Monday 26 May 2014

SPECIAL FOR HIDAYAT !

Special For You!


Credit : I luv islam. Com



Sanah Helwah Sahabatku Nur Hidayat Md.Zain. Aku bersyukur ditemukan dengan sahabat sepertimu.

Teman aku ketawa , sedih , dan gembira. *Ketawa tu gembira la bah tu kan. Hee
Semoga kamu sentiasa berada di bawah kasih sayangNya.
Sama-sama kita berusaha kearah kejayaan . Yeahhh. Uinaa semangat…
Mungkin ini jalan yang terbaik untuk kita.
InshaAllah, Allah pasti ada rancangan yang terbaik untuk kita .

Ingat Firman Allah ni, “ Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216) .

Apa pun, Jika ada kebingungan atau keresahan di hati, minta lah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya dia mengetahui akan segalanya.

Ada hikmah segala yang berlaku ini sahabatku .

JAWAPAN ISTIKHARAHKU

Assalamualaikum sahabat-sahabatku yang dicintaiNya… InsyaAllah..
Kesibukan menunggu result UPU telah berakhir. Pada mulanya aku pun menjadi salah seorang “Penunggu” kepada keputusan upu . Sememangnya bagi lepasan SPM.

Namun, beberapa hari sebelum result keluar, aku telah ditawarkan untuk ke Tingkatan 6. Oh Nooooo! Form 6. Pom sick . Wei .. Macam-macam. Astagfirullah Hal azim. Pandangan awal aku terhadap form 6 ni macam-macam. Namun, senior-seniorku yang berpengalaman memasuki tingkatan 6 ni memberiku semangat. Macam-macam semangat diberikan. Hati aku ada tertarik sedikit dengan form 6 masa diorang nasihatkan aku, tapi masih belum boleh mengalahkan perasaanku untuk memasuki university.

SO, CANNE? KO PERGI JUGA KE SEKOLAH TU?

Ya, atas alasan plan B pada asalnya. Sebelum keluarnya result upu. Manalah tahu takder tawaran. Itu pada asalnya.
Akan tetapi, sewaktu aku memasuki dewan tempat pendaftaran, hati aku berasa tenang melihat wajah dua orang guru yang aku sayangi. Wajah guru-guru yang menguruskan pendaftaran pelajar tingkatan 6. Ya Allah…. Ini satu rezeki. Tenang rasa masa tu. Dan aku rasa semua urusan dipermudahkan olehNya.
Perasaan aku memasuki sekolah tu bercampur baur. Kawan baru, persekitaran baru, peraturan baru dan kebanyakkannya baru. Mana tak nervous kan….

Tapi aku masih ingat. Aku ada berdoa sebelum melangkah ke sekolah itu , “Ya Allah, jika kau takdirkan aku untuk ke sekolah itu, kau permudahkanlah urusanku dan selesakanlah diriku disana”…. Dan Alhamdulillah apa yang aku doakan itu makbul.  Alhamdulillah. Benarlah…Apabila kita ingin membuat sesuatu keputusan, Istikharahlah dahulu. Ianya penting dan Rasulullah mengamalkannya. Aku berasa aku telah membuat satu keputusan yang sangat TEPAT tanpa ada keraguan apabila aku telah berasa selesa dan seronok disana pada hari kedua disana. Pada hari pertama tu, perasaan aku masih 80% untuk bersekolah disana. Tapi pada hari kedua, aku telah mulai jatuh cinta dengan suasana di sana.

Dan aku membuat keputusan untuk stay sahaja disana sehingga akhir tahun depan. InshaAllah.
Tidak juga ku lupa pesanan guru-guru disana. Mereka sangat baik dan mereka banyak memberiku semangat baru dan keazaman yang teguh. Mereka sangat berkeyakinan aku mampu Berjaya, kenapa tidak aku?
Senior aku disana pun baik-baik belaka. Banyak memberiku nasihat yang berguna. Memberikanku semangat.  Sangat lucu dan mudah dibawa berbincang. Dan aku tak kan pernah lupa pertanyaan kak azea masa hari first aku disana. “Kau jangan cakap ini pilihan terakhir kau .” ayat dia tu menakutkan. Macam mau makan orang. (T_T).  Just kidding kak zea…. Heee

Ada pelbagai pandangan mengenai form 6 ni bagi masyarakat Malaysia. Namun , pada pandangan saya, itu bergantung kepada diri kita sendiri. Nawaitu kita. Cara kita. Dimana-mana pun kita menuntut ilmu, jika kita ada KESUNGGUHAN dan KESABARAN yang tinggi, InshaAllah, segalanya akan mudah dan dipermudahkan olehNya. Tak ada tempat yang tiada cabaran.Semua benda di dunia ni pun banyak cabaran. Eloklah kita berhadapan dengan cabaran pada hari ini, agar cabaran hari esok dapat kita hadapi dengan ketenangan. Dan… Di dunia ini tiada yang mustahil. Keajaiban pasti berlaku bergantung kepada doa kita.




Syukur. Inilah Lafaz yang aku mampu ucapkan pada ketika ini.