Friday 31 May 2013

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree





Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013



Happy Holiday Giveaway by Nurmujahidah


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

jom join Happy Holiday Giveaway by Nurmujahidah yang julung-julung kali ini.





click banner untuk join.
Happy Holiday Giveaway by Nurmujahidah ini disponsor oleh Nurmujahidah, Niena Sofea, Sheda Ucu, Dunia Farisya, Cheek Eyka, Daily Dress, Nazlyizan, Putera Remaja dan JiwaRosak.

Thursday 30 May 2013

"SEGMEN MENANG BLOUSE TRIBAL #2"

aSSalamualaikum bloggers!
harap semua sihat la arr. gini, aku ada ikut segmen menang blouse ne. ada yang berminat ka?? boleh tekan link nii ~ SINI ~. aku ngaku la dengan kamu. aku tidak pernah menang disepanjang aku ikut segmen segala segmen @GA ni..hahahaha.. tapi aku tidak kesah bah juga, asal mencuba bah kan. so, tak nak berceloteh banyak, JOM KITA RAMAI-RAMAI JOIN!!






Kasut dan ANJING???


aSsalamualaikum ~ Ya Allah, hari ni dapat juga aku tulis entry baru. Aku mau bercerita ba ni pasal kejadian yang baru ja berlaku di rumah kami. Berkaitan dengan tajuk entry ni la jugak. Banyak kasut di rumah kami digigit a*****. Aiyoo~ kasut akuuuuuuu! Tapi mesti kamu mau tengok bukti jugak kannn. Mari tengok sama-sama gambar gigitan anjs tu. Hehe.


Aku bangun pagi tengok panorama alam. Indahnya~
Tiba-tiba, ummi memanggil. Kakak~ dan aku menoleh dengan muka tekojot!

termasuk selipar jepun oren. kihkihkih

“kasut kita semua digigit. Kecuali kasut si Alia.(adik kecik)”



habis berkecai. (xlah kecai sangat)
                                     

Ya Robb. Gini kejadiannya?? Tapi kesilapan kami jugak bah tu. Sebab  malam sebelum kejadian, nenek sudah berpesan. “kamu kasi masuk tu kasut. Nanti kena gigit anjs”. Tapi kami buat tidak tahu ja peringatan tu. Sekali sudah terkena~ baru tau.

Sebenarnya, ni bukanlah kali pertama kasut kami digigit, beberapa hari yang lalu ada jugak. Tu lah, George Santayana pernah juga cakap kan yang, “sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya kembali”. Tu laaa. Menyesal kemudian tidak berguna. Haha. Tak pa la. Yang penting ambik pengajaran bah kan??


#kot-kot kamu ada tips supaya anj*** tu tidak berkeliaran di rumah aku lagi. Komen arr :)



nampak something??

Monday 27 May 2013

#MyMission 1 : LETAK GAMBAR TIME FORM 1-SEKARANG



Hmm. Ni plan aku nanti hujung tahun. Aku merancang untuk letak gambar aku dari tingkatan satu hinggalah sekarang. Mesti banyak perbezaan. Kihkihkih.  (memang pon). Setiap manusia ni akan berubah.  Aku dapat rasakan sendiri.

1.     Dari segi pemakanan.

Dulu, masa kecik-kecik aku sangat kurus. Macam lidi la katakan. Bila aku tengok balik gambar aku.. hmm sangat berbeza dari sekarang. Kenapa ini terjadi???? Ofkos la sebab sekarang aku kuat makan. Dulu sepinggan kini 3 pinggan!!  Tapi kata ummi aku, tu perkara biasa jerr. Perubahan hormon. Dan aku pun agak gembira sebab keinginanku untuk makan dalam kuantiti yang banyak disokong. Yeay!!

2.    Pakaian.

Dulu , aku tak kesah. Pakai baju tak matcing ngan seluar pon aku tak kesah. Agak sempoi la ba jugak. Tapi semakin dewasa ni, aku jadi macam seorang yang sangat cerewet. Biasa la tu kan. Wanita. Tudung mesti match ngan baju. Hahahah. Ditambah pula dengan fesyen2 terbaru. Aku suuukaa. Tapi! Aku masih berpegang pada prinsip yang sama iaitu “berfesyen mengikut syariat”. So, dengan prinsip tu aku masih la dengan ciri-ciri ketimuran yang mementingkan kesopanan.

3.     Mood.

Masa kecik-kecik , cepat abbess aku amik hati. Tapi sekarang ni, aku berfikir dulu sebelum bertindak. Ececech. Kengkadang tuh aku terbuat jugak la tindakan luar kawalan. Hehehe. Xbleh . xbleh.

4.    Perspektif.
Dulu, aku ske ikut keputusan orang laen . tapi sekarang , aku ske berfikir dulu mengikut pandangan aku sendiri. Barulah aku buat keputusan. Kalau ada benda yang salah, aku akan bantah.

5.       Kawan?
laa. kalau nak simpan smua best pren, x muat gmbar ni.kikiki

Hm. Part ni sangat penting bagi aku. Kenapa ya?? Aku jawab balik persoalan tuh. Sebab ramai orang tersasar dari landasan yang sebenarnya disebabkan tersalah pilih kawan. Yoe. Aku setuju pasal statement tu. Ada jugak aku dengar orang cakap macam nih “KALAU NAK TAU SESEORANG TU MACAMANA, TENGOKLA DENGAN SIAPA DIA BERSAHABAT”. Eksheli aku dah buat kajian rambang, ternyata benarlah kata orang tu. Sahabat itu sangat memberikan pengaruh yang besar kepada kita!
ouh! adek aku. (hiasan) 

Hmm. Hope korang tak boring la baca. Panjang sket entry kali ni. 

Friday 24 May 2013

HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru

 Hai ! aku sorang student yang sekarang ni tengah bersiap siaga untuk berhadapan dengan peperangan terbesar batch 96' (SPM). ehem. aku tak la boleh nilai blog aku ne camner tapi aku harap kamu enjoy dan selesa baca blog aku yang tak seberapa ni. ececeh. macam meraih simpati plak!

blog aku ni, bukanlah blog yang femes. (follower pun x sampai 100). Hmm..tapi aku bersyukur sebab rupanya ada juga yang sudi baca blog aku. asalnya follower blog aku ni, takla sampai 10 orang , (mungkin sebab blog aku tak syok). hahhah. maknanya aku syok sendiri la menulis blog ni kan. takpa takpa. tak kesah. asalkan aku bahagia. lagipun aku ni blogger baru. so, banyak benda lagi kena blajar.

tu la pasal aku join ni :)





berminat??? jom ke SINI . insyaAllah mungkin boleh menambahkan kenalan/follower.







Dugaan@ Cabaran hidup

Dugaan? siapa tak pernah hadapi? .. ehem. dugaan ni aku rasa sangat penting dalam hidup aku. tanpa dugaan , mesti aku sekarang ni masih hisap susu botol. hahaha. memain ja.

pelik bah kan tetiba ja aku story-morry pasal ni. aiyoo... aku harap insan yang berkenaan dengan cerita aku ni akan terbaca sal entry aku kali ni. insyaAllah. aku harap sangat. bukan nak mengenakan atau memalukan dia. tapi aku mau dia taw la lepas ni macamana mau jaga hati dan perasaan orang lain.

hm.. tempoh persahabatan kita terjalin belum sampai pun 1 tahun. baru beberapa bulan kan? aku harap , dia ingat bila. tapi sedih, dalam tempoh tu, banyak juga cerita-cerita yang agak tidak suka untuk aku dengar, timbul dari mulut sahabat-sahabat aku yang lain. aku macam tidak mau ja percaya, tapi bila aku fikir balik, dan check ngan kawan-kawan aku yang laen, hmm.. sah la cerita tu. mustahil juga diorang tipu. engko ni.. aku betul-betul mau bersahabat ngan ko. tapi, tak payah la ko tipu aku. really, agak terkilan juga aku ni sekarang dengan sikap ko.

hope u realize.
1. sal result PMR ko. aiyaa. ko kata straight A. tapi sebenarnya kurang satu A. tu bukan straight namanya.  aku jenis orang yang kawan ngan semua orang. tak kiralah orang tu macamana, yang penting boleh buat aku jadi sorang yang lebih baik :)

2. markah addmath..ko cakap dapat 60%. perrgh! aku rasa ko agak hebat la dari aku sebab markah addmath aku takla setinggi tu. rendah lagi skit. kecewa aku. kenapa aku kecewa? sebab ko tipu . sebenarnya.. markah ko bukan la gitu kan. aku tak kesah. jujur kan lebih baik? walau ko malu, tapi bagi aku jujur tu la yang pnting bagi seorang lelaki. walau markah ko 0 sekalipun, aku tetap akan kawan dengan ko.

tu la kan. cabaran namanya. mungkin ko ada alasan kan kenapa buat macam tu. Tapi tolong la lepas ni ubah sikap tu. sangat-sangat la aku kecewa tau. mungkin ko anggap aku ni macam perempuan-perempuan lain di luar sana. yang suka ambik kesempatan ngan orang lain. hm. sory sket. aku bukanlah orang yang macam tuh. kalau ko tak caye, tanyalah ngan c Nadia atau Nazurah. diorang lebih memahami aku. ko pun kenal diorang kan. cuba tanya diorang.

aku tidak mau mention nama ko disini sebab aku still mau jaga nama baik ko. maruah tuu.. ko ada ramai fren di skolah aku. yang sekelas dengan aku pun ada. ntahlah. mungkin ko berniat mau uji aku bah tu kali kan?? tapi ko silap. experimen ko tidak menjadi. haish. sedihnya.

aku harap la sangat ko akan terjumpa blog ni. harap sangat ko akan bagi penjelasan. bagi aku, penjelasan yang jujur itu lebih baik dan diberkati. ingat bro, Hukum kisas . setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasan yang akan kita terima. banyak-banyak la taubat arr..

sudah sudah la menipu tu. tak baik. Dosa. setiap khalifah yang dilahirkan di dunia ini adalah pemimpin. one day, aku pasti ko akan berkahwin. so, macamana ko nak didik isteri, anak-anak ko dan semua ahli keluarga ko kalau sikap ko macam ni??...  i think, ko ni ok suda. solat. tidak merokok. jadi imam pun. ok. bacaan al-quran pun ok jugak. malah banyak lagi surah yang ko hafal dari aku. kalau dari segi sukan, pun ok. ko ndak la pemalas bersukan macam aku ni. malah wakil sekolah lagi kan. aku.. hahaha.. harem.

aku harap ko tidak seperti yang aku fikirkan. aku bukan orang yang suka memilih kawan yang hebat. aku suka bersahabat ngan semua orang. harap sedar la ya... InsyaAllah.

Thursday 23 May 2013

Cuti suda..

Alhamdulillah.. usai suda exam kat skul aku. hoho. moga ada peningkatan .hehe. Kejap lagi ada peperangan tercetus. kejap lagi. pejam celik-pejam celik. tidak lama lagi tuh . (menakut-nakutkan diri sendiri)
peperangan ini agak unik sebab ia tidak melibatkan semua penduduk malaysia. tapi hanya batch 96 aja. tunggulah . berdebar ni~

persoalannya, bersediakah suda kita ni???


p/s: kelengkapan perang in process..

Sunday 5 May 2013

Bahas ou Bahas!


Alhamdulillah… usai dan selesai juga pertandingan Bahas Bahasa Melayu ala Parlimen peringkat daerah hari tu (24/04/2013). Penat memang penat, tapi Allah balas kepenatan kami tuh dengan memberi kemenangan yang melayakkan kami ke peringkat yang seterusnya.
aku, nadzreen, iskandar

muka poyo

Huh! Aku la yang tertua antara diorang ni. Nadzreen ni, form 3. Tapi bila membandingkan ketinggian kami, memang dia agak kelihatan  matang la, macam budak form 5. Tambahan pula dengan kami punya menteri ke-3, Iskandar. Dia la ketua pasukan kami ni. Kira leader la. Dia ni , baru form 4. Tapi, berfikiran matang. Rasanya.. matang lagi dia ni dari aku. Huhu..

Tapi kesian la pula ngan adik dua orang kat belakang tuh. Teda pula gambar diorang. Tapi tak pa, kalau ada masa yang terluang, kakak upload gambar korang yerr..

Apapun, ni la first time aku beraksi di depan sebagai menteri yang berhujah. Biasa la.. kalau first impression memang agak kekok la juga berhujah kat depan orang, tapi Alhamdulillah, atas semangat yang kena bagi oleh orang sekeliling, ada perubahan la juga.
halop!

Firdaus , ali. Makaseh banyak-banyak sebab tolong kami memperbaiki segala kelemahan. Cikgu Jainas juga. Makaseh cikgu. Cikgulah yang sangat banyak tolong pasukan ni sampai kami berada di tahap ni. Minta maaf cikgu, banyak betul salah yang saya buat ngan cikgu. Heheh.. almaklumlah.. insan biasa.


Harap2, team kami menang di peringkat PBU nanti. Pena, Saiful , Khairul dan cikgu Hartini menanti di final peringkat negeri nanti. Jumpa kamu di sana! 

Saturday 4 May 2013

Sanah Helwah To Me !



Ya Allah. Bersyukurnya aku. Kenapa ya? …



Opps! Ini bukan Gwiyomi 

Akhirnya aku jadi sorang remaja yang berumur 17 tahun. Dah tua kan. Hohohoho.. haritu, 2 May 2013 birthday aku . ramai jugak yang wish. Ecspecially kengkawan ngan adik-adik junior. Memang rasa sangat hepi la.

Em, ada sambut birthday?

Of coz la ada. Ummi suruh sambut awal masa 1hb mei. Time Labour Day haritu. Tapi sedih la juga coz teda Abah masa kita makan-makan kek tu. Abah gi kerja. Walaupun orang ngah sibuk rest-rest ngan family, abah tetap kerja jugak. Hehe (all the best abah). Tapi takpa, kami faham . maybe next year kita dapat sambut birthday sama-sama kan? Em, walaupun umi tak bagi apa-apa hadiah, I don’t care coz I think it’s not important yeah? Haha. Bagi aku, redha umi dah cukup untuk buat aku bahagia. seh..
 
sori, kualiti gambar tak begitu baik :)



Ek! Mana belahan love yang satu lagi?

Hah! Ni salah satu hadiah yang aku dapat. Makaseh ehem.ehem.ehem..  haha..  first time dapat hadiah keychain macam tuh. Ceh, thanks a lot Nadiah. Hadiah ko tuh, comel. Macam pasangan couple jak. Men bagi-bagi luv pecah2 gitu. Hahah..
Ni satu lagi hadiah yang terpelik tapi benar aku terima. Jengjengjeng. Harta termahal di ostel, Duit syiling. Ummu (classmate) aku yang bagi. Actually,  ni bukan first time aku terima hadiah duit sen ni dari dia. Ni suda kali kedua. Duit syiling dua puluh sen! 

Marlina pula bagi gegula ngan aku. Gegula dynamite sebiji. Comel betul bah diorang ni.
Tapi apa pun, hepi juga aku ngan pemberian diorang ni. Tak kesah pun hadiah tu, mahal ka murah ka.. asalkan ikhlas. Hadiah mahal pun kalau tak ikhlas, tak syok jugak kan. So, makaseh sebab ingat b’day aku. Nadiah, sori aku tak da bagi ko hadiah time ko birthday. Dewi, Nanang ngan Intan pun pura-pura lagi lupa b’day aku masa pagi-pagi tuh. Huhuhu.. luv la kamu semua.

P/s: tahun depan , masuk 18 tahun.. 

Kasihanilah Insan yang bernama wanita :)

Assalamualaikum...

sekadar hiasan :)
hari ni, tetiba idea datang. Alhamdulillah.. tak lagi blurr blurr macam haritu. tapi persoalan mesti bermain di minda kalian, kenapa tajuk entri kali ni macam sedih semacam, betul kan??

Hargai, Jangan dipermain.

perasaan? semua insan di dunia ni mempunyai perasaan. Sedih, gembira .. macam-macam lagilah. semua pun tau kan?? tapi apa yang saya nak fokuskan disini ialah perasaan cinta. Kaum Adam, jangan permainkan perasaan kaum Hawa. Kami sedar, jika dibandingkan dengan kamu, kami yang ramai. so, banyak la pilihan kamu kan? tapi, contohilah Rasulullah. Baginda sangat menghargai Insan yang bernama WANITA.

Tak Semua Lelaki Tak Baik.

saya yakin, segelintir ja lelaki yang suka permainkan hati wanita. Saya juga yakin ramai yang menghargai wanita terutamanya ibu.

Barbie Doll???
Diperingatkan!! kami bukan barbie doll yang boleh dipakai buang dan dipermainkan. kami adalah An-Nisaa' yang perlu dilindungi oleh Ar-Rijaal..

Mampukah kamu menjadi Imam??
Jangan nak dok menghina kami tak pandai masak. benda tu simple je kalau mau belajar. tapi, untuk menjadi seorang imam yang mampu memimpin makmumnya dengan baik tu bukannya mudah!! Setiap apa yang dilakukan oleh imam , pasti akan dituruti oleh makmumnya ...

Tapi Wanita,
Yakinlah akan takdir Allah. Setiap Jodoh kita telah ditentukan di Luh Mahfuz Oleh sang Pencipta. So, janganlah risau yerr .. tak jumpa jodoh didunia, InsyaAllah diakhirat sana menanti.

P/s : Laa Tahzan. Innallah ha ma'ana :)