Wednesday 30 May 2018

Tin Kosong


*Belek-belek nota*

“Ok rehat jap!”

Mata semakin kuyu. Walaupun Nina tidaklah se’struggle’ rakan-rakan lain, namun dia pun tidak pasti mengapa mudah sungguh matanya layu dan lesu.

Mungkin sebab ini bulan ramadhan?

Oh tidak. Bukan itu sebabnya.

Semester yang lepas, perkara sama juga terjadi. Mujurlah Allah pinjamkan rasa kesedaran yang tinggi pada ketika itu.

Namun semester ini, kesedaran itu semakin pudar.
Nina pun tidak pasti mengapa.
Dia berfikir sejenak.

“Apa ya aku perlu buat untuk pulihkan semangat aku? Teruk sangat dah ni. Diorang yang lain dah habis khatam semua bab. Aku ni hmmm”

Tanpa membuang masa, Nina mengambil kesempatan ini untuk melayari Internet. Dia membuka laman Google untuk mencari blog seseorang yang dia kagumi.

Tuan Hashim (Bukan nama sebenar).

Dia suka membuka blog ini untuk mengembalikan semangatnya jika mulai pudar. Dia sedar , semangat itu tidak akan terang dengan sendirinya jika dia tidak berusaha.

Jika doa sahaja tanpa usaha, benar ianya hanya sia-sia.

Maka dia harus berusaha walau dengan cara apa sekalipun. Walau hanya dengan membaca blog-blog motivasi seperti ini. Dia akan cuba.

Nina tertarik dengan satu post beliau pada tahun 2015. Post tentang mengapa kita perlu menuntut ilmu. Antara intipati blog yang menyentuh hati Nina ,

“.......Siapa suruh kalian hafal sahaja ilmu-ilmu tersebut? Gunakanlah akal kurniaan Allah itu untuk melihat kebesaran Allah dengan ilmu yang kalian pelajari. Buka mata seluas-luasnya.”-Tuan Hashim-


Benar.
Nina akui.
Dulu sewaktu di sekolah menengah, dia juga pernah berfikir sedemikian. Apa gunanya belajar semua ini jika sewaktu kerja nanti tidak diaplikasi pun?
Penat sahaja belajar bersengkang mata. Mempelajari formula yang banyak dan benda ni tiada kaitan pun!

Akan tetapi Nina lupa satu perkara ,
“.....subjek-subjek bukan diwujudkan untuk dinilai secara literal. Bukan semuanya boleh dinilai dengan tajuk. Tetapi ia ada nilai tersirat, ia melatih kita menyelesaikan masalah, ia melatih kita menjadi matang dan berfikiran matang dalam menguruskan kehidupan, ia melatih kita sabar. Mengajar kita untuk hidup, bersaing, dan tidak menghakimi situasi dengan melulu. Dan yang paling penting, ia mengajar kita etika dan kesopanan dalam mengendalikan perbezaan pendapat.” –Tuan Hashim-

            “School doesn’t only test your intelligence. It tests your memory and willpower!”
                                                            -Tuan Hashim-

Setelah membaca, Nina termenung sendiri. Selama ni, dia kurang berasa enjoy dalam menuntut ilmu kerana cara dia melihat ilmu itu sendiri.

Dia tidak berfikir tentang hikmah di sebalik ilmu tu.

Dia hanya mengingat atau senang cerita menghafal ilmu-ilmu yang dia belajar di kelas. Tanpa melihat isi tersirat ilmu tersebut.

Rugi.
Sangatlah rugi.
Sedangkan dia ada cita-cita yang melangit tingginya.

Tapi jika ilmu itu kurang ataupun lesap begitu sahaja setelah menghadapi peperiksaan, bagaimana mahu mencapai apa yang dicitakan itu?

Cita-cita yang baik itu adalah sesuatu yang tertanam lama dan dalam perjalanan ke arahnya, perlu disertai dengan ilmu di dada.

Tidak ada gunanya kita sampai di suatu tahap namun tidak ada apa-apapun yang kita bawa.

Sekali lagi,
Rugi.
Tidak kisahlah setinggi mana impian itu,
Tidak salah bermimpi.
Tapi perlu seiring dengan ‘bekalan’ yang sepatutnya.

Nina sangat terasa dengan apa yang dipostkan oleh Tuan Hashim.
Ya. Apa yang dia katakan itu umpama panah yang menusuk kalbunya.
Dia seperti tidak sedar yang ilmunya masih cetek.
Bagaimana dia mahu berjuang untuk professionnya yang tidak dikenali itu jika dia sendiri kurang bersedia?

***************************************************************************
Jangan kata Tuhan tidak beri hidayah lagi.
Kadangkala kita yang sengaja menutup mata dan hati untuk tidak menerima hidayah itu masuk.

Menuntut ilmu dunia ini tidak salah, selagimana kita pandai menggunakannya.
Ilmu itu seperti senjata,
Digunakan di jalan kebaikan maka baiklah natijahnya.
Jika digunakan dengan sebaliknya,
Maka keburukanlah hasil yang kita terima.

Tidak akan pernah rugi orang yang menuntut ilmu.
Yang ruginya bila kita tidak tahu mengaplikasikannya.
Dibiarkan tersimpan rapi tanpa memanfaatkannya ke jalan yang diredhai.

Senang cerita, hidup ini kena bijak.
Apa yang kita pelajari tidak semestinya digunakan hari ini.
Perjalanan kita kan masih panjang.
Esok , lusa mungkin?
Siapa tahu kan?

Doakan Nina. Lusa dia start exam dah.









Sunday 27 May 2018

KETUKAN HATI

Assalamualaikum : )
Salam Ramadhan kareem semua.

Lama juga kita tidak bersua di alam maya ni. Dimana pun korang berada, aku doakan semuanya sihat-sihat belaka. 

Plus, time puasa ni lagi. Rezeki berlimpah ruah. Perut kosong hanya di siang hari, waktu lepas berbuka hanya Allah sahaja yang tahu kebesaran perut tu macamana haha.

Nina tidak lepaskan peluang berbuka bersama member-member di bulan ramadhan ni. Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada. Ramai yang mengambil peluang bersedekah. Duit pun dapat dijimatkan. Bolehlah simpan sebahagian tu di tabung untuk kegunaan masa depan.

Minggu lepas kan.

Nina dan kawan ambil lah makanan bersama-sama untuk berbuka. Makanan tu makanan yang free orang bagi sumbangan untuk student.So, Nina pun bersemangat nak ambil sebab yalah free kan.
Gigih beratur walau barisan tu panjang yang teramat. Sambil beratur tu sempat juga berdoa moga-moga cukup makanan tu sebab ramai sangat beratur.

Akhirnya....

*bunyi plastik*

"Terima kasih!"

"Ok jom balik!" 

Nina ajak kawan-kawan balik ke hostel dengan hati yang riang. Nina senyum sehingga menampakkan barisan gigi hadapannya. Happy sangat lah tu... err.

Masa berlalu dirasakan terlalu lama.

Nina melihat jam di telefon pintarnya. Rupanya dah nak Maghrib dah. 

“Okay dah tak lama lagi. Yess” .

Dan tidak lama kemudian, azan pun berkumandang dengan merdunya.

"Allahu Akbar Allahu Akbar..."

Tiba-tiba...

*mesej whatsapp masuk*

“Nina, boleh aku join kau berbuka ke?”

“Oh ingatkan tak jadi ko nak gi sini. Mehlah naik atas kat bilik aku ni. Kita buka sesama. Aku baru start nak makan jugak ni”

“Ok Nina. Jap”.

Dan Fiqah pun bergegas naik ke tingkat enam semata-mata mahu berbuka dengan Nina.

Beberapa minit kemudian, setelah menikmati makanan tersebut, Fiqah memandang Nina.

“Ko kenapa Fiqah?”

“Hmm. Kalau aku cakap ni, boleh kan?”

“Kau nak cakap apa ni? Jangan segan. Cakap je. Aku sudi mendengar”

“Aku kan... selalu je terfikir. Kalau aku tetiba mati macamana ye? Aku risau pula. Selalu ingat pasal mati ni”

Nina tekun mendengar luahan Fiqah. Lalu Nina menjawab..

“Baguslah kalau kau boleh berfikir macam tu. Sebab kita ni memang kena selalu ingat kematian. Janganlah risau. Itu perkara normal. Aku pun kadang-kadang berfikir juga pasal ni. Amalan aku tak cukup banyak lagi untuk aku bawa jumpa Tuhan nanti.” 

“..........”

“..........”

“Aku dah citer ke pasal member aku yang accident baru-baru ni? Yang accident naik motor tu?”

“Oh yang kau post kat dalam status kau tu eh?”

“Haah.”

“Kawan kau tu perempuan ke lelaki?”

“Lelaki. Hmm.. Kau tahu tak, masa pergi PBAKL haritu dia ada sempat whatsapp aku tau. Dia tanya pasal buku Fixi kat situ. Takde tanda pun dia nak pergi. Dia macam biasa je. Dan tu. Last kami borak sesame. Tapi dia kan, dulu .... hmm tak nak lah buka aib, orang dah pergi.”

“Mati tu bila-bila je kan Fiqah. Ada yang Tuhan dah bagi petunjuk dan ada juga yang tak sedar pun yang dia akan pergi. Selalunya, orang-orang yang beriman akan sedar akan tanda-tanda kematiannya.”

Mata Fiqah mulai kelihatan merah. Mungkin menahan sebak. Nina pun cuba menahan rasa sebak di dada. Turut bersimpati.

“Mudah-mudahan, kawan Fiqah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kadangkala, orang yang sering berbuat kejahatan sewaktu hidupnya, tidak semestinya akan menjadi seorang yang jahat selamanya. Mungkin sebelum mereka pergi meninggalkan dunia, mereka sempat bertaubat dengan taubat nasuha. Malah, mungkin mereka lebih baik daripada kita”.

“............”

Suasana menjadi sunyi buat seketika. Masing-masing berfikir dan muhasabah. Benar, mati itu pasti dan ajal itu boleh datang pada bila-bila masa.

Fiqah melihat jam tangannya.

“Nina, dah nak dekat waktu Isyak ni. Aku nak turun dulu. Ada pape bagitahu ye.”

“Okay Fiqah.”

Lalu Fiqah pun pergi meninggalkan Nina.

Nina berfikir sejenak. Fiqah seorang rakan yang kelihatan biasa-biasa sahaja. Namun, dia lebih baik kerana dalam masa berbuka puasa macam tu pun boleh teringat tentang kematian. Nina sendiri pun kadangkala alpa. Selalu leka dengan arus duniawi.

Benarlah.

Hidayah itu ada di mana-mana.

Dalam hidup kita ni, Allah sentiasa beri hidayah.

Cuma kita kadang-kadang tidak menyedarinya atau “pura-pura tidak perasan” hati kita diketuk oleh Ilahi.

Kita juga beranggapan mati itu lama lagi.

Sedangkan itulah yang paling DEKAT dengan kita.

“Baiknya Allah. Sungguh indah kasih sayangnya."

-Menina-
Gambar diambil time aku join satu bengkel.




x
x

Thursday 17 May 2018

Ramadhan Kareem!


Hai Guys!
Salam Ramadhan Kareem!

How’s your Ramadhan? Is it okay or sebaliknya. Aku harap puasa kita semua akan baik-baik sahaja. Oh I mean lancar dan tiada yang guna alternative plastic hitam haha.

Ok baiklah.
Bercakap pasal ramadhan ni kan, aku kadang boleh sebak tetiba tau. Tahu sebab apa? Time macam ni, aku akan teringat banyak benda. Terimbau kembali kenangan lama. Memori aku masa dulu-dulu. Arghh. Kadang air mata aku boleh jatuh bercucuran. Puasa ni banyak mengajar aku.
Tadi masa berbuka, aku buka ramai-ramai dan share makan dalam talam. You know, aku punya excited makan dalam talam tu hanya Allah yang tahu. Masuk pintu dewan (kami berbuka kat dewan) tadi aku senyum sendiri. Aku cuba kawal ke-excitedan aku tu haha. Segan juga aku tersengih soran tadi tapi aku cover-cover sikit haha. 

Aku paling suka sebenarnya makan berbuka guna talam ni. Nak tahu sebab apa?

Ni aku nak share ni. Even aku tak kenal pembaca dan pembaca blog aku ni pun tak kenal aku, tapi anggaplah aku ni ibarat kawan korang yang tengah bercerita ya. Sebab aku jenis suka express dan share apa yang aku rasa melalui penulisan. hehee. Korang layan jelah ye.

Sambung yang tadi.
Aku mula try makan guna talam ni sejak form 6. Kesian kan? Jujur aku cakap, family aku sendiri pun aku tak pernah nampak makan guna benda ni. Senang cerita , kami tidak dibudayakan dengan makan dalam talam ni. Mungkin kalian lebih baik. 

Masa zaman aku form 6 tu kan, kawan aku yang ajak sebenarnya. Diorang dah terbiasa benda-benda macam ni. Aku je baru mencuba. Masa aku mula-mula makan tu, rasa macam berkat sangat. Aku rasa happy dan bahagia. Aku pun susah nak describe macamana. Aku rasa seronok dan tak geli pun (iyalah , nak geli apanya kan?) .

Aku pun terfikir. Zaman aku sekolah menengah dulu, budak-budak lelaki je yang suka makan macam ni time berbuka. Budak-budak surau. Nampak lah mereka ni sangat mengikuti Sunnah Nabi. Aku tak rasa pun nak try masa tu. Rupanya bila aku dah try, memang seronok beb. Betullah kan, setiap sunnah nabi tu ada sebenarnya hikmah dan kebaikan besar yang kita dapat. 

Aku happy sangat.
Zaman universiti ni lagilah. Kita kan selalu makan sendiri-sendiri. Bila Ramadhan , ada peluang macamni , aku memang tak akan lepaskan. Jimat duit lagi. Ramai orang yang berpusu-pusu bersedekah di masjid. Bagi makanan free pula tu. Aku doakan mereka-mereka ini akan diberi kemudahan dalam setiap urusan. Memang ramadhan ni pahala berganda-ganda.

Ramadhan lepas, adalah beberapa kali aku berbuka puasa kat masjid. Situ pun lagilah seronok. Ramai giler weh orang berbuka kat situ. Orang luar U aku pun ramai. Nampak sangat kemeriahan berbuka tu. Tahun ni aku kira sepanjang bulan yang mulia ni aku nak berbuka di masjid atau surau je. Terubat juga sikit rindu aku nak balik berbuka di kampung : )

Aku doakan , puasa kita tahun ini lebih baik daripada sebelum-sebelum ini.
Mudah-mudahan segala amal kita diterima oleh Allah S.W.T.

Bye korang.
Tidur awal tau, esok bangun sahur!
Assalamualaikum :)


Ini gambar hiasan :) aku tak tahu nak simpan gambar apa haha




Wednesday 2 May 2018

Motivasi

Hai assalamualaikum.

Aku menulis lagi.
Tiba-tiba termotivasi untuk terus menulis tanpa henti. Aku tahu, dengan menulis kita akan ada satu perasaan lega yang teramat. Segala kekusutan di minda inshaaAllah akan berkurangan.
TAPI PENULISAN SANTAI LAH KALAU THESIS AND SO ON MEMANG KENA FIKIR BANYAK HAHA.

Dan aku rasa, penulisan ini satu terapi minda.

Aku juga seperti student yang lain, ada masa tu aku akan terlalu bahagia dan berseronok dengan dunia aku.
Tapi ada kalanya, aku menangis sendirian.
Aku risau juga la kalau-kalau ada mental disorder ke apa. Tapi alhamdulillah, aku tak sampai ke tahap tu. Aku rasa, dengan menangis akan ada satu perasaan lega. Macam kalau kita bertahajjud kan. Cuba menangis kerana Tuhan. Kau akan rasa satu perasaan tenang yang teramat. Itulah perlunya kita menangis.

Aku sekarang stay dalam bilik single. Sebab aku memilih bilik ni untuk aku bebas ekpresskan perasaan aku.

Aku bebas menangis.

Aku boleh beribadah dengan tenang.

Tapi aku tak galakkan korang buat macam ni juga, sebab banyak jugak disadvantage tinggal sensorang ni tau.

Bagi aku. Ini lebih baik.

Aku kena berhijrah dari takuk yang lama.

Aku kena mencari ruang perubahan.

Lalu aku pilih untuk bersendirian di sini.

Satu advantage juga untuk manusia ambivert untuk aku.
Ada masa aku akan bersosial seperti biasa.
Dan aku juga perlukan masa untuk "recharge" kekuatan aku yang hilang.

Jangan pula kau sentiasa berseorangan. Ada masa kau harus mencari teman. Tak baik selalu berseorangan.

Kalau aku.

Di waktu siang aku akan bersama mereka.
Di malam hari aku di sini.
Pastikan kau tidak lost contact dengan sesiapa.
Apa-apa berlaku mereka tahu.

Silap aku.
Aku mudah terasa dengan apa yang manusia katakan pada aku.
Kadang ada rasa kecewa dengan diri sendiri.
Aku sedar, sifat itu aku kena tepis awal-awal sebab kita semakin dewasa. Dalam langkah kita menuju ke hadapan, pelbagai jenis manusia akan kita jumpa.
Lalu , dengan ujian sedikit ini aku goyah?
Jadi bagaimana aku handle ujian lain yang lebih payah?
Dari situ, aku mula sematkan dalam hati.
Untuk apa biarkan hati sakit.
Untuk apa korbankan rasa gembira bersosial dengan rakan-rakan kerana satu masalah kecil?
Untuk apa aku bersedih untuk kesilapan orang lain?

Jadi kalian.
Mungkin mulut manusia yang berkata buruk terhadap kita tidak mampu kita tutup.
Akan tetapi kita boleh hentikan mulut mereka berbicara dengan menunjukkan kekuatan yang kita ada iaitu sabar.
Jika benar apa yang mereka katakan, kita ubah diri.
Jika sebaliknya, kita biarkan dan terus melangkah.
Doa jangan tinggalkan.
Allah angkat doa mereka yang dianiaya. Salah satu chance juga untuk kita kesyurga.

Kita jangan mengalah. Jangan juga menjadi ego.
Besederhanalah.

-Menina-