Wednesday 30 May 2018

Tin Kosong


*Belek-belek nota*

“Ok rehat jap!”

Mata semakin kuyu. Walaupun Nina tidaklah se’struggle’ rakan-rakan lain, namun dia pun tidak pasti mengapa mudah sungguh matanya layu dan lesu.

Mungkin sebab ini bulan ramadhan?

Oh tidak. Bukan itu sebabnya.

Semester yang lepas, perkara sama juga terjadi. Mujurlah Allah pinjamkan rasa kesedaran yang tinggi pada ketika itu.

Namun semester ini, kesedaran itu semakin pudar.
Nina pun tidak pasti mengapa.
Dia berfikir sejenak.

“Apa ya aku perlu buat untuk pulihkan semangat aku? Teruk sangat dah ni. Diorang yang lain dah habis khatam semua bab. Aku ni hmmm”

Tanpa membuang masa, Nina mengambil kesempatan ini untuk melayari Internet. Dia membuka laman Google untuk mencari blog seseorang yang dia kagumi.

Tuan Hashim (Bukan nama sebenar).

Dia suka membuka blog ini untuk mengembalikan semangatnya jika mulai pudar. Dia sedar , semangat itu tidak akan terang dengan sendirinya jika dia tidak berusaha.

Jika doa sahaja tanpa usaha, benar ianya hanya sia-sia.

Maka dia harus berusaha walau dengan cara apa sekalipun. Walau hanya dengan membaca blog-blog motivasi seperti ini. Dia akan cuba.

Nina tertarik dengan satu post beliau pada tahun 2015. Post tentang mengapa kita perlu menuntut ilmu. Antara intipati blog yang menyentuh hati Nina ,

“.......Siapa suruh kalian hafal sahaja ilmu-ilmu tersebut? Gunakanlah akal kurniaan Allah itu untuk melihat kebesaran Allah dengan ilmu yang kalian pelajari. Buka mata seluas-luasnya.”-Tuan Hashim-


Benar.
Nina akui.
Dulu sewaktu di sekolah menengah, dia juga pernah berfikir sedemikian. Apa gunanya belajar semua ini jika sewaktu kerja nanti tidak diaplikasi pun?
Penat sahaja belajar bersengkang mata. Mempelajari formula yang banyak dan benda ni tiada kaitan pun!

Akan tetapi Nina lupa satu perkara ,
“.....subjek-subjek bukan diwujudkan untuk dinilai secara literal. Bukan semuanya boleh dinilai dengan tajuk. Tetapi ia ada nilai tersirat, ia melatih kita menyelesaikan masalah, ia melatih kita menjadi matang dan berfikiran matang dalam menguruskan kehidupan, ia melatih kita sabar. Mengajar kita untuk hidup, bersaing, dan tidak menghakimi situasi dengan melulu. Dan yang paling penting, ia mengajar kita etika dan kesopanan dalam mengendalikan perbezaan pendapat.” –Tuan Hashim-

            “School doesn’t only test your intelligence. It tests your memory and willpower!”
                                                            -Tuan Hashim-

Setelah membaca, Nina termenung sendiri. Selama ni, dia kurang berasa enjoy dalam menuntut ilmu kerana cara dia melihat ilmu itu sendiri.

Dia tidak berfikir tentang hikmah di sebalik ilmu tu.

Dia hanya mengingat atau senang cerita menghafal ilmu-ilmu yang dia belajar di kelas. Tanpa melihat isi tersirat ilmu tersebut.

Rugi.
Sangatlah rugi.
Sedangkan dia ada cita-cita yang melangit tingginya.

Tapi jika ilmu itu kurang ataupun lesap begitu sahaja setelah menghadapi peperiksaan, bagaimana mahu mencapai apa yang dicitakan itu?

Cita-cita yang baik itu adalah sesuatu yang tertanam lama dan dalam perjalanan ke arahnya, perlu disertai dengan ilmu di dada.

Tidak ada gunanya kita sampai di suatu tahap namun tidak ada apa-apapun yang kita bawa.

Sekali lagi,
Rugi.
Tidak kisahlah setinggi mana impian itu,
Tidak salah bermimpi.
Tapi perlu seiring dengan ‘bekalan’ yang sepatutnya.

Nina sangat terasa dengan apa yang dipostkan oleh Tuan Hashim.
Ya. Apa yang dia katakan itu umpama panah yang menusuk kalbunya.
Dia seperti tidak sedar yang ilmunya masih cetek.
Bagaimana dia mahu berjuang untuk professionnya yang tidak dikenali itu jika dia sendiri kurang bersedia?

***************************************************************************
Jangan kata Tuhan tidak beri hidayah lagi.
Kadangkala kita yang sengaja menutup mata dan hati untuk tidak menerima hidayah itu masuk.

Menuntut ilmu dunia ini tidak salah, selagimana kita pandai menggunakannya.
Ilmu itu seperti senjata,
Digunakan di jalan kebaikan maka baiklah natijahnya.
Jika digunakan dengan sebaliknya,
Maka keburukanlah hasil yang kita terima.

Tidak akan pernah rugi orang yang menuntut ilmu.
Yang ruginya bila kita tidak tahu mengaplikasikannya.
Dibiarkan tersimpan rapi tanpa memanfaatkannya ke jalan yang diredhai.

Senang cerita, hidup ini kena bijak.
Apa yang kita pelajari tidak semestinya digunakan hari ini.
Perjalanan kita kan masih panjang.
Esok , lusa mungkin?
Siapa tahu kan?

Doakan Nina. Lusa dia start exam dah.









No comments: