Friday 7 February 2014

Nanti Besaq Nak Jadi Aper?

Huh! Adik-adik , kakak-kakak dan abang-abang sekalian.
Masa kecik-kecik dulu, mak, ayah, auntie , dan orang-orang sekeliling kita selalu ajer tanya tentang persoalan ini, "Nanti besaq nak jadi apa ya".
Aku nak kongsi pasal diri aku.
Masa kecil dulu, pernah aku berangan nak jadi Peguam.
Whoaa... Havoc jugak kan walaupun belum tercapai. Lepas tu, aku nak jadi Pensyarah. *tak tetap pendirian betullah aku ni...
Lepas tu aku nak jadi Dokter. Entah lah. Macam-macam. Tapi setelah aku berfikir masak-masak, sememangnya aku nak jadi doktor. Tapi bukan yang main bedah-bedah orang tu. eeee... Geli.. Aku tak suka   darah...Aku nak Jadi Doktor dalam bidang Psikologi. Aku berminat nak bantu orang. Bantu orang yang bermasalah dari segi rohani mereka. Yaa... Kira usaha la kan nak cari pahala...

Tapi....
Cita-cita aku tu masih tersemat kemas di dalam dada. Aku dah berazam, sekiranya cita-cita aku nak jadi dokter tu tak kesampaian , aku tetap jugak nak ambil bidang psikologi. InsyaAllah. Kiranya, aku nak sediakan payung sebelum hujan.
Bila orang tanya aku nak jadi apa, hah! aku jawablah. Aku nak jadi Doktor psikitiari. Dalam erti kata lain, Doktor sakit jiwa.. Kamu tau, respon diorang apa? Diorang kata aku akan jadi macam orang gila jugak tu nanti. Ooooh Tiidakkkk! Tapi aku ni kan bukanlah jenis orang yang cepat trust dengan orang. So, aku tetapkan jugak diri ini untuk mengejar cita-cita itu.

Sebenarnya, entri kali ini saya rasa amatlah membosankan. Tapi ini adalah sempena menunggu ambang mac yang tak lama lagi berkunjung tiba. Bulan mac lah keluarnya result yang aku tunggu-tunggu. Ya Allah! Aku kena yakin! Yaaa...Yaaa.. Aku kena kuuuaaaattt! *macam tension jer. macam tension ajer.

InsyaAllah, jika Allah izinkan aku menyelami bidang ini, pasti Dia akan memakbulkan doa Jie. Sekiranya doa Jie tidak dimakbulkan , mungkin Allah ada rancangan lain yang lebih baik untuk Jie.

Hmm... sahabat-sahabat sekalian, doakan kejayaan Jie okay. Sesungguhnya doa kalian itu amatlah penting untuk kejayaan diri ini yang serba kekurangan ini...




Jom Teruskan Meneroka Blog Jie :-)

No comments: