Monday 27 May 2013

#MyMission 1 : LETAK GAMBAR TIME FORM 1-SEKARANG



Hmm. Ni plan aku nanti hujung tahun. Aku merancang untuk letak gambar aku dari tingkatan satu hinggalah sekarang. Mesti banyak perbezaan. Kihkihkih.  (memang pon). Setiap manusia ni akan berubah.  Aku dapat rasakan sendiri.

1.     Dari segi pemakanan.

Dulu, masa kecik-kecik aku sangat kurus. Macam lidi la katakan. Bila aku tengok balik gambar aku.. hmm sangat berbeza dari sekarang. Kenapa ini terjadi???? Ofkos la sebab sekarang aku kuat makan. Dulu sepinggan kini 3 pinggan!!  Tapi kata ummi aku, tu perkara biasa jerr. Perubahan hormon. Dan aku pun agak gembira sebab keinginanku untuk makan dalam kuantiti yang banyak disokong. Yeay!!

2.    Pakaian.

Dulu , aku tak kesah. Pakai baju tak matcing ngan seluar pon aku tak kesah. Agak sempoi la ba jugak. Tapi semakin dewasa ni, aku jadi macam seorang yang sangat cerewet. Biasa la tu kan. Wanita. Tudung mesti match ngan baju. Hahahah. Ditambah pula dengan fesyen2 terbaru. Aku suuukaa. Tapi! Aku masih berpegang pada prinsip yang sama iaitu “berfesyen mengikut syariat”. So, dengan prinsip tu aku masih la dengan ciri-ciri ketimuran yang mementingkan kesopanan.

3.     Mood.

Masa kecik-kecik , cepat abbess aku amik hati. Tapi sekarang ni, aku berfikir dulu sebelum bertindak. Ececech. Kengkadang tuh aku terbuat jugak la tindakan luar kawalan. Hehehe. Xbleh . xbleh.

4.    Perspektif.
Dulu, aku ske ikut keputusan orang laen . tapi sekarang , aku ske berfikir dulu mengikut pandangan aku sendiri. Barulah aku buat keputusan. Kalau ada benda yang salah, aku akan bantah.

5.       Kawan?
laa. kalau nak simpan smua best pren, x muat gmbar ni.kikiki

Hm. Part ni sangat penting bagi aku. Kenapa ya?? Aku jawab balik persoalan tuh. Sebab ramai orang tersasar dari landasan yang sebenarnya disebabkan tersalah pilih kawan. Yoe. Aku setuju pasal statement tu. Ada jugak aku dengar orang cakap macam nih “KALAU NAK TAU SESEORANG TU MACAMANA, TENGOKLA DENGAN SIAPA DIA BERSAHABAT”. Eksheli aku dah buat kajian rambang, ternyata benarlah kata orang tu. Sahabat itu sangat memberikan pengaruh yang besar kepada kita!
ouh! adek aku. (hiasan) 

Hmm. Hope korang tak boring la baca. Panjang sket entry kali ni. 

5 comments:

Unknown said...

:) yup stiap org akan berubah.. hrp kita semua berubah ke arah yg lbh baik lah ..

SAIDATUL NAZIAH said...

mmg diakui kak. sma2lah kita brubah ;)

ADILLA said...

berubah utk kebaikan itu lebih baik...

singgah sini! jemput bertandang ke tanah kite.. :) tinggalkan tapak kaki tau, tkt xperasan.. :)

MIS said...

setiap org ada perubahan....
ada ke patut, member ckp cek buat plastic surgery...
sbb muka x sama masa kecik...

http://grenlifee.blogspot.com/

SAIDATUL NAZIAH said...

ISs : haha besa la tu. Aznil pon prnh d tuduh buat plastic surgery.. pdhal... x la smpai gitu pon.

ADILLA: InsyaAllah~