Friday 31 January 2014

Holla :)

Assalamualaikum…..
Siapa di sana? Saya disini.
Alhamdulillah. Dengan izin Allah, Jie dapat jugak online dan terus mengepos entry ini.
Rindu jugak bersekolah macam adik-adik dan kakak abang sekalian.
Masa sekolah dulu, selalu aja rasa mahu cutiiiiiii!
Tapi, bila rasa menganggur ni, barulah tahu kenapa ramai member-member cakap best lagi sekolah. Dapat study….



Jie bersyukur jugak la sebab, dalam kemengangguran ini, Jie dapat tolong ummi dan abah berniaga.
Berniaga biasa-biasa aja. Daripada mengorok memanjang dirumah, kang nanti memboyot lemak perut ni. Tak ke membuang masa lagi berdiet.
Hari tu, ada jugak member yang Tanya “ tiada post entry baru ka?”
Alhamdulillah, rupanya ada jugak yang sudi meluangkan masa untuk membaca isi blog ini.
InsyaAllah, ada ruang dan peluang, Jie akan mempergiatkan diri untuk mengisi ruangan blog ini.
Teruskan membaca ya!
Tapi minta maaflah kepada member-member  blogger yang menginvite Jie untuk join giveaway. Maaf sangat-sangat sebab kemungkinan besar jie tak dapat join disebabkan kesibukan yang Jie hadapi…..



SEJUK TAU SEKARANG NI….
Saya rasa bukan di Sabah saja yang terasa sejuk ni. Dengar-dengar di semenanjung pun lagilah sejuk. Sampai berasap-asap lagi konon. Betul ka tu?
Pagi-pagi, punyalah sejuk bukan main. Syukurlah jugak kan, sebab yang kita rasa bukannya panas , tapi sejuk. Jimat jugak elektrik. Tapi, ni la first time aku rasa teramatlah sejuk di waktu pagi.
Pernah jugak Jie test-test bernafas dalam-dalam masa pagi-pagi. Manalah tau berasap macam di Korea tuu. Hoho …. Tapi tidak jugak la menjadi.
Tapi menakutkan jugak. Sebab banyak benda-benda pelik yang berlaku. Bayangkanlah, macamana di Vietnam boleh ada salji, padahal tempat tu lebih kurang ja iklimnya dengan Malaysia. Pelik kan?
Mungkin Tuhan tengah memberikan peringatan kepada kita supaya sentiasa beringat sebelum kena.
Ingat. Ingat. Ingat.