Saturday 13 July 2013

Dulu-dulu masa Form 1....

aku dah stay di hostel hampir 5 tahun. Banyak kenangan pahit+manis yang aku rasa. tapi bagi aku, setiap tempat yang aku stay, mesti ada baik dan buruk nya. Rumah pun gitu. Atul masih ingat lagi masa form 1, aku selalu homesickkkk!! (panjang bebenau k nya). Ya, as a form 1 masa tu, uhuk-uhuk. (terbatuk). Jiwa aku masih lembut lagi. kebudaks-budakan lagi. Segala-galanya lagi la. Selalu je nangis. Buruknya.. bila aku ingat balik. Uwaaaaaaaaa.....





Lagipun masa tu , waktu kepulangan sekolah aku sebulan sekali. Seksa la jiwa masa tu sebagai form 1. Lama kelamaan, aku okay ja . terutama masa hujung tahun. Semangat mau pulang kan. Disitu la juga saat aku terfikir, yang tahun depan nya aku akan ada adik Form 1. Tidak la sudah aku disayangi oleh senior-senior aku. Huh! Jeles konon. Pui!! Hahah. (Ayat tak matang).

Aku masih teringat lagi, masa aku first-first menangis. Ada sorang kakak tu pujuk aku. Ayatnya ceggini "Tul, kita disekolah ni tak lama pun. 5 tahun ja. Janganla nangis aaa. mak bapa hantar kita kat sini pun , untuk belajar.." masih terngiang-ngiang lagi di fikiran aku. Alhamdulillah, kakak tu sekarang bakal-bakal seorang guru. Mungkin motivation yang ada dalam dirinya tu kot yang menyebabkan dia berjaya walaupun banyak cabaran yang dia tempuhi. Kesian kakak tu. Tak payah la ya aku ceritakan kat sini masalah dia tu.

Soal Cinta?? 
. Masa tu bebudaks lagi. Lagipun aku berpegang pada prinsip "Mak Bapak masih tanggung". So, aku takkan menjebakkan diri dengan benda tu. Sampailah sekarang. Tapi prinsipnya sudah berbeza sikit sejak Form 2 . haha. "Bercinta selepas kahwin. Sekarang Parents masih tanggung".  Dan aku masih ingat, si Fatin. Member aku yang sekelas dengan aku dari form 1 hinggalah sekarang. Dia cabar aku tak b_ _ C_ _ _ _  sampai form 5. Nampaknya cabarannya hampir berakhir. Tapi , walau dia tak cabar, aku tak kepingin juga untuk ke arah itu. Nauzubillah. Bukan nak tunjuk solehah ya. Tapi nak betulkan perspektif sesetengah orang yang mengenali aku tentang kondisi diri aku yag sebenar. 



Yaa. Pengalaman la yang banyak mengajar aku erti hidup. Sehingga aku dapat bertahan di asrama sampai ke hari ini. Tak sangka juga kan. Ahaks! 


Lolz. ahah



Lebiu all. Salam Ramadhan. Aku dah nak pergi sahur ni. Jangan tak sahur tau.


Friday 12 July 2013

Awak Tu, FITNAH!

=)  Awak tu Fitnah.

?? em? Tak FAHAM!

Wanita tu Fitnah. Ya. Memang wanita tu Fitnah terbesar dunia.  Fitnah kepada lelaki.
That’s why ramai kan kita tengok zaman sekarang ni, lelaki kecundang sebab wanita. Ya Allah! Besarnya penangan wanita nii. DANGEROUS YA WANITA NI KAUM ADAM!



So, ADAM-ADAM semua?
Jaga hati kamu . Jaga perasaan kamu. Jaga Mata. Dan semuua la jaga. Bahaya jika anda kecundang. Tak semua “kecundangan “ itu boleh diperbaiki.



So, Hawa? Anda bagaimana?
We Avoid it! Jangan kita tergolong ya.  Kita-kita dan kita semua ni cantek tau. No need to show it!. Orang tau pun kita ni cute, comel and cantik. Ciptaan ALLAH itu Cantik. Hurm, tak caye eh? Meh aku cerita sket.
HAVE you ever seen , yang wife nya cantik but her husband biasa-biasa aja. Hitam putih la gitu. Pernah tak, pernah tak? (oww, dengan mata yang berkelip-kelip, haha). Pernah tak? Aku pernah. Selalu @ sering aku lihat.
Disini aku nak cakap, Semua wanita itu menjadi FITNAH terhadap lelaki. Kecantikan wanita tu banyak. Tak semestinya dari aspek wajah ,malah banyak aspek. Kaca mata manusia ni berbeza-beza. Tu la pasal sometimes kita berselisih pendapat dengan orang lain. Sebab perspektif kita ni berbeza-beza. Hebat kan TUHAN? .



Hawa,
Kaum ni, ramai kat Dunia yang fana ni. Lebih ramai dari kaum lelaki. ALLAH memang ADIL! Sebab tu la kan kuota untuk kaum Lelaki memiliki wanita untuk dijadikan isteri, 4 orang kan? . Sadisnya jika keadaan tu terbalik. Pasti ramai kaum lelaki yang berkelahi dan berbunuhan disebabkan merebut kaum wanita yang sedikit. Memang setiap apa yang ditakdirkan di dunia ini, ada HIKMAH nya. Fikir dalam-dalam sket . Banyak aspek tuu wanita perlu jaga, antaranya Aurat. Ramai diantara kita yang gagal menjaganya. Kengkadang aku berhadapan dengan kegagalan untuk menjaga perkara ni. Ya Allah! Berdosanya aku! Gambar-gambar yang di post di Laman-laman social juga perlu untuk kita jaga. Boleh jadi Fitnah juga tu. Buat muka Gwiyomi. Ahahah. Awak memang comel. Tapi kecomelan tu hanya layak dilihat oleh yang berhak aja. Tak payah la tunjuk kat ramai orang yang awak comel. Banyak lagi dosa lain yang terselit nanti. Bahaya tuu. Eh, jangan pula korang BOM aku lepas ni ea. Aku just cakap benda betul. Mencegah itu kan lebih baik dari mengubati. Yang dah terlanjur buat, Jom kita bertaubat. Masih belum terlambat lagi.  Sebelum maut memanggil kita.


ADAM ,
Tugas u adalah untuk melindungi wanita. Ouh! Bukan wanita yang jaga korang. Terbalik pula tu. Jangan dipermain hati dan perasaan wanita walaupun kami ni ramai di dunia ni. Hati wanita ni lembut. Lagipun kami ni kan tercipta dari tulang rusuk kalian. Apa la tulang rusuk tu kan, tak kuat mana pun . Jaga mata ya. Kalau tak mampu menyara sorang isteri, jangan cuba-cuba menambah kalau tak berkemampuan. Binasa nanti diakhirat. Awak tu dulu dipersoalkan sebelum ahli keluarga yang awak pimpin. Awak kan ketua and automatic la jadi pemimpin untuk keluarga awak. Bahaya kan,? Tu la aku kata Allah tu Adil. Bukan nya mudah tau hidup menyara keluarga yang besar. Even awak ada duit banyak, tapi kalau tak adil dengan isteri-isteri awak, Habislah.



Kita selalu dengar , Ikut hati mati, ikut rasa binasa. So? Ikut apa? Ikut la situasi semasa kan. Kahwin bila rasa diri betul-betul berkemampuan. Jangan ikut Nafsu. Sunnah itu tak sama dengan wajib. Kahwin 4 tu sunnah, Solat tu wajib. Dahulukan Wajib, barulah disusuli dengan sunnah.  Back to the topic, WANITA adalah Fitnah Kepada Lelaki. Moga-moga kita terhindar dari melakukan perkara-perkara yang mungkar. Pandai-pandailah kita jaga diri supaya tak termasuk dalam golongan yang rugi, Ok?

gentlemen stail


Apa-apa pun , Saya ucapkan selamat berpuasa Di Bulan Ramadhan yang penuh barakah ni. Jangan puasa yang yuk tau!



=) SPM tak lama lagi. Doakan aku ya. Berdebars dah jantung aku ni. 

Sunday 7 July 2013

Don't Judge the Book By it's Cover!

Hi People!

Buah pun sama :)

u Know apa yang saya maksudkan?
 Kadang-kadang, kita nampak seseorang minah tu tak bertudung. And kepala terus judge, "eh, mesti dia tak solat ni kan. Aku lagi baik". perggh! Buang parit fikiran macam tu.


Actually, I have a true story to share dengan korang. Perkara ni berlaku pada tahun 2011. Masa tu I dan Nadiah , best pren aku pergi pekan buat kerja kursus. Haha. Student form 3 sekolah aku masa tu, kebanyakkannya refer dengan pak cik Google@Internet je. Dengan keskemaan aku dan nadia, kami buat dengan bersungguh-sungguh! seh.. aku tak kata pula yang kengkawan lain tu buat sempoi je. tak gitu. Sory okay. nanti tak pasal-pasal blog aku di Block!

Sambung Cerita,
Kami survey la mak cik-mak cik yang ada kat pasar tani tu. Tanya diorang pasal kerja kursus kami . Dan tiba-tiba azan berkumandang. So, kami terus la ke Masjid Besar Kota Belud. Usai solat, aku terlihat jemaah wanita dalam lingkungan umur 20-an disebelah aku. Aku senyum la dengan dia and time dia buka telekung, dia buka terus dan tak pakai sebarang tutup kepala. And rambutnya berdye. ouh! firasat aku masa tu menyatakan yang rambutnya tu berinai, bukan berdye. so , sah la kan solatnya. But, the most important is , she unwear hijab. and act like the social girl (alamak! rojak abess BI aku. x pa , aku belajar). Masa tu, aku terfikir satu benda, "kakak ni, walaupun dia tak pakai tudung, tapi tetap juga jaga solat. Yang minah-minah lain tu, tudung pakai tapi solat. entahlah"..  DAN AKU MULA BERFIKIR, Don't judge the book by it's cover.

STOP! CERITA BELUM HABIS.
aku dengan nadia, teruskan juga pencarian maklumat kami. Alhamdulillah, banyak juga maklumat yang kami dapat. Habis satu kota belud kami round. Hebat!

DIPENDEKKAN CERITA,
dalam tak sedar , rupanya hari dah nak petang. So, Azan Asar pula kedengaran. Kami pun pergi ke tempat solat yang sama, sebab kata nadia, abangnya ambik dia kat depan masjid tu. em, terusla kan solat sana. Setibanya kami disana, masyaAllah! terjumpa lagi dengan kakak tu. Lagi awal dia solat dari kami. Siap baca yaasin lagi tu lepas solat. Hebat! aku dengan nadia agak terkejut+tak menyangka juga akan jumpa kakak tu sekali lagi. Memang benarlah apa yang selalu kita dengar, hidayah ALLAH tu ada dimana-mana. Dan kita tak boleh pandang serong dengan insan-insan sebegini sebab kengkadang mereka ni lebih baik dari kita. Ingat tuu~ Don't Judge the book by it's Cover!

- Besok Balik Asrama!!!



Hidup Berpuak-puak

mesti ada yang bertanya, apesal tajuk entry ko pelik semacam eh? tidak dinafikan. Sememangnya ada yang bersoal begitu. Jawapannya mudah ! Kacang la katakan . Aku buat entry kali ni, untuk cerita sket pasal SYIAH. You know what is the meaning of SYIAH?? pada aku, femes betul nama ni disebut di media massa. Sebab, sekarang ni kan dunia tengah sibuk bercerita tentang pergolakan di Syria. Disana tu, Syiah ni aktif sangat. Over and Over aktif. Membahayakan. Di Malaysia pula, jangan tanya lah. Ada juga pengaruh Syiah tu disini. Cuma tak berbahaya macam di luar negara la.

ni aktiviti diorang time bulan Muharam
Takut aku tengok situasi Syiah diluar negara. Pelik tapi benar dan ganas! Moga-moga kita terhindar dari terjebak dengan puak ni. Islam itu mementingkan kesama rataan. tak ada istilah berpuak-puak. Tapi, apa yang kita dapat lihat sekarang, amatlah menyedihkan. Apa yang kita risaukan, itu yang terjadi.

Oklah. Gambar diatas merupakan antara kegiatan Syiah di Luar negara. Baru-baru ni, masa aku belek-belek Youtube, tetiba aku terjumpa satu video. tajuk Video tu "Pendedahan Syiah di Malaysia ". Belia Keamanan Malaysia (BKM) yang mendedahkan video ni. Jom kita tengok Video tu sama-sama. Renung-renungkan apa yang pelik dan tak diajar oleh Rasulullah dalam video ni.


Pelik sungguh ya cara mereka bersolat. Tapi Korang jangan contohi aa... Sesat nanti. Tak tercium bau Syurga. 

One More . aku nak tunjukkan dengan korang. Tengok Video Ni!



Beza sungguh kan? Islam tak ajar pun macam ni. hish tak faham.  Pelik Tapi Benar.

So, apa komen Anda??