Friday 29 March 2013

Aku, Kau Dan Dia...dia...dia...

Assalamualaikum..

tadi aku dengan kengkawan Blogger merangkap kakak2 senior aku ada jenjalan di Pekan KB. haa.. ni dia kak Haryanie , kak vivi , kak Ela dan aku ..


semua kekenyangan sambil pegang key chain..

ni kak yanie yang belanja. makaseh kak yanie.. lebiu..





ni pulak time kami duduk2 sambil cerita masa depan... hala tuju pas SPM... aku ada juga dimotivasikan..sebab tahun ni kan aku bakal berperang habis habisan, so motivasi itu perlu.


gegula..  wawa belanja :)


apapun, happy la aku jumpa ngan diorang ne. banyak kami share2 cerita. tapi, sedih la juga x dapat jumpa dengan kak Azea dan Kak Aidah.. lain masa jumpa jugak bah tu kan??

dari kiri: kak yanie, kak vivi, kak ela n aku :)

P/s : ini hari kamu belanja. Lain hari, Ada rezeki, aku lagi yang belanja... ok?







Tuesday 26 March 2013

Peralihan Zaman :)


Assalamualaikum n hey!
Cuti kali ni, kerja aku menaip ja. Bosan.. belajar, haha … ada bah juga. Seryus! Risau giler jugak aku memikirkan SPM ni. Bukan apa, banyak saingan taw.. mau jadi guru pun, bukannya senang. Itu menandakan bahawa sekarang ni BAHAYA kalau tidak belajar secara Hard2 orang kata. Tapi, memandangkan kita ni tidak juga boleh over sangat study sampai buat kerja lain pun tak dapat, bagus jugak kan aku meluangkan masa yang sedikit untuk blog aku yang kiut miut ne kan?

J Sai, Back to the Topic …

ehem. ok.ok. kali ni kita bercerita sal topik Zaman peralihan.

J peralihan apa pulak saii??

Sabar bah .. (Keluar Bahasa sabahahanku).. kita mau mula sudah ni.
Dulu masa baby, kita tidak akan boleh terlepas dari benda ni. Mesti mau..




Haa… ada la tu yang tidak mau mengaku. Cee.. ngaku ja bah!


Ni pula zaman kita kecik2 @ kanak2. Ala.. yang orang kata zaman hingusan tuu.. hingus meleleh..kihkihkih…  gula-gula jadi tarikan utama.

Okay, ni pulak zaman remaja. Macam aku ni.. semua mau try. (hehe. Tpi aku try benda yang baik2 ja tau). tapi x semua la buat benda ni.
 




Haa. Ni zaman peralihan ke peringkat yang lebih dewasa.



Dah tua,





And then, barulah mula dekatkan diri dengan Tuhan. pergh!! Salah tu. Kita muda2 ni lah mesti sentiasa dekatkan diri dengan Tuhan supaya Iman dan Amal dapat kumpul bebanyak. Bukan sibuk melayan nafsu jak cik abang! (untuk aku jugak!)

Tu kalau panjang umur. Kalau pendek? Amacam? BAHAYA tuu…  sedangkan baby pown boleh meninggal . apatah lagi kita yang sudah tetua Bangka ni..

Tu la bah. Manusia. Sentiasa lupa. Termasuk saya sendiri. Selalu lupa, lupa, dan lupa. Itulah namanya insan. Tapi, kita yang sudah dikurniakan akal fikiran yang baik ni, mesti gunakan dengan sebaiknya.

p/s : ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON YANG TIDAK BERBUNGA. Maaf , bahasa kasar.



Monday 25 March 2013

Terimalah Takdir Seadanya :)

assalamualaikum.... zassss...

eh! tiba2 plak merepek bagi zass2 segala bagai. maaf, entry kali ni kurang menarik, tapi aku mau tulis juga. tak tau kenapa. mesti~mesti~mesti. ahaha macam upin ipin plak.

Apa jugak tu yang kau mau cakapkan ni?

okeh.okeh. sabar. niat aku menulis ni, untuk memberi sikit teguran la pada individu tertentu. tapi, jangan terasa hati ok,? aku kalau tegur direct, lagi bahaya. hehehe. so faham2 jelah . lebih baik cam gini kan,?

OK. MULAKAN SAI !    

Manusia ni, bukan hari2 happy ataupun sedih. macam-macam genre perasaan kita ni. semua pun tau kan?. tapi kekadang tuh, ada ,masanya sesetengah individu ni yang tidak dapat menerima takdir yang ditentukan kepadanya. terimalah takdir seadanya. kita ni manusia biasa. sentiasa diuji dan kita patut bersyukur tau sebab diuji oleh Allah.

tapi kenapa pulak kita patut bersyukur?


Gambar sekadar Hiasan


sebab, itu tandanya Allah @ Tuhan menyayangi kita. mungkin kita ni selalu lalai, leka. Dia ingin kita mengingatinya. itulah antara hikmah kenapa Allah menguji kita.

Contoh ujianNya apa pula?

macam kematian ka, kalah dalam  pertandingan , Gagal ujian dan bermacam2 lagi. banyak tuu kalau aku sebutkan disini. sendiri la ya pandai menilainya :)

Jadi, macamana la cara kita overcome stress masa hadapi ujian tuh?

Senang ja. tak payah keluar duit pon. free of charge. ni antara cara2 yang sering diajarkan kepada saya :)




  1. Turn to Allah. kita ingat Allah. Buatlah solat sunat taubat atau yang sewaktu dengannya. jangan lupa juga fullkan solat kita.
  2. Baca Quran. Aku pernah jugak sakit hati mau mampos dengan orang, tapi bila aku baca Quran, kurang sakit hati aku. InsyaAllah, 100 persen berkesan. Yakin okay! opps! lupa! zikir pun penting dalam mengatasi stress ni. 
  3. Jumpa konselor. bincang dengan konselor masalah yang kita hadapi. 
  4. Bersukan. dengan cara ni, sedikit sebanyak mampu mengurangkan stress kita. tak caye, cubalah!
  5. kalau kita bermasalah dengan orang, settlekan dengan baik. jan plak men settle cara kasar, BAHAYA tau. silap-silap haribulan boleh masuk lokap. kihkihkih.
  6. Berfikiran Positif. jangan dok fikir negatif ja . tu la pasal hati ni keras. 
  7. Senyumlah, pasti Dunia akan tersenyum padamu. haa! diingatkan! jangan senyum tak tentu pasal. nanti di hantar ke Tanjung Rambutan. hhehehe.


ehehem. tu lah tadi antara cara untuk overcome stress ni. aku ni tidak la pandai sangat bab2 hal psikologi ni, tapi aku minat. lagipun aku share la sedikit sebanyak ilmu yang aku ada. huhuhu.

P/s : aku pun selalu jugak stress ni. almaklum, manusia biasa.       

Sunday 24 March 2013

" Mini Giveaway Aisyah Humaira' "

Assalamualaikum :)

kontes lagi, kontes lagi... siapa yang berminat, boleh click gambar di bawah :)












Segala syarat2, boleh didapati di blog si penganjur sendiri. Ini merupakan kontes kedua yang dianjurkan oleh si penganjur :) . aku ni memang minat btul join2 kontes ni. ahahaha. but x prnah pun menang :)


P/s : ahaks. rezeki tu kan Allah yang tentukan. Usaha and Doa is important.

Saturday 23 March 2013

Giveaway By Santai Leeza



Assalamualaikum, sesiapa yang berminat join giveaway ne, just click gambar. mudah.cepat.selamat. tidak memerlukan sebarang kos pun. manatau, tetiba rezeki kan,?

Saya pun try jugak :)

p/s : maaf terlalu ringkas. tak da idea menaip :)

Ciri-Ciri Individu Pemalas !

Malas~malas~ dan malas . perkataan tu selalu bermain di fikiran kita, terutamanya diri saya sendiri. saya pun sebenarnya tak tahu, kenapa benda ni mesti ada dalam diri saya. tapi ingat!! bukan saya ja yang menghadapi sindrom ini. tapi, RAAAAMAAAI , am I right??

ok. maaf. 
ciri-ciri individu pemalas yang bakal saya tulis ni adalah berdasarkan pemerhatian saya. bagi sesiapa yang terasa hati, ambil ni sebagai iktibar, okey??

ini merupakan ciri-cirinya :

1. demi mengelakkan diri disuruh mencuci pinggan mangkuk setelah habis makan, dia sanggup makan setelah semua orang telah selesai makan dan mencuci pinggan.

gambar sekadar hiasan

2. cara berjalan yang mengheret kaki. cara orang yang rajin berjalan ni berbeza dengan cara orang pemalas.

3. selalu menangguhkan kerja. sepatutnya kerja yang diberi oleh guru siap hari ni, tapi ditangguhkan esok tanpa ada sebab yang munasabah.

4. suka ambil jalan mudah. selalunya, individu ni suka mengambil jalan mudah tanpa memikirkan kesannya dikemudian hari.

5. suka mengelak. individu pemalas akan sentiasa mengelakkan diri daripada melakukan sebarang kerja. tetapi, dia akan mahu bekerja sekiranya ada wang pulangan.

Ni semua merupakan ciri-ciri pemalas yang selalu ada dalam diri manusia. so, sama2 lah kita merajinkan diri ni. 

P/s : ada juga diantara semua ni yang aku pernah buat. hohoho


Friday 22 March 2013

Tahniah Student SPM!!

Assalamualaikum and Hi!!!


dua minggu di asrama, berperang dengan kertas exam, akhirnya kemenangan berpihak dengan saya.. (hahaha.. skema nampak).. first of all, saya ingin maw mengucapkan tahniah buat student SPM yang telah ambik result baru-baru ni... terutamanya pada plajar skolah saya, Shazrul Jamain, kak Haryanie Makli, Zulkhairul Saidi , Kak Siti Noraidah Madlan sebab dapat mencapai keputusan SPM yang memuaskan pada saya. opps! tidak lupa juga pada kak Farhana Masjidin sebab dapat result yang baik. pada yang lain, jangan putus asa. perjalanan hidup ni masih panjang. yang gagal tu, janganlah sedih sangat sampai rancang benda yang tak patut2.. astagfirullahalazim.. (mengada plak aq)... 

apapun, saya akan jadikan mereka2 ni sebagai role-model saya. sebab, this year, saya akan menduduki SPM yang sebenarnya agak menggerunkan saya. sebab benda ni berkaitan dengan masa depan.. whoaaaaa!!! Apapun, Doakan saya semoga cemerlang dalam SPM tahun ni. 

P/s : Maaf, entri ni membosankan. tapi apakan daya, itu yang termampu saya lakukan. hehehe

Saturday 2 March 2013

18 Hari tempoh Rundingan Filipina-Malaysia


Assalamualaikum 1 Malaysia… sekarang ni , isu Pencerobohan di Lahad Datu ni la yg paling femes diperkatakan oleh rakyat Malaysia… so, berdasarkan sumber2 yg dipercayai, ini merupakan Rentetan 18 Hari tempoh Rundingan Filipina-Malaysia :

12 FEBRUARI 2013
Sekumpulan penceroboh berpakaian seragam tentera mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

15 FEBRUARI 2013
Polis mengesahkan kumpulan “penceroboh” berkampung di sebuah surau dan proses rundingan dimulakanmeminta mereka pulang ke Negara asal.

17 FEBRUARI 2013
Buat dua tuntutan iaitu diiktiraf sebagai Askar Kesultanan Sulu dan keturunan Sulu di Sabah serta tidak dihantar pulang, namun ditolak.

24 FEBRUARI 2013
Tempoh rundingan dengan kumpulann itu dilanjutkan selepas permohonan Filipina.

26 FEBRUARI 2013
Polis menutup pintu rundingan

27 FEBRUARI 2013
"Kesultanan Sulu" mengeluarkan kenyataan bahawa anggotanya tidak akan meninggalkan Lahad Datu dan bersedia menghadapi sebarang tindakan Malaysia.

em.. ni la antara cerita tempoh rundingan tu menurut apa yg sy telah terbaca :)

P/S : Berdoalah kita untuk Tentera2 kita yang berada disana ya,