Saturday 31 August 2013

Pagi yang terang... Cukup Indah

suasana kampung

mendamaikan

Alhamdulillah. Hari ini saya masih bernyawa. Allah masih memberikan kita peluang untuk bertaubat. Indah kan dunia? Sesungguhnya Allah itu Cantik dan Suka akan kecantikan 
Besok Trial! Maan Najah Fil Imtihan Sahabat-sahabatku!
SELAMAT PAGI BLOGGERS!

Qasida Burda Shareef With Lyrics

Jom layann.. tengah-tengah malam ni... tenang hati..

KEM IHYA RAMADHAN # Part 1

hmm.. Alhamdulillah. Dua kali suda aq join kem Ihya Ramadhan, dan kedua-duanya memberikan nostalgia@memori yang takkan aku lupa sampai bila-bila. Banyak input dan pengalaman yang baru aku dapat timba masa join kedua-dua kem ni.

Hari raya bah sudah ni kan. Terlambat betuul suda aku bercerita pasal pengalaman ni semua. Tapi bagi yang sudi membaca, terima kasihlah. Bagi yang tak sudi, tak mengapalah. Cheq faham feeling kamu semua.

KEM IHYA RAMADHAN (2012)

masa tu aku form 4. Malam sebelum kami bertolak ke Kem Malanggang, kiulu  tuaran tu, hati kami berat semacam.Time tu aku rasa macam tidak mau ikut ja tu program. Ndak tau la kenapa. Member2 aku yang lain pun rasa macam tu. Tapi kami mesti juga ikut walaupun hati berat. Dahlah masa tu exam setara 2. Lagipun, orang tua-tua kata, jika berat hati, better jangan pergilah.. Tapi , kami tetap yakin dengan ketentuan Allah. Sebab yang menentukan segala takdir tu bukan orang2 tua, tapi Allah..

Jadi kami bertolak ke sana dengan perasaan yang pelbagai. Biasalah, first time kan. Dan aku sudah set baik-baik dalam kepala aku yang aku tak mau jadi penghuluwati. Ya.. berapa kali sudah aku jadi penghuluwati kat sekolah tu... ada-ada ja program yang melibatkan satu form, aku juga ... bagi peluang lah kan dengan orang lain.

dipendekkan cerita, malam tu pemilihan penghuluwati,penghulu dan imam besar. Masa tu aku steady meady la. Aku dah setkan dalam minda.. Aku tak mau jadi penghuluwati lagi.

Tapi...
bila ditanya pelajar putera, tiada respon. beralih pula ke pelajar puteri. diam pula semua. aku tengok muka ketua kem kom tu, macam berubah sket. Aku memang jenis tak suka dengar orang marah. Jadi aku pun berdiri. Semua tengok... Ya Allah. Aku lagi... Kawan-kawan aku pun support aku berabis. "Ko pi ja lah".. Ok..masa tu aku positifkan diri walaupun aku rasa ada yang tak puas hati. Biarlaa..siapa suruh tak berdiri...

Okay. Aku sorang-sorang kat atas pentas masa tu. Kemudian , pelajar putera pula ditanya... siapa? siapa?... Dan rupanya budak sekolah aku juga. Merangkap kawan sepengawas, Si Aminullah.. hmm..ketua kem kom tu sempat lagi berseloroh, "aik, sma sekolah? kamu rancang ka ni??".. aku hanya mampu tersenyum. Tanda hormat dengan beliau. Ok...aku jadi penghuluwati..mesti redha... Tanggungjawab pun ada...

Imam besar? Si Ahmad Amri. Mula-mula tu, aku tak perasan pun yang dia ni aku pernah jumpa masa form 3. Di sekolahnya juga. Masa tu ada kem 1 murid 1 sukan. Fikirkan dia ni budak sukan semata-mata, rupanya seorang Hafiz bah juga... Alhamdulillah dapat kenal dengan sahabat macam tu. Malam tu, ketua kem kom terus panggil nama nya. Mungkin diorang tau kali latarbelakang dia kan.. sesuai la dia pegang tanggungjawab sebagai Imam Besar tu...

Ok...aku pun menjalankan hidup di kem tu sebagai penghuluwati walaupun ada suara-suara yang kurang enak aku dengar. Tapi aku tak kesah... semua tu buang dalam parit je..

Sehinggalah aku dianugerahkan sebagai Peserta terbaik perempuan. Alhamdulillah. Tidak juga aku sangka tu. Rezeki Allah bagi kan... Tu lah first time aku dapat anugerah sepanjang aku join sebarang kem.

pengalaman mengajar aku erti ketabahan, kekuatan dalam memimpin. Risau+takut juga aku pegang amanah ni. Tapi jika bukan kita, siapa lagi??

Friday 30 August 2013

Budak2 Tedika :

Assalamualaikum malaysiansss..

Yan Abar?
Ape Khabaq?
Kaifa Haluka?

Macam2 lah kau sai.
Tadi aku baru ja balik dari tedika adik aku, Sarah. Diorang ada sambutan Hari merdeka and hari jadi. Best oww.. Sambut ramai-ramai. Masa aku tedika dulu, tiada lah semua tu. Tapi zaman sudah berubah kan. Macam-macam benda baru yang wujud hari demi hari.

merdeka!merdeka!merdeka!

Sambutan majlis tu sederhana ja. tapi bagi atul, majlis macam ni sudah memadai. Budak-budak tu pun nampak happy sangat. Ibu bapa pun support. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Tengok tu. Nampak semangat kan?
Masa stay dekat diorang, baru aku terasa macam sudah dewasa. Ya.. tapi pra dewasa lah.

 aku tabik la dengan guru-guru tedika ni... bukan senang tau menghandle budak-budak kecik ni. Aku yang duduk-duduk diam disana tadi , dilanggar..nasib baik dorang tak tumbuk aku...suara budak-budak tu jangan cakap. macam bercakap dengan jarak 100 meter ja. Bagi atul, tu memang normal la kan. sebab adik-adik dirumah pun sama juga. tapi guru-guru tadika ni pun memang power la. Aku betul-betul berterima kasih dengan cikgu aku masa tedika dulu, cikgu Rosnah.  Cikgu ni telah mengajar aku banyak perkara sehinggalah aku berumur 5 tahun. Lepas tu aku pindah sekolah di Tedika lain. Walaupun arwah cikgu Asmah Nenggai sudah tiada dan cikgu cuma mengajar saya selama 1 tahun ja, tapi cikgu juga mengajar saya banyak perkara yang mematangkan diri saya ni.. Saya sentiasa doakan semoga kita bertemu lagi diakhirat sana dengan keadaan yang baik..insyaAllah (Al-Fatihah)...

Jasa guru ni tak ternilai sebenarnya. Lahirnya peguam, doktor , pensyarah semua tu adalah berkat tunjuk ajar guru jugak tu. Jangan dilupakan jasa mereka.

Apapun, Hari ni Hari Kemerdekaan. Semoga kemerdekaan negara ini akan berkekalan sampai bila-bila. korang pembangkang ker, kerajaan ke, bersyukurlah sebab hidup di bumi mesia ni. Kenanglah jasa pemimpin-pemimpin yang terdahulu... uisshhh... kepatriotikan aku sudah meningkat... hahaha..kidding..

serlahkan keyakinanmu

Aku tak bermaksud macam tu!

ya. Aku sememangnya tidak bermaksud macam tu.
Ya Allah, dia salah faham ka?
Kengkadang , apa yang kita buat di muka bumi ni , akan disalah ertikan oleh orang lain.
Mungkin ini dugaan yang Allah bagi dengan aku.
Even though i like him,
but sincerely,
i will keep my heart.
my love.
coz for me,
My feeling is so expensive.

I hope,
he know the truth.
Masya Allah.
sometimes, what i've thinking,
are different with the reality.
so, what should i do???
But I keep this words always in my deep heart "La Tahzan. Innallah ha ma'ana".
This word made me feel strength.

Tak mengapa. Allah akan tunjukkan hal yang sebenar. Mungkin ni semua kisas untuk apa yang telah aku lakukan. So, mugkin aku perlu redha.

Cinta sesama manusia tu hanya sementara je.
Allah dah tentukan siapa jodoh kita.
Mungkin tak ada di dunia, tapi diakhirat menanti.
Aku tak suka dok terkejar-kejar orang yang aku suka. tu bukan stail aku. Pendam tu lebih baik kan?
walaupun banyak citer palsu timbul. haiya.. pelik..

ya Allah,
Engkau kuatkanlah aku. Sesungguhnya aku tahu, ini ujian untuk mematangkan aku. untuk memberi kekuatan kepadaku dalam menghadapi ujian-ujian yang bakal mendatang.

So,
mungkin suatu hari nanti , bila tiba saatnya , angpa akan terbaca jugak entry aku ni.
Sesungguhnya, aturan Allah itu sangat cantik.
Saya yakin bahawa tak da yang mustahil di muka bumi ni.
maaflah. banyak gramatical error.
tengah practice BI ni.

Hmm. Terlalu open entry aku kali ni. tak taulah. aku dah berubah ke?

Saturday 17 August 2013

CARA MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Hari tu, aku dah selamat postkan satu tips iaitu Cara Untuk Melegakan Gastrik. Bagi sapa-sapa yang terlepas entry tu , kalian boleh pergi ke link ni.. hmm (SINI).

Kengkadang tu, kita tak sedar bahawa kita tak payah susah-susah beli ubat yang mahal-mahal untuk melegakan sesuatu penyakit, terutamanya penyakit yang kronik. Banyak kan sekarang ubat-ubat yang memahal semua.. ish-ish-ish...

Apapun aku berterima kasih la dengan seorang sahabat FB aku yang baik hati sebab tolong sharekan pasal Cara-cara untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Lepas ni, aku nak hebohkan dengan seluruh ahli kuarge aku pasal info terbaru yang aku dapat. Bukan apa, ramai sangat family aku yang menjadi penghidap Darah Tinggi ni. So, persoalannya di sini, apa ubatnya ya?

Hah! Ni Cincau. Bagi yang tak tau, benda ni senang je nak cari. Tak susah mana pun. Kat kedai runcit kampong-kampong pun ada, apatah lagi kan di pasaraya besaq macam tesco tu.

Ni cincau.

Tapi mustahil juga kamu tidak tau kan ni apa.
Hmm..Caranya ialah dengan memakan cincau ni dua kali sehari. Dalam 3 hari lagi nak jumpa doktor tu, makanlah tiap-tiap hari. Mudah kan?

InsyaAllah, jika Allah izinkan maka tekanan darah tinggi kalian akan dapat diturunkan. Jangan terlalu bergantung harap dengan ubat tanpa berdoa. Makanlah cincau ni dimulakan dengan bismillah.

Salam Sayang dari saya  :)

Friday 16 August 2013

Haa.. Jangan Silap! Penting Ni!

Assalamualaikum.. Bloggie Comel n Kiut..
Tahukah kamu apa tu Solat JAMAK dan QASAR?
Mari Kita Berkenal-kenalan dahulu dengan solat ni.
Kita kena tahu pasal ni tau!
Sebab, solat ni merupakan rukhsah (keringanan) untuk umat Islam dalam situasi-situasi yang tertentu.
So,
Let’s check it out!
P/s : Maaflah ini aku copy je. Tapi still penting kan?

KESILAPAN SOLAT JAMAK QASAR: TAPI ANDA TIDAK PERASAN.

Menghadiri ‘conference’ dalam dan luar negara bukan perkara ganjil. Ramai yang pergi dan kembali, bahkan ramai yang berulang-alik ke pelbagai destinasi dengan niat mengembangkan ilmu. Ini perkara rutin bagi seorang researcher atau ahli akademik di universiti atau ‘research centre’. Tidak ketinggalan bagi yang suka melancong, musafir adalah perkara ‘ghalib’.

Sungguhpun setiap musafir dengan niat kerana Allah besar ganjaran pahalanya, namun harus ditelusuri feqah yang berkaitan dengan musafir tersebut, adakah bertepatan dengan syariah? Mungkin ramai yang tidak pernah mengambil kisah akan adab musafir mengikut sunnah. Amat rugi, jika kita tidak mengambil kepentingan dari perkara adab dan sunnah Rasul. Namun perkara sunat bukanlah ‘aula’ jika yang wajib masih terumbang-ambing. Antara sedar atau tidak, ramai yang melakukan kesalahan berulang akan hal yang wajib seperti SOLAT.

Walaupun isu solat jamak atau jamak qasar bukan lagi menjadi topik perbincangan mutakhir ini, namun saya melihat ianya masih lagi perlu diperhalusi kerana masih banyak salah faham yang berlaku. Malah, masalah ini seringkali berlegar-legar dalam kumpulan teman-teman yang bermusafir bersama saya. Tidak kira musafir ke tempat jauh atau dekat, isu solat tidak boleh dipandang remeh. 

