Sunday 27 May 2018

KETUKAN HATI

Assalamualaikum : )
Salam Ramadhan kareem semua.

Lama juga kita tidak bersua di alam maya ni. Dimana pun korang berada, aku doakan semuanya sihat-sihat belaka. 

Plus, time puasa ni lagi. Rezeki berlimpah ruah. Perut kosong hanya di siang hari, waktu lepas berbuka hanya Allah sahaja yang tahu kebesaran perut tu macamana haha.

Nina tidak lepaskan peluang berbuka bersama member-member di bulan ramadhan ni. Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada. Ramai yang mengambil peluang bersedekah. Duit pun dapat dijimatkan. Bolehlah simpan sebahagian tu di tabung untuk kegunaan masa depan.

Minggu lepas kan.

Nina dan kawan ambil lah makanan bersama-sama untuk berbuka. Makanan tu makanan yang free orang bagi sumbangan untuk student.So, Nina pun bersemangat nak ambil sebab yalah free kan.
Gigih beratur walau barisan tu panjang yang teramat. Sambil beratur tu sempat juga berdoa moga-moga cukup makanan tu sebab ramai sangat beratur.

Akhirnya....

*bunyi plastik*

"Terima kasih!"

"Ok jom balik!" 

Nina ajak kawan-kawan balik ke hostel dengan hati yang riang. Nina senyum sehingga menampakkan barisan gigi hadapannya. Happy sangat lah tu... err.

Masa berlalu dirasakan terlalu lama.

Nina melihat jam di telefon pintarnya. Rupanya dah nak Maghrib dah. 

“Okay dah tak lama lagi. Yess” .

Dan tidak lama kemudian, azan pun berkumandang dengan merdunya.

"Allahu Akbar Allahu Akbar..."

Tiba-tiba...

*mesej whatsapp masuk*

“Nina, boleh aku join kau berbuka ke?”

“Oh ingatkan tak jadi ko nak gi sini. Mehlah naik atas kat bilik aku ni. Kita buka sesama. Aku baru start nak makan jugak ni”

“Ok Nina. Jap”.

Dan Fiqah pun bergegas naik ke tingkat enam semata-mata mahu berbuka dengan Nina.

Beberapa minit kemudian, setelah menikmati makanan tersebut, Fiqah memandang Nina.

“Ko kenapa Fiqah?”

“Hmm. Kalau aku cakap ni, boleh kan?”

“Kau nak cakap apa ni? Jangan segan. Cakap je. Aku sudi mendengar”

“Aku kan... selalu je terfikir. Kalau aku tetiba mati macamana ye? Aku risau pula. Selalu ingat pasal mati ni”

Nina tekun mendengar luahan Fiqah. Lalu Nina menjawab..

“Baguslah kalau kau boleh berfikir macam tu. Sebab kita ni memang kena selalu ingat kematian. Janganlah risau. Itu perkara normal. Aku pun kadang-kadang berfikir juga pasal ni. Amalan aku tak cukup banyak lagi untuk aku bawa jumpa Tuhan nanti.” 

“..........”

“..........”

“Aku dah citer ke pasal member aku yang accident baru-baru ni? Yang accident naik motor tu?”

“Oh yang kau post kat dalam status kau tu eh?”

“Haah.”

“Kawan kau tu perempuan ke lelaki?”

“Lelaki. Hmm.. Kau tahu tak, masa pergi PBAKL haritu dia ada sempat whatsapp aku tau. Dia tanya pasal buku Fixi kat situ. Takde tanda pun dia nak pergi. Dia macam biasa je. Dan tu. Last kami borak sesame. Tapi dia kan, dulu .... hmm tak nak lah buka aib, orang dah pergi.”

“Mati tu bila-bila je kan Fiqah. Ada yang Tuhan dah bagi petunjuk dan ada juga yang tak sedar pun yang dia akan pergi. Selalunya, orang-orang yang beriman akan sedar akan tanda-tanda kematiannya.”

Mata Fiqah mulai kelihatan merah. Mungkin menahan sebak. Nina pun cuba menahan rasa sebak di dada. Turut bersimpati.

“Mudah-mudahan, kawan Fiqah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kadangkala, orang yang sering berbuat kejahatan sewaktu hidupnya, tidak semestinya akan menjadi seorang yang jahat selamanya. Mungkin sebelum mereka pergi meninggalkan dunia, mereka sempat bertaubat dengan taubat nasuha. Malah, mungkin mereka lebih baik daripada kita”.

“............”

Suasana menjadi sunyi buat seketika. Masing-masing berfikir dan muhasabah. Benar, mati itu pasti dan ajal itu boleh datang pada bila-bila masa.

Fiqah melihat jam tangannya.

“Nina, dah nak dekat waktu Isyak ni. Aku nak turun dulu. Ada pape bagitahu ye.”

“Okay Fiqah.”

Lalu Fiqah pun pergi meninggalkan Nina.

Nina berfikir sejenak. Fiqah seorang rakan yang kelihatan biasa-biasa sahaja. Namun, dia lebih baik kerana dalam masa berbuka puasa macam tu pun boleh teringat tentang kematian. Nina sendiri pun kadangkala alpa. Selalu leka dengan arus duniawi.

Benarlah.

Hidayah itu ada di mana-mana.

Dalam hidup kita ni, Allah sentiasa beri hidayah.

Cuma kita kadang-kadang tidak menyedarinya atau “pura-pura tidak perasan” hati kita diketuk oleh Ilahi.

Kita juga beranggapan mati itu lama lagi.

Sedangkan itulah yang paling DEKAT dengan kita.

“Baiknya Allah. Sungguh indah kasih sayangnya."

-Menina-
Gambar diambil time aku join satu bengkel.




x
x

No comments: