Monday 15 December 2014

WORLD WORST WEED !

huh ? WWW itu apa? aku bukan nak cakap pasal www untuk laman sesawang tapi....

Rumput miang Mexico.

Aku tadi dok dengar radio chanel sabah FM. almaklumlah. Aku dengar yang cool-cool punya radio jak. Hot FM aku tak berapa layan. *eksheli tak layan sebab takder line dekat kampung. as u know , pedalaman bah kan.
So, aku ni manusia jenis suka dengar benda-benda pelik. Bukak radio tadi pagi terus dj Saat dan err dj ...... dak ingat Dj apa cerita satu info pasal rumput ni. Aku tertarik untuk ambil tahu dan seterusnya ingin menarik uoll semua membaca. Kot-kot tumbuhan ni tumbuh melata depan rumah korang. BAHAYA!

Rumput ni rupa dia lebih kurang macam ulam raja. Bahaya untuk penggemar ulam-ulaman. risau nanti tumbuh di kebun terus kutip dan makan. Bahaya tuuu....aku asyik-asyik cakap bahaya supaya otak kita set benda tu bahaya. Macam hipnotis pula.




infolaju.com



sama kan? Cuma daun rumput ni agak panjang sedikit. aku pun heran macamana benda ni boleh tersebar di Malaysia. Cuma belum tersebar luas. Dipercayai di semenanjung Malaysia sudah ada rumput miang ni iaitu di Perak, Negeri Sembilan , Kedah dan Selangor. Dan Sudah ada yang terkena virus tumbuhan ni. Pelik kan? Dari mexico ke Malaysia. Pikiaq la sendiri.

Kesan daripada miang rumput ni adalah gatal-gatal pada kulit , ruam , kulit mengelupas dan sebagainya.  Sistem pernafasan pun boleh terganggu! contohnya seseorang itu akan mengalami selesema dan athma. 

kenapa dan mengapa ini boleh terjadi? Ini adalah disebabkan bahan kimia yang terdapat pada debunga,bahagian akar , daun dan batang iaitu parthenin, ambrosin dan hymenin yang sememangnya dipercayai boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan manusia.

kenyataan ini sebenarnya telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 9 disember 2014. 

Jadi... Berhati-hatilah rakyat malaysia. Awas sebelum kena!

sumber : Cun.my

Saturday 4 October 2014

Pengorbanan satu kenikmatan

Assalamualaikum....
Salam eidul Adha.
Apo khabo semuaaa? Sihat?

As form 6 student, kehidupan sangat busy. Terasa diri INI macam budak uni sudah. Even kengkawan yang lain nampak steady , tp hakikatnya kita sama.

Betul kan?
Aku juga percaya , bebudak matrik pun  sekarang Ni tengah struggle belajar. Teringat pula , sorang cikgu pernah berpesan dengan aku "kejayaan ITU perlukan pengorbanan". Pengorbanan Dari segi tidur , makan , Melancong... And so on... Uwuwuwwuwu. (T T) ... Tapi effect setelah berkorban ITU sebenarnya juga sangat best kan.... Cuba try test la Tanya dengan orang-orang yang telah berjaya. Diorang punya pengorbanan tu bukan calang-calang. Kengkadang tidak terimagine...

Tapi,
Adakah pengorbanan INI cukup berbaloi untuk kita masuk ke syurgaNya?
Kita mampu untuk buat pengorbanan untuk kejayaan duniawi... Tapitapitapi.. Untuk akhirat?

Pengorbanan yang kita buat Ni kita anggap besar pada mata kita. Pada pandangan Allah?

Nawaitu ITU sangat penting.
Even kita sudah berkorban, walaupun tidak mendapat hasilnya di dunia... Inshaa Allah ..di akhirat nanti pasti ada hasilnya...

Allah uji kita.
Sabar.
Kita nak ITU Dan INI. Tak dimakbulkan. Tak pa. INI ujian. Allah nak uji setakat mana kemampuan Kita untuk bersabar.
Penat belajar?
Tak pa. Bertenang.
Tiada penuntut ilmu yang tak penat.
Berpenat jak kita dulu.... Berpengsan ja kita dulu belajar supaya kita tidak akan menahan peritnya kebodohan suatu hari nanti.. Kankankan?

Muhasabah Dan muhasabah.
Kembali ke jalan yang benar.
Semoga aidiladha memberi keinsafan kepada kita.

Salam eidul adha. Pengorbanan ITU satu kenikmatan.

Monday 26 May 2014

SPECIAL FOR HIDAYAT !

Special For You!


Credit : I luv islam. Com



Sanah Helwah Sahabatku Nur Hidayat Md.Zain. Aku bersyukur ditemukan dengan sahabat sepertimu.

Teman aku ketawa , sedih , dan gembira. *Ketawa tu gembira la bah tu kan. Hee
Semoga kamu sentiasa berada di bawah kasih sayangNya.
Sama-sama kita berusaha kearah kejayaan . Yeahhh. Uinaa semangat…
Mungkin ini jalan yang terbaik untuk kita.
InshaAllah, Allah pasti ada rancangan yang terbaik untuk kita .

Ingat Firman Allah ni, “ Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216) .

Apa pun, Jika ada kebingungan atau keresahan di hati, minta lah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya dia mengetahui akan segalanya.

Ada hikmah segala yang berlaku ini sahabatku .

JAWAPAN ISTIKHARAHKU

Assalamualaikum sahabat-sahabatku yang dicintaiNya… InsyaAllah..
Kesibukan menunggu result UPU telah berakhir. Pada mulanya aku pun menjadi salah seorang “Penunggu” kepada keputusan upu . Sememangnya bagi lepasan SPM.

Namun, beberapa hari sebelum result keluar, aku telah ditawarkan untuk ke Tingkatan 6. Oh Nooooo! Form 6. Pom sick . Wei .. Macam-macam. Astagfirullah Hal azim. Pandangan awal aku terhadap form 6 ni macam-macam. Namun, senior-seniorku yang berpengalaman memasuki tingkatan 6 ni memberiku semangat. Macam-macam semangat diberikan. Hati aku ada tertarik sedikit dengan form 6 masa diorang nasihatkan aku, tapi masih belum boleh mengalahkan perasaanku untuk memasuki university.

SO, CANNE? KO PERGI JUGA KE SEKOLAH TU?

Ya, atas alasan plan B pada asalnya. Sebelum keluarnya result upu. Manalah tahu takder tawaran. Itu pada asalnya.
Akan tetapi, sewaktu aku memasuki dewan tempat pendaftaran, hati aku berasa tenang melihat wajah dua orang guru yang aku sayangi. Wajah guru-guru yang menguruskan pendaftaran pelajar tingkatan 6. Ya Allah…. Ini satu rezeki. Tenang rasa masa tu. Dan aku rasa semua urusan dipermudahkan olehNya.
Perasaan aku memasuki sekolah tu bercampur baur. Kawan baru, persekitaran baru, peraturan baru dan kebanyakkannya baru. Mana tak nervous kan….

Tapi aku masih ingat. Aku ada berdoa sebelum melangkah ke sekolah itu , “Ya Allah, jika kau takdirkan aku untuk ke sekolah itu, kau permudahkanlah urusanku dan selesakanlah diriku disana”…. Dan Alhamdulillah apa yang aku doakan itu makbul.  Alhamdulillah. Benarlah…Apabila kita ingin membuat sesuatu keputusan, Istikharahlah dahulu. Ianya penting dan Rasulullah mengamalkannya. Aku berasa aku telah membuat satu keputusan yang sangat TEPAT tanpa ada keraguan apabila aku telah berasa selesa dan seronok disana pada hari kedua disana. Pada hari pertama tu, perasaan aku masih 80% untuk bersekolah disana. Tapi pada hari kedua, aku telah mulai jatuh cinta dengan suasana di sana.

Dan aku membuat keputusan untuk stay sahaja disana sehingga akhir tahun depan. InshaAllah.
Tidak juga ku lupa pesanan guru-guru disana. Mereka sangat baik dan mereka banyak memberiku semangat baru dan keazaman yang teguh. Mereka sangat berkeyakinan aku mampu Berjaya, kenapa tidak aku?
Senior aku disana pun baik-baik belaka. Banyak memberiku nasihat yang berguna. Memberikanku semangat.  Sangat lucu dan mudah dibawa berbincang. Dan aku tak kan pernah lupa pertanyaan kak azea masa hari first aku disana. “Kau jangan cakap ini pilihan terakhir kau .” ayat dia tu menakutkan. Macam mau makan orang. (T_T).  Just kidding kak zea…. Heee

Ada pelbagai pandangan mengenai form 6 ni bagi masyarakat Malaysia. Namun , pada pandangan saya, itu bergantung kepada diri kita sendiri. Nawaitu kita. Cara kita. Dimana-mana pun kita menuntut ilmu, jika kita ada KESUNGGUHAN dan KESABARAN yang tinggi, InshaAllah, segalanya akan mudah dan dipermudahkan olehNya. Tak ada tempat yang tiada cabaran.Semua benda di dunia ni pun banyak cabaran. Eloklah kita berhadapan dengan cabaran pada hari ini, agar cabaran hari esok dapat kita hadapi dengan ketenangan. Dan… Di dunia ini tiada yang mustahil. Keajaiban pasti berlaku bergantung kepada doa kita.




Syukur. Inilah Lafaz yang aku mampu ucapkan pada ketika ini.

Friday 18 April 2014

Seminar Motivasi Thalassemia

Assalamualaikum pembaca sekalian alam.
Hang hang hang. Tengah buat apa tu?
Last week, aku attended satu ceramah motivasi yang sedikit sebanyak memberi aku pengetahuan mengenai salah satu penyakit yang penghidapnya agak ramai di asia tenggara.
Actually, agak pelik juga mengapa ramai orang asia yang menjadi penghidap penyakit ni??
Serius, aku pun heran. 

Aku datang penuh harapan untuk menimba ilmu dekat dewan dan alhamdulillah kedatangan aku tak sia-sia.
Pihak penganjur menyediakan beberapa slot ceramah.
dan antara yang menarik perhatian SN ialah ceramah daripada salah seorang pesakit thalassemia yang telah BERJAYA!!
Mintak maaf la ye kalau ada pembaca blog ni yang penghidap penyakit ni. Aku nak cakap la yang first impression aku mengenai pesakit ni ialah mereka hidup sepanjang hari di hospital.
Tetapi rupa-rupanya, mereka juga boleh bekerja seperti orang lain, even though mereka ni terikat dengan ubat-ubatan and penambahan darah setiap bulan.
Kakak yang berjaya tu share pengalamannya sebelum berjaya.
Dia kata dia malas nak sekolah. Malas belajar. Dan segala-galanya malas. Taknak ambil tahu pasal study.
Namun , apabila usianya menginjak 10 tahun, doktor yang sering merawatnya berkata, "Lebih baik awak tak payah datang hospital. Tak payah tambah darah. Tak payah Injek segala. "
Dan kakak tu pun berfikir apa rasionalnya doktor itu berkata sedemikian.
Dan akhirnya dia kembali bersekolah.
Cabarannya bukan hanya terhenti disitu sahaja. Apabila dia telah tamat SPM , dia nak sambung study. Ibunya tak izinkan dia belajar jauh-jauh. 
So, dia ambil keputusan untuk sambung study form 6. 
Pointer nya tinggi dan dia ditawarkan untuk memasuki universiti. 
So, ibu dan ayahnya membenarkan dia untuk belajar di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang psikologi. 
dan kini dia telah menjad Pegawai Psikologi di Hospital Likas, Kota Kinabalu.


Nah kan? sesiapa pun boleh berjaya. Toksah putus harapan segala. Orang tak boleh sekat kejayaan kita selagi kita ada keinginan dan usaha untuk berjaya. Okeh habis topic si kakak tu.

Aku pun try la masa tu tengok sekeliling. Upps! Ada kempen menderma darah. Nak derma , takut pengsan . Tak cukup kekuatan untuk melihat darah yang berpain-pain. Ya lah kan, diorang bukannya ambil darah banyak pon. Dalam sepain jerrr. Tapi imaginasi aku yang lelebih. Takut pengsan la apa lah. So, aku ambil keputusan untuk hanya melihat keadaan sekeliling . Ceeeeeeze...





Semuanya bermanfaat. 


Thursday 10 April 2014

Alhamdulillah !

Lesen L tuan ambe dah keluar!
Besok aku mula drive kereta. Hahahaha.

Actually, aku sudah mendrive hari tu.
tapi tu cuma percubaan sebelum keluar lesen L .
Punyalah mengigil semacam. bagus kalau sejuk masa tu.
aku tak pernah ada pengalaman driving. SO?
faham-faham je lah masa tu.
Pak cik tu pun membebel dengan aku.
"Kan pak cik sudah cakap, jangan buat macam ni. Mati enjin nanti. ". and blablabla.
Aku macam tidak makan saman jaa..

Sikit lagi terlanggar tu tembok.
Umi aku tak suruh drive selagi tak belajar asas di Pusat Latihan.
Aku akurlah.
Lesen motor pun aku naaak!
Tapi umi tak kasi.
so?
TOKSAH DERHAKA!
aku pasrah. ada hikmah tu . Ya. Ibu lagi dulu makan garam, so dia tahulah apa yang terbaik untuk anak dia.

Update aku ni lah. Besok besok , ada masa and Allah panjangkan umur, aku update lagi.

*TERUSKAN MEMBACA .

Tuesday 1 April 2014

Pening !
















Nash mula pening.
memikirkan MH370.
Bukan kapal, tapi apa yang ada di dalamnya. Sahabat walau tak sebangsa.
Berbilang bangsa mendoakan keselamatan mereka, tak kurang jugak memfitnah ka entah.

Salahkan k?
Pasukan Malaysia tak buat apa-apa kah?
1 Dunia berbicara. 1 dunia dapat melihat betapa gigihnya mereka mencari dan menyelamat.
p punya angkara?
jangan libatkan soal politik.
walau dilanda kontroversi , tak semestinya dia yang punya angkara.
Kesatuan antara kita perlu .
bab politik tolak ke tepi. Tanam dalam-dalam lagi bagus.

Sekarang, kita masih berdoa. Yakin dan tabah.
Bukan salah pemimpin K atau P.
Kalau salah , mana bukti?
Tuduh menuduh ke budaya kita?
Banyak media di luar sana menyebar berita yang buat aku Pening.pening.pening.
Kita hate kerajaan kita sendiri? sedang orang di negara luar walau tak semua hina kita?
Terpulanglah apa pegangan politik , buat masa sekarang kita perlu bersatu. 
Kesatuan . yaa.. kesatuan.

Kerajaan or Pembangkang perlu bersatu.
Sama-sama menyokong usaha kerajaan.
Nash tak pro mana-mana.
Fikir.


*Dia terus meletakkan penanya di atas meja.



Saturday 22 February 2014

Restaurant Yang Weird :-)

Hokeh. Alhamdulillah. Update lagi satu entry yang kedua hari ini.

 WEIRDEST RESTAURANT IN THE WORLD.
macam best wei tajuk. Memang best pun. Aku suka. Walaupun ya lah... aku bukannya bercita-cita pun nak makan kat restaurant-restaurant macam tuu. Peliks wei!

Idea aku datang bila aku tengok saluran 707(TLC) di astro. Terus membuatkan otak aku berfikir "Bagus juga tulis benda macam ni. Share ilmu dengan orang lain walaupun sedikit." Kengkadang, Fikiran orang ni tidak dijangka-jangka. Ramai yang berotak Kreatif. Indahnya kan ciptaan yang Esa. Cuma diri kita sendiri sahaja yang perlu berfikir adakah kekreatifan kita itu tidak menyalahi hukum.

Ok. Let's Start.

1. Hajime Restaurant, Bangkok Thailand.

Nampak tu. Siap ada robot lagi. Tak payah guna pekerja yang banyak lah macam ni. Haha. Apa yang saya tahu mengenai restoran ini ialah pemiliknya, Lapassarad Thanaphant  membelanjakan hampir 1 juta untuk membeli 4 robot bagi membantunya di restoran tu. Best kan. Keluarkan duit sekali jer untuk beli robot, lepas tu tak yah bayar gaji.


2.  Magic Restroom Cafe, Los Angeles.




Ni lagi . Menggelikan. Najiah tak berapa suka. Masa makan confirm terbayang tu tandas. Uwekk. Geli untuk menceritakan tentang restaurant ni. Tempat duduknya direka dengan bentuk mangkuk tandas.

3.Barbie Restaurant, Taipei , Taiwan.




 Hah. Ni restoran versi cute. Siap barbie-barbie bagai. Tapi bagi yang "anti" kepada pink tu, aku tak sure la selera makan dekat tempat pinkish macam ni.

4. The Royal Dragon, Bangkok Thailand.



Ni macam best. Terimbau zaman dulu-dulu. Agak tradisional tema restoran ni. Sebenarnya restoran ni menyajikan makanan seafood. Agak besar juga dengan keluasan 8.35 hektar dan mempunyai 1000 orang pekerja. Pelayan yang memakai kostum "tradisional" sebanyak 540. Wahh. Kira ramailah tu.

5. Draculas and Witches and Britches, Melbourne, Australia.


Muka macam badut. Eh! Hantu rupanya. Ni agak menakutkan. Hilang selera.

6. SoldatenKaffee, Bandung , Indonesia.


Restoran yang bertemakan ketenteraan. Bukan tentera Indonesia, namun tentera Nazi. Ada Kontroversi juga restoran ni. Pemilik restoran ini dikatakan PRO NAZI, namun beliau menafikan hal tersebut.


Sumber : The Guardian./weirdestrestaurantintheworld

TERUSKAN MEMBACA!

Kosmetik? Check Dulu...

Yeah! Alhamdulillah. Aku kembali menulis.
Aku dah menulis lebih kurang setahun lebih jugak lah. Bukan itu main topic yang aku nak discuss petang-petang yang hening nih…

Oooh! Tidak !

Aku dah macam allergi je dengan benda-benda kosmetik ni. Mungkin ini masanya untuk aku muhasabah diri supaya tidak terlalu mengejar kecantikan luaran walaupun hakikatnya aku tak lah kejar sangat sampai nak mampuih benda tu. Tapi, yaa. Macam wanita-wanita normal di luar sana, memang juga nak jerawat ni bertempiaran lari. Bukan setakat 100 meter or 200 meter saja, tapi lari selama-lamanya. Haha. Ni yang buat aku frust menonggeng ni bila fikir pasal jerawat.
Masa aku online facebook sabtu lepas, tetiba ada lah ex-guru ganti dekat school aku , *opps! Kini aku bukan pelajar situ lagi…. Uwaawaaa.. sodey wei! yang share pasal satu produk kosmetik. Dia bukan promote, but dia share satu link blog yang membuatkan aku turut bersimpati dengan orang yang menjadi mangsa produk kosmetik ni. Pastu barulah aku rasa macam nak guna bahan-bahan tradisional untuk merawat masalah jerawat pasir di muka ini.
Patut pun umi selalu pesan, “kamu tidak payalah risau pasal muka ni. Nanti hilang juga tu. Tak payah guna produk-produk cosmetic ni”. Tapi aku degil macam apa jak. Ampun mii…
Tapi penulisan entry aku kali ni belum habis. Sabar dulu. Baca sampai bawah. Ada benda penting yang aku nak bagitau korang.
.


Pasal satu produk yang membahayakan kulit. Ni testimony diorang lepas pakai produk SET COLLAGEN PLUS VITA E. Wei, macam best kan nama produk tu. Tapi , nama tidak menggambarkan keadaan sebenar sesuatu benda tu. pecayelah cakap prof. Saidatul Naziah ni. Hekhek. Melampau taraf bangunan.

Baca Blog Nazhatul Azira ni. Dia telah menceritakan pengalamannya memakai produk set collagen ni. Kasihan juga mangsa-mangsa produk kosmetik ni sebab muka diorang jadi gatal-gatal, beruam dan macam-macam lagilah. Dan kebanyakan bahan-bahan yang digunakan untuk produk kosmetik ini sebenarnya adalah bahan-bahan yang sangat berbahaya. Kenapa? Meh kita terjah blog Dr.Zubaidi ini. Dia telah menerangkan secara panjang lebar mengenai bahayanya bahan merkuri dalam produk kosmetik.

Aku harap, usaha kecil aku nak bagitau kamu,kamu dan kamu ini akan berkesan. Boleh pakai produk kosmetik ni, tapi kena siasat betul-betul bahan-bahan yang digunakan supaya kita tak menyesal di kemudian hari. InsyaAllah.*Sebenarnya bukan produk ni jer yang berbahaya. banyak lagi...
TERUSKAN MEMBACA !

Friday 7 February 2014

Nanti Besaq Nak Jadi Aper?

Huh! Adik-adik , kakak-kakak dan abang-abang sekalian.
Masa kecik-kecik dulu, mak, ayah, auntie , dan orang-orang sekeliling kita selalu ajer tanya tentang persoalan ini, "Nanti besaq nak jadi apa ya".
Aku nak kongsi pasal diri aku.
Masa kecil dulu, pernah aku berangan nak jadi Peguam.
Whoaa... Havoc jugak kan walaupun belum tercapai. Lepas tu, aku nak jadi Pensyarah. *tak tetap pendirian betullah aku ni...
Lepas tu aku nak jadi Dokter. Entah lah. Macam-macam. Tapi setelah aku berfikir masak-masak, sememangnya aku nak jadi doktor. Tapi bukan yang main bedah-bedah orang tu. eeee... Geli.. Aku tak suka   darah...Aku nak Jadi Doktor dalam bidang Psikologi. Aku berminat nak bantu orang. Bantu orang yang bermasalah dari segi rohani mereka. Yaa... Kira usaha la kan nak cari pahala...

Tapi....
Cita-cita aku tu masih tersemat kemas di dalam dada. Aku dah berazam, sekiranya cita-cita aku nak jadi dokter tu tak kesampaian , aku tetap jugak nak ambil bidang psikologi. InsyaAllah. Kiranya, aku nak sediakan payung sebelum hujan.
Bila orang tanya aku nak jadi apa, hah! aku jawablah. Aku nak jadi Doktor psikitiari. Dalam erti kata lain, Doktor sakit jiwa.. Kamu tau, respon diorang apa? Diorang kata aku akan jadi macam orang gila jugak tu nanti. Ooooh Tiidakkkk! Tapi aku ni kan bukanlah jenis orang yang cepat trust dengan orang. So, aku tetapkan jugak diri ini untuk mengejar cita-cita itu.

Sebenarnya, entri kali ini saya rasa amatlah membosankan. Tapi ini adalah sempena menunggu ambang mac yang tak lama lagi berkunjung tiba. Bulan mac lah keluarnya result yang aku tunggu-tunggu. Ya Allah! Aku kena yakin! Yaaa...Yaaa.. Aku kena kuuuaaaattt! *macam tension jer. macam tension ajer.

InsyaAllah, jika Allah izinkan aku menyelami bidang ini, pasti Dia akan memakbulkan doa Jie. Sekiranya doa Jie tidak dimakbulkan , mungkin Allah ada rancangan lain yang lebih baik untuk Jie.

Hmm... sahabat-sahabat sekalian, doakan kejayaan Jie okay. Sesungguhnya doa kalian itu amatlah penting untuk kejayaan diri ini yang serba kekurangan ini...




Jom Teruskan Meneroka Blog Jie :-)

Friday 31 January 2014

Holla :)

Assalamualaikum…..
Siapa di sana? Saya disini.
Alhamdulillah. Dengan izin Allah, Jie dapat jugak online dan terus mengepos entry ini.
Rindu jugak bersekolah macam adik-adik dan kakak abang sekalian.
Masa sekolah dulu, selalu aja rasa mahu cutiiiiiii!
Tapi, bila rasa menganggur ni, barulah tahu kenapa ramai member-member cakap best lagi sekolah. Dapat study….



Jie bersyukur jugak la sebab, dalam kemengangguran ini, Jie dapat tolong ummi dan abah berniaga.
Berniaga biasa-biasa aja. Daripada mengorok memanjang dirumah, kang nanti memboyot lemak perut ni. Tak ke membuang masa lagi berdiet.
Hari tu, ada jugak member yang Tanya “ tiada post entry baru ka?”
Alhamdulillah, rupanya ada jugak yang sudi meluangkan masa untuk membaca isi blog ini.
InsyaAllah, ada ruang dan peluang, Jie akan mempergiatkan diri untuk mengisi ruangan blog ini.
Teruskan membaca ya!
Tapi minta maaflah kepada member-member  blogger yang menginvite Jie untuk join giveaway. Maaf sangat-sangat sebab kemungkinan besar jie tak dapat join disebabkan kesibukan yang Jie hadapi…..



SEJUK TAU SEKARANG NI….
Saya rasa bukan di Sabah saja yang terasa sejuk ni. Dengar-dengar di semenanjung pun lagilah sejuk. Sampai berasap-asap lagi konon. Betul ka tu?
Pagi-pagi, punyalah sejuk bukan main. Syukurlah jugak kan, sebab yang kita rasa bukannya panas , tapi sejuk. Jimat jugak elektrik. Tapi, ni la first time aku rasa teramatlah sejuk di waktu pagi.
Pernah jugak Jie test-test bernafas dalam-dalam masa pagi-pagi. Manalah tau berasap macam di Korea tuu. Hoho …. Tapi tidak jugak la menjadi.
Tapi menakutkan jugak. Sebab banyak benda-benda pelik yang berlaku. Bayangkanlah, macamana di Vietnam boleh ada salji, padahal tempat tu lebih kurang ja iklimnya dengan Malaysia. Pelik kan?
Mungkin Tuhan tengah memberikan peringatan kepada kita supaya sentiasa beringat sebelum kena.
Ingat. Ingat. Ingat.