Sunday 23 December 2012

Sombongnyerr~


Assalamualaikum…
Semua sihat? Jie harap semua readers blog Jie sentiasa sihat wal afiat selalu. Haa.. hari ni, Jie nak bercakap la pasal sifat sesetengah individu ni. Jie bukan berniat nak sakit kan hati orang-orang yang bersikap sebegini. Jie Cuma nak buat teguran@renungan untuk kita semua yang bergelar Insan Biasa ni tentang sikap@sifat sombong.bongkak.takbur dan yang sewaktu dengannya.


Gambar sekadar Hiasan..ceee

       Macam ni, Jie ni selalu jugak terdengar cerita –cerita kawan Jie tentang perkara m,acam ni. Orang sombong itulah, orang riak dengan hartanyalah. Aah! Macam-macam lah. Individu yang bersikap seperti ini beranggapan bahawa orang miskin ni hanya tahu meminta-minta sahaja. Ek eleh! Tak boleh tau macam tu! Ingat! Kita hidup di dunia ini bukanlah untuk saling memandang rendah diantara satu dengan yang lain. Bila difikirkan, kita semua ini sama jer. Diciptakan daripada tanah. Sepatutnya tidak timbul perkara sombo9ng menyombong ni. Tak ada gunanya.

       Seperkara lagi, kita perlu ingat, tau yang harta ni pandai habis jugak. Kalau kita sombong hari ni, dan bermegah-megah dengan harta yang kita miliki,pasti tuhan akan membalas perbuatan  kita ni sama ada didunia lagi mahupun di akhirat . kalau di dunia, bersyukurlah kita sebab masih diberi pintu taubat , tapi kalau diakhirat sana, bagaimana? Adakah ruang lagi untuk kita bertaubat? Tentulah tidak kan?

       So, nasihat saya, yang juga insan yang lemah dan banyak membuat dosa ini, jangan la kita bersifat sombong dan bangga dengan apa yang kiota miliki sebab segala harta dan kelebihan yang kita ada ni sebenarnya bukan hak milik mutlak kita. So, fikir-fikirkanlah. Harap tak ada yang ambik hati… J senyum selalu. Wassalam.

No comments: