Saturday 22 February 2014

Kosmetik? Check Dulu...

Yeah! Alhamdulillah. Aku kembali menulis.
Aku dah menulis lebih kurang setahun lebih jugak lah. Bukan itu main topic yang aku nak discuss petang-petang yang hening nih…

Oooh! Tidak !

Aku dah macam allergi je dengan benda-benda kosmetik ni. Mungkin ini masanya untuk aku muhasabah diri supaya tidak terlalu mengejar kecantikan luaran walaupun hakikatnya aku tak lah kejar sangat sampai nak mampuih benda tu. Tapi, yaa. Macam wanita-wanita normal di luar sana, memang juga nak jerawat ni bertempiaran lari. Bukan setakat 100 meter or 200 meter saja, tapi lari selama-lamanya. Haha. Ni yang buat aku frust menonggeng ni bila fikir pasal jerawat.
Masa aku online facebook sabtu lepas, tetiba ada lah ex-guru ganti dekat school aku , *opps! Kini aku bukan pelajar situ lagi…. Uwaawaaa.. sodey wei! yang share pasal satu produk kosmetik. Dia bukan promote, but dia share satu link blog yang membuatkan aku turut bersimpati dengan orang yang menjadi mangsa produk kosmetik ni. Pastu barulah aku rasa macam nak guna bahan-bahan tradisional untuk merawat masalah jerawat pasir di muka ini.
Patut pun umi selalu pesan, “kamu tidak payalah risau pasal muka ni. Nanti hilang juga tu. Tak payah guna produk-produk cosmetic ni”. Tapi aku degil macam apa jak. Ampun mii…
Tapi penulisan entry aku kali ni belum habis. Sabar dulu. Baca sampai bawah. Ada benda penting yang aku nak bagitau korang.
.


Pasal satu produk yang membahayakan kulit. Ni testimony diorang lepas pakai produk SET COLLAGEN PLUS VITA E. Wei, macam best kan nama produk tu. Tapi , nama tidak menggambarkan keadaan sebenar sesuatu benda tu. pecayelah cakap prof. Saidatul Naziah ni. Hekhek. Melampau taraf bangunan.

Baca Blog Nazhatul Azira ni. Dia telah menceritakan pengalamannya memakai produk set collagen ni. Kasihan juga mangsa-mangsa produk kosmetik ni sebab muka diorang jadi gatal-gatal, beruam dan macam-macam lagilah. Dan kebanyakan bahan-bahan yang digunakan untuk produk kosmetik ini sebenarnya adalah bahan-bahan yang sangat berbahaya. Kenapa? Meh kita terjah blog Dr.Zubaidi ini. Dia telah menerangkan secara panjang lebar mengenai bahayanya bahan merkuri dalam produk kosmetik.

Aku harap, usaha kecil aku nak bagitau kamu,kamu dan kamu ini akan berkesan. Boleh pakai produk kosmetik ni, tapi kena siasat betul-betul bahan-bahan yang digunakan supaya kita tak menyesal di kemudian hari. InsyaAllah.*Sebenarnya bukan produk ni jer yang berbahaya. banyak lagi...
TERUSKAN MEMBACA !

No comments: