Ok jugak ye? Ada juga rasa-rasa tension ka? Masa kita tension, banyak kita mau buat kan. Rasa mau hempas dan buang ja barang yang ada depan mata kita. Ya.. aku pun mengakui turut rasa begitu. Tapi, aku pernah dengar la , bahawa orang yang berakal itu adalah orang yang mampu mengawal kemarahannya. Haa. Aku sokong tu. Kadang-kadang , manusia ni lupa. Tu la macam tidak ingat akhirat bila marah. Banyak cara untuk kita mengurangkan tension ni. Salah satunya dengan mengambil wudhuk, Baca quran dan Zikir. Tu kalau orang Islam.  Non muslim macamana? Mungkin kamu ada cara tersendiri la kan. Saya tak tau. Yang penting, jangan kita nak elakkan diri daripada masalah yang menimpa diri kita dengan bunuh diri. Saya rasa, semua agama kan menegah penganutnya daripada melakukan perbuatan yang terkutuk tu. Nauzubillah min zalik.



Ehm. Macam ceramah agama pula. Tapi, apa salahnya kan saya mengingatkan.  Tu tandanya sayang. Haha. Saya ada tengok berita tadi. Rupa-rupanya, di KL ada dibuka satu tempat untuk mereleasekan tension. Nama tempat tu “SMASH HOUSE”. Disitu, kita boleh mengurangkan tension kita dengan membaling barangan kaca serta menghempas barangan yang telah mereka sediakan. Bagi mengelakkan kita terkena serpihan kaca tu, diorang telah menyediakan jaket serta hand glove untuk kita gunakan. Selain itu, mereka juga ada menyediakan sesi kaunseling kepada pelanggan.Whoa! Best kan? Aku macam mau ja pergi sana. Bayarannya pula sekitar RM 30-RM100 ringgit. Agak murah la tu kan?




Tujuan lain tempat tu diadakan adalah untuk mengurangkan keganasan . Harap tiadalah yang salah guna tempat tu ye. Syarikat SMASH HOUSE ni akan meluaskan lagi empayar perniagaan mereka di Johor dan Pulau Pinang dalam beberapa bulan lagi. Hmm. Hope nanti diorang luaskan lagi perniagaan kat Sabah ni. Buat masa ni, susah sangat aku pergi KL tu. *macam mau betul pulak umban-umban barang*

Hah. Tu ja story morry aku hari ini. Syukur Alhamdulillah. Allah bagi nikmat untuk aku tambah entry dalam bulan ni. Idea mudah je ada kat kepala.

LAMAN SMASH HOUSE : http://smashhouse.asia/

2 comments:

Unknown said...

Wahh.. rsa mcm nak g sna jak.. hehe

SAIDATUL NAZIAH said...

hehe, nanti kita g sana. *macam dekat ni ba...