Lihat situasi berikut:

Sehingga ke hari ini, masih ramai yang menganggap bahawa solat jamak qasar boleh dilakukan 3 hari pertama berada di sesuatu tempat. Sedangkan menduduki tempat melebihi 3 hari tidak lagi dikira musafir tetapi ‘bermukim’ (sudah gugur taraf musafir). Jadi, solat jamak qasar sama sekali tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai ke destinasi. Tiada nas yang membenarkan solat jamak qasar pada 3 hari pertama anda bermukim. Solat jamak qasar hanya ‘valid’ sepanjang perjalanan anda yang melebihi 89 km dan tidak ‘valid’ sebaik tiba di destinasi yang anda ingin duduki melebihi 3 hari. Sekali lagi diingatkan, jamak qasar selama 3 hari hanya dibenarkan untuk orang yang benar-benar singgah tidak melebihi tiga hari di sesuatu tempat.

Namun, anda masih diberi rukhsah untuk menjamakkan solat apabila berada dalam situasi yang sukar. Dan jamak ini dibenarkan sepanjang tempoh mukim atas sebab-sebab yang diizinkan syarak. Salah faham berlaku apabila kebanyakan kita tidak jelas akan perbezaan antara solat jamak qasar dan solat jamak. Mungkin silibus pendidikan Islam di peringkat sekolah perlu dikaji semula kerana belum mampu memberi kefahaman tentang masalah feqah yang paling utama ini. Ataupun ustaz ustazah perlu mengkaji kaedah pengajaran agar lebih berkesan dan dapat difahami oleh pelajar di sekolah.

Sedikit pencerahan tentang solat qasar dan solat jamak.

1) Solat Qasar

Sekiranya anda bermusafir ke sesuatu tempat yang perjalanannya melebihi dua marhalah atau 89 kilometer, maka diharuskan untuk mengqasarkan solat.

(Dua marhalah bersamaan empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 km.)

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” [an-Nisa’ : 101]

Bahkan dalam satu hadith Riwayat An-Nasa’i dan Abu Daud, Rasulullah s.a.w mengharuskan para sahabat mengqasarkan solat walaupun bermusafir dalam keadaan aman.

Qasar adalah memendekkan solat, yang 4 kepada 2.

Syarat qasar :

1) Jarak perjalanan > 89 km

2) Bermusafir tidak melebihi 3 hari penuh (tidak termasuk hari berangkat dan pulang)

3) Sudah memulakan perjalanan dan keluar dari mukim atau kawasan kampungnya.

Apa bezanya solat qasar dan solat jamak?

2) Solat jamak

Pada asasnya, solat jamak tidak berkaitan secara langsung dengan solat qasar dan ianya boleh dilakukan atas pelbagai keperluan yang dibenarkan syarak. Solat jamak maksudnya menghimpunkan solat tanpa mengurangkan rakaat.

Perkara yang membolehkan jamak:

Dalam Syarah Muslim, Imam al-Nawawi r.a berkata: “Beberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang tidak musafir, bila terdapat suatu kepentingan, asalkan hal itu tidak dijadikan kebiasaan. Ini juga merupakan pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari golongan Maliki, juga pendapat al-Quffal dan al-Syasy al-Kabir dari golongan Syafi’i, juga dari Ishak Marwazi dan dari jemaah ahli hadis, serta pendapat yang dipilih oleh Ibnul Mundzir. [al-Majmu’, jil. 4, ms. 264]

Dalam kitab feqah karangan Dr. Basri Ibrahim ada menjelaskan keharusan jamak kepada beberapa golongan yang memerlukan seperti sakit, ketakutan, pekerjaan yang punya maslahat kepada umat, bencana alam dan musafir. Bahkan syarat bagi musafir untuk menjamakkan solat tidak diwajibkan melebihi dua marhalah. Waima orang yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan tidak mampu keluar dari situasi tersebut boleh berniat jamak, dan melaksanakan solat jamak ta’khir apabila sampai di rumah. Ini kerana solat jamak tidak terikat kepada syarat jarak perjalanan, musafir, bermukim dan keluar dari mukim.

2 Jenis solat jamak yang anda sedia maklum:

1. Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

Syarat jamak Taqdim :

1) Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.

2) Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

3) Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.

4) Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2. Jamak Ta’khir pula ialah mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Syarat jamak Ta’khir :

1) Hendaklah berniat jamak ta’khir dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. Tidak sah solat jamak ta’khir yang dilakukan akibat luput waktu solat, tanpa diniatkan sedari awal waktu solat yang pertama.

Jadi, apa perbezaan jamak qasar dan jamak?

Sangat berbeza kerana,

1. Jamak qasar bermaksud menghimpunkan dan memendekkan, manakala jamak bermaksud menghimpunkan sahaja.

2. Jamak qasar hanya dibenarkan bagi orang yang sedang bermusafir melebih 2 marhalah dan singgah tidak melebihi 3 hari penuh.

3. Jamak pula dibenarkan pada pelbagai keadaan mengikut keperluan yang syari’e.

Lihat situasi berikut :

Contoh 1: Ulama membincangkan masalah solat jamak sebelum memulakan perjalanan. Jumhur ulama berpendapat, boleh menjamakkan solat sebelum bertolak sekiranya dibimbangi berlaku kesukaran untuk solat dalam perjalanan. Pendapat ini berdasarkan hadith:

"Rasulullah saw menjamakkan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Baginda tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim no. 705].

Tapi perlu diingat.. yang dibenarkan adalah solat JAMAK, bukan JAMAK QASAR.

Sekali lagi ditekankan bahawa jamak qasar hanya boleh dilakukan apabila anda sudah memulakan perjalanan dan keluar daripada mukim.

“Diantara syarat-syarat sah memendekkan (qasar) solat adalah hendaklah musafir melepasi pagar kampung (balad) yang dimulakan permusafirannya" [al-Fiqh al-Manhaji 1/187].

Contoh 2: Anda sudahpun dalam perjalanan pulang ke rumah. Akibat kesulitan sepanjang perjalanan pulang menyebabkan anda tidak mampu menunaikan solat dalam perjalanan. Sebagai contoh, jalan yang sangat 'jam' (musim perayaan) yang boleh menyebabkan terluput waktu solat. Maka dibolehkan anda jamak ta’khir di rumah. Sekali lagi ditegaskan, dibolehkan JAMAK, bukan JAMAK QASAR. Kerana jamak qasar tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai di rumah.

Contoh 3: Apabila mengalami sebarang kesulitan di tempat anda bermukim (musafir yang melebihi 3 hari), maka dibolehkan jamak. Contoh kesulitan berbeza mengikut situasi. Berada di tempat asing memungkinkan kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Hanya yang mengalaminya dapat merasakannya. Jangan tinggalkan solat, sebaliknya jamaklah pada sesetengah keadaan yang sulit. Allah telah memberi kelonggaran kepada hamba-hambanya pada setiap keadaan agar kita menjadi hamba yang sentiasa ta’at.

Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :

"Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjamakkan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjamakkan solat adalah LUAS berbanding dengan memendekkan solat, kerana memendek (qasar) solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jamak dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjamak solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat samaada pada waktunya atau didalam jemaah".

Dengan itu, jelas sekali ketetapan untuk solat tidak pernah gugur walaupun kita berada dalam kesulitan. Bahkan Allah telah memberi kemudahan untuk kita tetap ‘thabat’ di atas jalan-jalan orang yang abid.

"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]

"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]

_________________________________________________________________________________

Disclaimer Note : Setiap pendapat saya adalah bukan pendapat peribadi yang condong kepada mana-mana fahaman. Pangkal dalam setiap hukum syariat Islam adalah dalil dari al-Quran dan hadith. Telah berkata Imam Malik r.a, “mana-mana pendapat yang dilontarkan setiap muslim boleh diambil dan boleh ditolak, kecuali yang datang dari Muhammad s.a.w”. Jadi, sekiranya terdapat pendapat yang tersasar daripada dalil yang sahih, maka lakukan penolakan. Yusuf Qardhawi pernah mengingatkan bahawa setiap muslim adalah tawanan hujah yang kuat serta dalil yang sahih. Dr. Yusuf al-Qaradawi juga telah mengupas mengenai isu jamak dan qasar ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut ).

Allah Lebih Mengetahui.

ASMAH ALIAS. UiTM. AS 990, 9 Sept 2012, 22 Syawal 1433 H

Thursday 15 August 2013

Aku tabik dengan KHAIRY JAMALUDDIN!

Haaa.. Lagi update...

Ader aku kesah?

Hahaha.. teda la. aku main ja.
Kamu kenal ka dengan Khairy Jamaluddin?
Yang menteri belia dan sukan yang baru tu bah!
Itu..itu..menantu Pak Lah tu..
Hah! Kenal kan?
Ni bah..

hmm..kenal?

Aku bukan mau bawak isu politik ke apa. tapi dia ni ada upload video. Komen dia pasal isu semasa. Ternyata ramai juga yang sokong cara teguran dia ni. Mungkin aku yang baru jumpa video ni, tapi siapa-siapa yang belum tengok video ni, dipersilakan... Best! Sempoi abis KJ ni.oko

Ni la menteri kita yang agak mesra alam. Walaupun aku tak suka sukan, tapi aku setuju la juga apa yang dia cakapkan ni.

Wednesday 14 August 2013

Jom Lakukannya!

Asyik-asyik, tajuk entry aku ni ber"jom-jom kan. Macam budak-budak. Tapi aku akui la, aku ni budak mentah lagi . Biasa la, penggunaan ayat ceggitu memang sudah menjadi lumrah kehidupan bagi aku.

Solat? Aik? tiba-tiba pula aku cerita pasal solat ni. Iyalah. Aku nak! Macamana? suka ati aku la. *Nampaknya aku semakin kasar. Tarbiah aku..

Dalam kita meniti kehidupan kita ni kan, kita perlu tau apa yang kita kejar sebenarnya. Duit? Harta? Cinta manusia? ahhhhh! banyak tu aku nak sebut. Penat mulut ni. Tu lah semua tu.

Tu ke, kita nak kejar? parah tuu. Sebab, benda-benda tu semua tak boleh bawak masuk kubur. Tapi, yang specialnya, amalan-amalan baik kita yang kita berhempas pulas buat masa didunia tu la yang jadi bekal kita nanti. Whoaa~ best kan? tu la orang kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. walaupun kita terpaksa dicaci maki masa didunia sebab kita ni bertudung , solat ke kita mesti sabar. Walaupun kengkadang tu, sebagai manusia, sudah menjadi fitrah juga kan untuk marah. Marah dengan diorang yang suka mempersenda tu.  Tapii tu lah, kita kena sabar.....

Aku nak share lagi ni pasal solat. ni ha!

Tu la. Kengkadang kita lupa kan? macam saya jugak. Lupa pasal benda-benda basic macam ni. 

=) salam sayang dari saya.

Nak Makan itulah. Ini. Bukaan. Itu.

Hari tu, aku ada terbaca dalam Newspaper pasal keburukan letak gambar makanan dalam laman social.  Pada asalnya, aku rasa lawak nak muntah! Sebab agak lucu juga kan. Makanan pun ada kontroversi jugak. Fikirkan artis je yang berkontroversi ni.

Sedap.Sedap.Sedap

Antara keburukannya ialah dapat menaikkan berat badan. Whoaa! Bercakap mengenai berat badan. Aku memang sensitive gila. Kenapa? Dulu masa aku kecik, punyalah kurus melidi badan aku ni. Tapi bila dah besar, semakin mengembang bak belon. Paling ketara dimuka la. Mungkin sengaja kali tu lemak naik ke muka aku untuk bagi warning supaya tidak banyak makan lagi! Insaf!
Sebenarnya, jika aku jadi kalian selaku pembaca, sudah semestinya aku tertanya-tanya, “Pesal tiba-tiba pula menaikkan berat badan?”

Jawapannya ialah.. Sebab bila Hang post gambar makanan yang mengiurkan, sudah pasti orang-orang yang membaca atau tengok picture yang hang share tu jeles.  Dia nak juga. Naaaak! Terutamanya makanan yang dia baru Nampak. Pastinya dia nak cuba! Macam aku la tu.

Tapi Maaf! Ni bukan aku. ahah

Tapi bagi aku, itu semua terpulang dengan diri kita sendiri. Sebab yang menentukan hala tuju diri kita ni sebenarnya siapa? Diri kita juga kan. So, bagi aku tak salah pon engko post-post gambar makanan yang lazat-lazat.  Post lagi, post lagi.

SMILE  J It’s Sunnah!