Tuesday 12 May 2020

Q/A #1 REALITI KEHIDUPAN ALAM UNIVERSITI

Hello everybody!
I'm here again.

Mood aku menulis kini kembali. Memandangkan aku dah settle solat Subuh and so on maka aku pun berniat tak nak lah tidur. Ayuh melayan soalan readers!

Kali ini aku ambik soalan berkaitan realiti life dekat uni.

"awak duduk di universiti mana ehh ? Syarat ii kemasukkan ??? Cerita secara detail. Tq😆" - unknown

Wokeh gais.

Aku kasi clue jelah.

Aku sebelum ni study dekat sebuah universiti awam dekat Malaysia dan boleh tahan famous juga uni aku ni. Tapi aku tak boleh ceritakan sangat detail pasal Uni aku . NANTI KANTOILAH SAPA AKU hahahahaha. 



Cuma aku nak bagitahu,
Uni aku ni agak lama juga lah. Ramai insan hebat yang korang mungkin kenal , adalah produk uni aku. *berlagak nampak?! * Okey itu je yang aku mampu kasi tahu dengan korang. Aku takut mulut aku terlepas cakap apa-apa then memburukkan nama Uni aku nanti. Habis aku haha.

Cerita mengenai syarat kemasukan.
Setiap tahun syarat ni akan berubah-ubah dan secara umumnya, syarat untuk memasuki uni awam adalah lebih kurang sama. Tapi tu syarat umum tau.

Sebenarnya syarat khusus tu ada bagi setiap kos yang korang nak ambil. Sama ada pointer pengajian lepas (Matrikulasi/diploma/STPM) dan juga keputusan bagi subjek tertentu yang korang pernah dapat sewaktu SPM.

Sebabtu juga wahai adik-adik, walaupun anda sering mendengar bahawa "SPM bukan segalanya" namun aku nak pesan yang MOSTLY permohonan memerlukan keputusan SPM yang baik. Tak kiralah permohonan kerja mahupun untuk menyambung pangajian. Jadi study rajin-rajin walaupun kau kaya! 

Korang boleh check syarat umum dan khusus dekat portal setiap Uni di Malaysia mahupun luar negara.
Kalau Uni Awam selalunya akan dikemaskini dalam Portal UPU . Rajinkan diri membaca dan kumpul maklumat semaksima mungkin. Dalam proses memilih tu, buatlah perbandingan setiap uni tu sama ada dari segi jumlah yuran (setiap uni punya yuran tu beza ye) , aksesibiliti (kebolehcapaian) dan juga keselesaan korang. Ada faktor lain juga lah yang korang kena ambil tahu dan faktor ini lebih kepada kemampuan peribadi korang. Boleh faham kan?

Dekat dalam portal UPU tu nanti kalau korang buka ada banyak info di situ. Cara nak mohon pun ada. Akan tetapi waktu untuk memohon tu bukanlah pada bila-bila masa. Ada tarikh tertentu yang korang kena alert dan selalunya pihak UPU akan iklankan di media sosial mereka. Dekat bawah nanti aku kasi link untuk korang follow.

Apa lagi ya..

Oh ya. Baru aku teringat.
Semalam ke dua hari yang lepas , member aku ada kasi tahu yang permohonan untuk Biasiswa JPA sesi 2020 sudah dibuka. Jangan lepaskan peluang lah jika berminat. Tapi setahu aku, permohonan yang ini untuk pelajar Degree sahaja. Jangan juga silap. Biasiswa JPA punya status terkini adalah 'pinjaman' sahaja dan bukanlah biasiswa penuh. So kalau dapat nanti jangan korang berjoli pulak. Habis study kena bayar!

Dulu aku hampir ambik biasiswa JPA ni tapi tak jadi. Banyak halangan dan dugaan. Hampir juga aku berputus asa. 

Namun Allah Maha Pemurah.
Rupa-rupanya rezeki aku dengan biasiswa yang lain dan fully scholarship. Alhamdulillah.

Baiklah.
Bahu aku dah lenguh. 
Macam orang tua-tua dah. 
Lama sangat duduk statik menaip.

Aku harap sedikit jawapan dari aku ni dapatlah membantu awak dan anda yang tertanya-tanya selama ini. Mungkin ada soalan lain korang boleh komen sahaja di ruangan komen di bawah. Jangan segan sebab aku ni even garang sikit tapi aku makan nasi. Tak makan orang.

Di sini aku sertakan beberapa link yang mungkin boleh membantu anda :

Portal Rasmi UPU ONLINE (Laman web)


UPU ONLINE (Page FB)


UPU ONLINE (Twitter)



Portal Biasiswa JPA


All the best !





No comments: