Tuesday 12 May 2020

Q/A #1 REALITI KEHIDUPAN ALAM UNIVERSITI

Hello everybody!
I'm here again.

Mood aku menulis kini kembali. Memandangkan aku dah settle solat Subuh and so on maka aku pun berniat tak nak lah tidur. Ayuh melayan soalan readers!

Kali ini aku ambik soalan berkaitan realiti life dekat uni.

"awak duduk di universiti mana ehh ? Syarat ii kemasukkan ??? Cerita secara detail. Tq😆" - unknown

Realiti Kehidupan Di Alam Universiti #PART 2

Hi.



Aku datang lagi.
Tempat aku tengah hujan lebat ni. Best untuk tidur . Tapi aku rajin sikit nak menulis jadi untuk hari ini sahaja ada beberapa post aku dalam blog ini. Wah ! Berikan aku tepukan gais!!

Sesuai dengan tajuk,
Aku akan ceritakan dengan kalian semua pengalaman aku dulu masa zaman degree. Overall sangat best. Bagi aku lah. Orang lain mungkin ada pandangan mereka sendiri. 



Aku ni masa zaman study dulu digelar sebagai Lone Ranger. Kau mesti faham kan maksudnya apa?
Aku suka berjalan seorang diri. Study sendiri kecuali kena siapkan assignment , maka aku pun bergaullah macam biasa bersama rakan-rakan. Aku sangat menghargai Me-Time aku masa dekat UNI. Entah mengapa aku punya tahap introvert tu menjadi-jadi masa tu. Ada masa bagus juga introvert ni dan ada kalanya tidak. Tiada personaliti yang sempurna.

Tapi geng, ni nasihat aku lah.
Walaupun kau seorang introvert, tapi aku cadangkan kalau masuk UNI kau kena pandai bawa diri. JANGAN SELALU BERSEORANGAN! Ya aku tahu, aku pun pernah buat silap masa awal-awal tu namun aku kembali ke jalan yang benar beberapa bulan lepas tu (macam buat benda jahat pula ya ayat aku). Tak tak. Rilek gais. Aku budak baik kot dulu. Haha. Aku cuma tak peramah.

Okay sambung.

Personaliti Introvert ni sebenarnya tak ada masalah cuma kita ni kadang kurang pandai membawa diri. Maksud aku, kita terlalu menghayati personaliti tu sehingga banyak benda kita tak capai. Even kalau kita pendiam sekalipun, kita kena bijak bergaul kerana social networking sangat penting dalam life kita ni.

Contoh situasi :

Time belajar , kau takkan terlepas dari menghadiri seminar atau program yang melibatkan team. Maka, sewaktu itu pasti ada sesi yang memerlukan kau berkomunikasi dan melontarkan idea bernas. 

Situasi yang sering terjadi ialah time ketua kumpulan ataupun individu yang agak dominan dalam kumpulan tu meminta idea dari ahli kumpulan, pasti ada yang senyap diam seribu bahasa. Selalunya, golongan introvert ni memang ada banyak gila idea tapi mereka ni agak pendiam sikit then idea itupun terkubur rapi dan terperam. 

Jangan kecam aku dulu.

Personaliti Introvert ni ada banyak cabang. Tak semua yang sebegitu ya.
Ada yang mampu untuk berucap di khalayak ramai tanpa rasa segan silu. Cuma pada waktu malam mereka akan berdiam diri sebab dah terlebih guna energy di siang hari (ni lebih kepada personaliti aku).

Ada yang memang agak "extreme" sikit tu mereka akan segan sikit nak bercakap dengan orang yang ramai dan bermacam lagi.
Kalau kau ada masa lapang, kajilah pasal personaliti ni. Banyak cabang dan macam-macam juga perangainya.
Sangat menarik untuk dibaca.

Disclaimer : Aku tak salahkan golongan ni menjadi pendiam. Mereka juga mempunyai 1001 kelebihan yang diberikan Tuhan. Cuma perkara biasa lah mereka ni kurang bercakap sikit dan lebih banyak memerhati serta mendengar.

Aku pernah tau dituduh tak sudi bergaul dengan classmate aku yang duduk satu aras dengan aku. Time tu diorang tak faham lagi peel aku ni macamana. Diorang jenis suka lepak bilik member-member sampai pukul 12-1 am gitu. So disebabkan aku tak join mereka maka terhasillah tanggapan seperti itu hahaha. 

Padahal aku dah lost 98% energy di siang hari. Umpamanya seperti segelas air. Lama kelamaan akan kosong apabila dituang atau diminum. So aku ni gelas dan air tu energy aku. Lebih kurang macamtulah realiti seorang Introvert.

Tapi aku tak marah dan terasa.
Bila aku terangkan pada mereka akhirnya mereka pun faham aku punya perangai.
Aku memang tak boleh lepak lama-lama time malam. Letih gila!

 Aku jenis akan potpetpotpet di siang hari sampaikan kadang ada member aku tu minta aku diam sebab terlalu banyak mulut. Pernah aku kata aku ni Introvert pada dia tapi dia sungguh tak percaya. Sampai hati hahahahaa. Aku rasa kalau korang nampak aku in-real life pun korang akan berpendapat seperti itu. Mulut aku boleh tahan apatah lagi kalau kau jenis pandai bawak topik yang aku suka!

Tapi pada waktu malam, aku akan stay dalam bilik sorang sambil layan media sosial aku dan pastinya itulah Me-Time aku. Aku rasa seronok macamtu. Aku takkan borak dengan sesiapa dan aku sebolehnya tak nak diganggu. I need privacy and recharge my energy. 

So kepada geng Introvert di luar sana terutamanya adik-adik yang bakal melanjutkan pengajian, all the best kamu! Jangan banyak fikir benda negatif, kamu boleh melalui alam universiti ini dengan jayanya InshaaAllah! 

Aku ada beberapa pesanan untuk adik-adik ataupun sesiapa yang bakal sambung study nanti :

1. Jangan takut dikritik. 

Kamu akan berpeluang merasai kritikan terutamanya dari lecturer tentang assignment atau apa-apa tugasan yang diberikan. Anggap je kritikan tu sebagai pembangkit semangat. Jangan cepat koyak okay?

2. Berkomunikasi

Gais. Ini pesanan terutama kepada rakan-rakan yang berkongsi satu personaliti dengan aku ni. Ingat, kita pendiam berpada-pada. Perlu kena dengan tempatnya. Kenapa aku cakap macamtu? Sebabnya nanti dekat Uni kau akan banyak berhadapan dengan pembentangan, program dan juga kerja kumpulan. Maka, kalau kau diam sahaja tanpa memberikan sebarang respon yang sepatutnya.. Habislah engkau dikecam nanti. Sakit hati mula-mula , akhirnya nanti bila semua dah pulaukan kau tak mustahil boleh bawa kepada Depression! Aku tak bergurau ni. SERIUS!

Aku tahu.
Aku pun bukanlah seorang yang sempurna namun aku tak nak memburukkan nama personaliti ini. Kita harus bangkit gais!! Bangkit! Haha. Hidup Introvert! 

Bukan mudah sebenarnya kita nak keluar dari kebiasaan kita. Aku sememangnya agak pendiam kalau circle aku tak ngam. Apatah lagi kalau cerita tak masuk. Tapi aku selalunya akan cuba juga bersembang dengan orang asing dan ada masanya aku yang akan mulakan perbualan. Situasi ni akan selalu berlaku apabila aku di luar kawasan lah. Semangat aku lain sikit masa tu.

3. Tegas

YA KAU KENA TEGAS WEH! Maksud aku kalau kau ditakdirkan satu group dengan orang yang suka mengambil kesempatan untuk jadi sleeping partner. Sedih gila kalau kau ada 5 orang dalam satu group, lepastu yang function cuma dua tiga ketul je?! rasa nak cubit telinga yang lain tu.

Tapi kalau lecturer yang tetapkan ahli kumpulan (selalunya lecturer suka asingkan kami dari kawan rapat supaya kami tak Assabiyah), maka bersedialah untuk menjadi dominan di dalam group korang. Itupun kalau semua ahli jenis ikut je. Akan tetapi gais, kalau ada lagi yang lebih menonjol aku cadangkan korang janganlah saling bersaing untuk menonjol nak jadi ketua. Last-last bergaduh pulak jadinya. Try untuk bertoleransi dan mendengar pendapat rakan-rakan. Kita ni bukannya selalu betul. Discussion itu penting ya anak-anak. 

Aku mula-mula dulu memang tak tetapkan group aku, aku main redah dan join secara rambang. Kesannya aku juga yang bersedih dan agak sakit hati. Last-last aku terfikir nak cari member yang betul-betul boleh diharap dan alhamdulillah , aku jumpa. Kami stick satu kumpulan sampailah aku grad. Happy ending ! Hehe.

4. Be Active!

Personaliti kita ni kadangkala menjadikan kita manusia yang aktif atau pasif. Zaman belajar ni jangan nak diikutkan sangat kecenderungan personaliti kita tu. Kena lawan juga kadang-kadang.

Kalau kau jenis minat pengucapan awam tapi dalam masa yang sama kau jenis tak banyak cakap, asah betul-betul bakat tu. Kau boleh je sebenarnya cuma kena tambah sikit lagi motivasi. Join bengkel ke atau seminar pasal ni. InshaaAllah, lambat laun kau akan lebih berani dan yakin serta kawan-kawan pun akan bertambah!

Aku cakap gini sebab aku sendiri pernah cuba dan alhamdulillah aku berjaya atasi rasa malu yang menebal tu. Aku akui juga, agak mencabar untuk keluar dari zon selesa ni. Tapi, disebabkan aku minat benda sebegini maka aku cuba juga sehabis baik. 

Aku pernah jadi moderator sebanyak dua kali untuk program kos aku, pernah ditemu bual oleh syarikat penerbitan serta aku juga pernah terlibat dengan pembentangan di luar negara. Alhamdulillah, bukan nak riak pun. Segalanya milik Allah dan bila-bila masa boleh ditarik nikmat tu namun aku nak kasi korang semangat. Tak ada yang mustahil. Kita boleh ubah personaliti kita ke arah yang lebih baik serta bermanfaat.

Inilah antara realiti yang aku hadap dulu. Realiti yang tidak dapat disangkal lagi.
Jujur aku cakap, kehidupan yang mencabar itu pada mulanya sahaja rasa susah dan membebankan. Lambat laun kau akan tahu cara mengatasinya dan menyelesaikan cabaran tersebut dengan kaedah yang terbaik.

Kau akan rasa seronok dan tidak salah kau mengimaginasikan pengakhiran yang baik untuk perjalanan kau di alam universiti ini.

Bermulanya kau melangkah,
Langkah dengan kaki kanan dengan niat untuk berjaya sampai ke akhirnya!