Saturday 22 February 2014

Restaurant Yang Weird :-)

Hokeh. Alhamdulillah. Update lagi satu entry yang kedua hari ini.

 WEIRDEST RESTAURANT IN THE WORLD.
macam best wei tajuk. Memang best pun. Aku suka. Walaupun ya lah... aku bukannya bercita-cita pun nak makan kat restaurant-restaurant macam tuu. Peliks wei!

Idea aku datang bila aku tengok saluran 707(TLC) di astro. Terus membuatkan otak aku berfikir "Bagus juga tulis benda macam ni. Share ilmu dengan orang lain walaupun sedikit." Kengkadang, Fikiran orang ni tidak dijangka-jangka. Ramai yang berotak Kreatif. Indahnya kan ciptaan yang Esa. Cuma diri kita sendiri sahaja yang perlu berfikir adakah kekreatifan kita itu tidak menyalahi hukum.

Ok. Let's Start.

1. Hajime Restaurant, Bangkok Thailand.

Nampak tu. Siap ada robot lagi. Tak payah guna pekerja yang banyak lah macam ni. Haha. Apa yang saya tahu mengenai restoran ini ialah pemiliknya, Lapassarad Thanaphant  membelanjakan hampir 1 juta untuk membeli 4 robot bagi membantunya di restoran tu. Best kan. Keluarkan duit sekali jer untuk beli robot, lepas tu tak yah bayar gaji.


2.  Magic Restroom Cafe, Los Angeles.




Ni lagi . Menggelikan. Najiah tak berapa suka. Masa makan confirm terbayang tu tandas. Uwekk. Geli untuk menceritakan tentang restaurant ni. Tempat duduknya direka dengan bentuk mangkuk tandas.

3.Barbie Restaurant, Taipei , Taiwan.




 Hah. Ni restoran versi cute. Siap barbie-barbie bagai. Tapi bagi yang "anti" kepada pink tu, aku tak sure la selera makan dekat tempat pinkish macam ni.

4. The Royal Dragon, Bangkok Thailand.



Ni macam best. Terimbau zaman dulu-dulu. Agak tradisional tema restoran ni. Sebenarnya restoran ni menyajikan makanan seafood. Agak besar juga dengan keluasan 8.35 hektar dan mempunyai 1000 orang pekerja. Pelayan yang memakai kostum "tradisional" sebanyak 540. Wahh. Kira ramailah tu.

5. Draculas and Witches and Britches, Melbourne, Australia.


Muka macam badut. Eh! Hantu rupanya. Ni agak menakutkan. Hilang selera.

6. SoldatenKaffee, Bandung , Indonesia.


Restoran yang bertemakan ketenteraan. Bukan tentera Indonesia, namun tentera Nazi. Ada Kontroversi juga restoran ni. Pemilik restoran ini dikatakan PRO NAZI, namun beliau menafikan hal tersebut.


Sumber : The Guardian./weirdestrestaurantintheworld

TERUSKAN MEMBACA!

No comments: