Saturday 13 May 2017

Realiti Kehidupan Di Alam Universiti #2

Hai korang !
Aku kembali lagi menulis. Kali ni aku memang nak cerita story pasal universiti aku dan semestinya ada kaitannya dengan aku jua.

#PENGANGKUTAN

Sebelum masuk di universiti, aku sangat-sangatlah risau terutamanya bab pengangkutan. Macam-macam aku fikir. Almaklumlah, aku masih mentah lagi. Senang cerita masih budak hingusan lagi. Maka , idea-idea aku pun serupa dengan budak-budak sekolah menengah. Haihhh, bila nak matang nihhh! Haha.

Untuk pengetahuan korang, setiap universiti pasti ada bas mereka sendiri. Namun, kalau U kalian tu uni yang kecil sahaja, maka kalian pastinya akan berjalan kaki sahaja pergi ke kelas. Yalah, membazir kot kalau jarak 100 meter pun naik bas. Bazir masa dan duit untuk bayar perkhidmatan bas. Lebih baik jalan kaki.

Universiti aku memang menyediakan bas untuk para pelajar sebab agak jauh juga kolej aku dari fakulti. Jalan kaki tu boleh jer, cuma akan menyebabkan kau akan berpeluh macam atlet sukan olehraga. Sia-sia mandi pagi tu. Kami perlu membayar servis bas tersebut (masuk dalam yuran setiap semester). Aku , sebelum masuk U fikir bahawa setiap kali naik bas kita kena bayar. Dan pada masa tu aku risau lah juga. Kalau setiap hari bayar naik bas, maka kurus lah dompet aku :D.

Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Alhamdulillah. Hee

Kalau korang nak naik bas, pastikan tahu dan expert waktu-waktu bas tu akan ambil pelajar. Selalunya macam tempat aku ni setiap setengah jam sekali. So, kalau kau ada kelas jam 8 pagi, better 7.30 tu bersedialah sebab if awak naik bas jam 8 juga, mesti akan lambat dalam 5-10 minit ke kelas. Walaupun nampak benda ni kecik je pada pandangan mata kita, tapi jagalah adab dengan lecturer yakni guru kita. So, datanglah awal ke kelas. Jangan biarkan lect menunggu lama. Sejujurnya , mula-mula dulu aku pun selalu lambat. Yalah. Memang silap aku juga. Time management yang agak teruk masa awal-awal sem 2 ni. Sedih juga lah sebab selalu lambat even tak lah lambat sangat. Tapi memang seriusly tak best kalau kau lebih lambat dari lect. Kalau terkena dengan lect yang sporting dan slambe, tak lah kena. Hmm. Tapi kalau yang strict habis tu, hah! Habislah kena halau atau pintu akan dikunci.

Pasal bas ni pula, pak cik kat U aku ni macam-macam ragamnya. Ada yang bawa bas tu berhemah dan tidak kurang juga yang laju bak fast and furious (haha yang ni hiperbola semata). But seriously, memang ada kadang-kadang tu laju yakmat sampai aku hampir terjatuh dalam bas. Pernah sekali tu aku nak pergi masjid. Ada pengajian masa tu. So , aku yang dari kelas terus ke situ dengan menaiki bas. Masa aku turun, terkepit kaki kat pintu bas. Ya Allah! Allah jer yang tahu apa aku rasa masa tu. Segan gak dengan orang-orang dalam bas sebab pada asalnya aku yang kesian tengok orang sebelum aku turun tu terkepit juga kakinya. Lepas dia turun, pak cik tu fikir semua student dah turun. Rupanya ada lagi yang nak turun iaitu aku. Tsktsk :( Tapi tak marah pun dengan pak cik tu, just nak share citer je dengan korang.

So yahh . Pasal kereta sewa jangan cakaplah. Berlambak di Universiti ni, tinggal kau je nak sewa ke tak. Cuma kopak juga lah kalau hari-hari nak sewa. Kadang-kadang nak gathering dengan member tu boleh lah. Jangan selalu melainkan kau anak orang kaya. Itu dipersilakan. Nak lepak kafe-kafe hipster tak ada siapa pun nak halang yang penting kau bayar.

Banyak lagi aku nak story morry dengan korang ni, tapi akhir-akhir sem ni assignment bertimbun. So setakat ini ajelah ye untuk entri kali ini. Aku nak minta korang tolong doakan aku agar dapat menyiapkan assignment aku yang super duper berlambak ni agar siap dengan segera sebab aku pun nak berhuhuhu seperti korang. Dan jangan lupa juga doakan aku agar dipermudahkan untuk menjawab soalan periksa yang bakal aku duduki tidak lama lagi.

Lepas tu, HOORAYYYY!
Balik ke kampung halaman semula dan boleh bergembira dengan sanak saudara. zzzzzz *tiba-tiba lagu raya berdendanggg...

Assalamualaikum :)




No comments: