Saturday 22 December 2012

Tersesat Di KL


Assalamualaikum kepada semua pembaca2 yang setia budiman..  Alhamdulillah.. hari ni dapat juga lah Jie meng-update blog Jie walaupun sudah lama berbasi ini. Haha ceewah! Bebasa basi lgi. Sebelum tu, Jie nak Tanya la kepada semua reader yang amat2 lah dikasihi sekalian, apa khabar semua? Erm..sepatutnya dari awal tadi lagi Jie Tanya korang , tapi Jie lupa. Biasalah dah berumo ni. Hik3.. hari ni.. Jie nak kongsikan cerita@pengalaman Jie kat KL tahun lepas. Pengalaman ni sebenarnya tidak la lucu sangat, tapi bagi Jie agak lucu la jugak., sebab Jie tak pernah pon ada pengalaman segini rupa. Hahaii!! Jie mulakan ceritanya ya,







                                                                Bersama geng2 ku






CERITANYA BERMULA BEGINI,
Jie terpilih utk wakil sekolah dalam pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Daerah. Tapi bukan Jie ja taw yang dipilih oleh cikgu, tapi ada 4 orang lagi iaitu Firdaus , Kak Fatin , Azim , aku (Jie) dan seterusnya Ali.  Peranan aku sebenarnya disini adalah sebagai Menteri yang Keempat. Dipendekkan cerita, setelah memenangi pertandingan ini dalam peringkat daerah, Zon Pantai Barat Utara(PBU) Dan seterusnya Negeri, Kami pun bertolak la ke Negeri jiran kepada Thailand, iaitu Perlis untuk pertandingan di peringkat seterusnya.
      Kami memperuntukkan masa selama 7 hari untuk pergi ke “luar negeri” itu.  Haha ..suda la first time.. apalagi dgn masa yg lama tu, happy la Jie. Macam hampir terlupa ja yang Jie sebenarnya tahun tu akan ambik exam besar… hix3..  PMR..PMR..PMR
       Wokeh jie sambung cerita,
Tempoh masa kami berada di Perlis adalah selama 4 hari 3 malam. Lama jugak kan? Tapi di tempat orang , memang ada kerisauannya. Macam2 la Jie terfikir di kepada otak ni. Itu la, ini lah.. mengarutzz sangat. Haha..Dipendekkan cerita lagi, nasib tak menyebelahi pasukan kami apabila pasukan kami kalah dalam pertandingan tu.. sedih tu, memang la sedih.. macam nak nangis je masa kat tempat pertandingan tu. Tapi demi maruah, kami tetap menahan airmata yang macam nak mencurah2 masa tu. Haa.. bila cikgu Jainas dan Cikgu Hartini (guru pengiring) kata yang kami akan bercuti lagi ke KL, huh! Happy la kami sangat. Dahlah tak de pengalaman jalan jauh .. kat KL lagi tu. Happy3…


haa.. ni time kami d gua kelam

ni pulak di ladang tebu

walaupn x dapat masuk, gambar di luar oke la..

       Setelah kami berangkat ke airport Kedah untuk ke Kuala Lumpur, beberapa  minit kemudian kami pun “fly” la ke KL. Degap degup juga jantung  masa tu.  Mesti korang tertanya2 kan kenapa? Haha.. semuanya pasal EXCITED la.. hihi..  kami stay kat satu tempat. Jie x ingat la apa namanya, tapi yang penting tempat tu berhadapan dengan KLCC.  Hah! Disini la Kenangan itu tercoret apabila kami berjalan-jalan di pasaraya SOGO . masa tu, Jie memang x da barang yang nak dibeli di Mall tu. Jie try nak pegi  Jalan2 sorang di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) . Jie  nak mbeli tudung kat sana sebab dengar2 cerita , kat sana tudung murah bebeno.. haha.. jadi Jie minta la kebenaran untuk turun dari tingkat atas Mall tu . so cikgu benarkan la. Jie happy la sangat masa tu. Tanpa buang masa yang banyak, Jie terus la ke destinasi. Tiba2 Jie terjumpa sahabat lama@ ex-student school Jie yang study kat UIAM. Ya Allah! X sangka. Jie terus la sapa kakak tu. Kakak tu pun terkejut jugak la dengan keberjumpaan kami itu. So, cikgu Jainas pun telefon Jie, “Assalamualaikum, Jie kat mana ? kami dah nak bertolak ni kat kedai MyDin ni.” Aku pun menjawabnya,” walaikumsalam, cikgu . Jie ada terjumpa kak Fauzan ni kat Jalan tar tadi. So nanti kami follow cikgu dari belakang sebab genk2 kakak ni pun nak gi sana.” . cikgu pun menjawab, “ Ok la kalau gitu, “ . selepas tamat perbualan, Jie pun teruskan perjalanan. Sebenarnya, kawan2  kak fauzan  tu, walaupun mereka ni dari area semenanjung , tapi diorang pun x la biasa sangat kat KL.  Terdetik jugak dihati Jie nak jalan sendiri sebab tak nak menyusahkan mereka, tapi dihalang pula oleh salah seorang kawan kak Fauzan. “ Dik , jangan pandai2 jalan sendiri. Ini KL taw.  Kite pun x biasa jalan kat sini. So, biar kita yang hantar adik ok?” kata salah seorang daripada mereka.
      So, kami pun mencari la cikgu kat Mydin tuh.. tapi malangnya tak jumpa2 jugak. So Jie pun telefon la cikgu Jie, “ cikgu.. cikgu kat bahagian mana? “ cikgu menjawab “cikgu diatas ni, kat area songkok ni” .. so aku dan kak fauzan pun cari la cikgu di bahagian songkok. Tapi malangnya , genk2 Jie tu tak pula dijumpai. “mana diorang nii?” Jie bermonolog . penat mencari, akhirnya cikgu bertanya “ korang kat Mydin mana ni? Mydin ini ada banyak cawangannya kat KL ni. Kami kat Mydin jalan Pudu ni. Kami tunggu Jie ni”.. ya Allah! Rupanya kami tersalah tempat … macam2 lah perasaan Jie masa tu. Bercampur baur macam perisa Maggi jer. Bayangkan kami sampai kat Jalan Pudu tu dah malam.. apalagi, cikgu Jie pun senyum2 tengok Jie . “ haa..sebagai dendanya, malam ni, jie cuci baju kiteorang… “ kata cikgu Jainas dengan nada bergurau.. “ cikgu.. sorii.. tak sngaja tuh” aku merayu.. tapi Jie tau, cikgu just main2 jer. Rasa bersalah la jugak jie sebab dah menyusahkan ramai orang.. so, Itulah pengakhiran cerita Jie.  Sampai sekarang cerita tu melekat di kepala otak Jie. Satu kenangan yang sukar dilupakan. Apa-apa pun, Jie minta maaf la kalau cerita ni tak best@membosankan. Senyum selalu.. wasalam

No comments: