"Tretttt"
Telefon
pintar Vivo milik Nina berbunyi.
Tanda
ada pesanan whatsapp baru masuk.
"Nina,
berbuka puasa kat mana petang ni?" Malik, pak cik kepada Nina bertanya.
"Saya
berbuka kat kolej je ni pak cik harini". Jawab Nina.
"Jom
buka sesama petang ni. Mana cafe yang sedap nak makan?"
“Cafe mamak kat bawah tu okay sikit kot.”
“Okay, nanti orderkan pakcik tomyam ayam dengan telur dadar tau. Nanti Pak
Cik bayar. Order je dulu.”
“Okay beres”.
Nina melihat jam di telefonnya. Pukul 6 petang.
“Aku kena gerak awal sikit ni. Nanti orang ramai, tak sempat order.”
Nina pun menapak ke cafe mamak tu. Setibanya di sana, cashier
menunjukkan isyarat tangan seperti bentuk huruf T.
“Alaa. Ramai sangat yang order”.
Nina mengambil telefonnya dan cuba memaklumkan pakciknya berkaitan hal
tersebut.
“Pak cik. Tak sempat orderlah. Ramai sangat orang.”
“Tak apalah. Beli je apa-apa makanan yang ada kat area situ. Pak cik dah nak sampai
ni. Banyak kuih-muih dari bazaar pak cik beli ni.”
“...........”
Tidak lama kemudian, Malik pun sampai.
Dia melihat anak buahnya itu sudah menunggu di meja berdekatan dengan
parking motor sambil melihat skrin telefon bimbitnya.
Nina mendongak.
“Haa. Hai pak cik”.
Nina Nina. Sepatutnya bagi salam lah kan. Dia ni main sapa je terus.
“Hai.” Pak ciknya membalas dengan senyuman. Nina melihat tangan
pakciknya yang menjinjit plastik-plastik merah jambu yang berisi makanan.
“Dah lama tunggu ke Nina?”
“Tak adalah pak cik. Baru jugak ni.”
“So apa khabar Nina? Sihat ke?”
“Heee. Macam biasa lah pak cik. Sihat je ni. Pak cik pula macamana?”
Dah macam cliché sangat perbualan mereka pada ketika itu. Al-maklumlah.
Itu pertama kali mereka berjumpa face to face. Selama ni berjumpa di alam maya
je. Ada pernah juga beberapa kali berjumpa sewaktu kenduri di rumah. Itupun
jarang.
Maknanya bukan first time lah kan jumpa face to face? Haha.
Okay sambung.
“Macamana study? Okay ke?”
“Setakat ni okay je pak cik.”
“Ara di mana dah sekarang?”
“Ara masih menunggu panggilan Uni kat rumah. Dia dah cuba isi
macam-macam tapi mungkin belum rezeki kot.”
Malik tersenyum simpul.
“Aunty Idah pula dimana?”
“Masih juga di rumah.”
“ooo. Yang haritu kan, masa isi UPU, memang Nina isi kos ni ke? Atau macamana?”
“.............”
Nina terdiam seketika. Pertanyaan seperti ini pernah ditanya kepadanya
sewaktu mula-mula mendapat tawaran masuk uni beberapa tahun dahulu. Persoalan
yang kadangkala membuatkan air matanya jatuh.
Bukan sebab dia tidak mahu dan tidak bersyukur, namun ada dalam kalangan
ahli keluarganya yang tidak seberapa bersetuju dengan pilihannya itu. Walaupun
ibu bapanya memberikan kebebasan kepada dia untuk menentukan pilihannya
sendiri.
Nina berfikir. Apa jawapan terbaik untuk dia berikan kepada pak ciknya
itu.
“Hmm. Sebenarnya yang ni memang pilihan pertama Nina. Sebab result Nina
biasa-biasa je masa STPM tu so Nina pilih kos yang Nina rasa boleh angkat dan
sesuai dengan result Nina. Mungkin rezeki Nina dah kat sini. Ayah ada pesan
juga haritu, kalau Nina nak tukar kepada kos agama boleh je. Tapi kena tambah
satu sem lah.”
“Sayangnya...”
Perkataan tersebut seolah-olah panah yang menusuk kalbu Nina.
Seolah-olah satu kerugian besar untuk dirinya berpindah aliran.
Mahu sahaja pada ketika itu Nina katakan bahawa ini sudah takdir Allah
dan ceritakan segala hikmah yang Nina rasai memilih jalan ini.
Akan tetapi, Nampak macam Islamic sangat lah pula. Segan.
Biarlah hikmah tersebut Nina simpan sendiri. Nina akan share kepada
orang yang sepatutnya sahaja.
Terasa menyesal pula Nina menyebut tentang pesanan ayahnya tu.
Sepatutnya Nina tidak perlu ceritakan hal tersebut kepada pak ciknya. Nina tak
suka untuk menyesal dengan jalan yang Allah beri ini.
Inilah yang terbaik.
******************************************************************
Bertukar aliran daripada kos agama kepada kos aliran biasa bukanlah
suatu yang mudah bagi Nina.
Ramai yang hairan dengan keputusannya itu.
Nina bukannya mahu “lari” dari agama, cuma takdir sudah ditetapkan
sebegini. Nina terima.
Lagipun, minat Nina untuk mempelajari tentang manusia sangat menebal.
Nina berhadapan dengan kekeliruan juga sebenarnya.
Nina mahu mempelajari agama di samping mengkaji tentang manusia. Tapi
jarang Universiti yang menawarkan kos sedemikian, melainkan Nina ambil double
degree.
Rasa tak mampu. Nina tahu setakat mana kemampuan yang dia miliki.
Nina bercita-cita untuk menjadi professional muslim. Seorang muslim yang
berjaya dalam bidang professional namun masih kuat berpegang kepada agama.
Bermula pada tingkatan 1 sampailah ke Pra-Universiti, aliran yang
diambil Nina adalah aliran agama. 7 tahun tinggal di asrama dengan tarbiah
agama. Secara tiba-tiba memilih aliran yang jauh dari sangkaan?
Memang susah!
Nina tak kata aliran perdana atau aliran biasa tu teruk. Eh tidak
sekali-kali! Tapi ilmu yang dipelajari tu yang berbeza.
Terpilihnya Nina untuk menceburi kos ini adalah supaya Nina lebih
berfikiran luas, lebih cakna dengan isu semasa, isu melibatkan masyarakat.
Isu sosial dalam masyarakat.
Kos ini mendekatkan Nina dengan masyarakat sekeliling. Masyarakat yang
memerlukan tarbiah.
Masyarakat yang kurang bernasib baik.
Masyarakat yang perlu dipandu imannya ke jalan yang benar.
Nina bukanlah seorang gadis yang warak atau alim. Jauh sekali tu. Nina
ni biasa-biasa sahaja. Ilmu yang sedikit yang Nina pelajari dari sekolah,
itulah yang dia jadikan bekalan di sini.
Tidak cukup sebenarnya.
Tarbiah di sekolah itu akan terhenti sampai di sekolah sahaja jika kita
tidak cuba untuk mempertahankannya.
Cara pertahankannya? Teruskan belajar ilmu agama. Walau kos apapun kita.
Usah dilihat orang lain, Nina lihat dirinya sendiri.
Dulu setiap malam akan konsisten baca Al-Mulk. Tak putus-putus setiap
malam lepas belajar, Nina dan rakan-rakan satu sekolah akan pergi ke surau baca
bersama surah ni sebelum tidur.
Namun sekarang, Nina akui dia kurang istiqamah.
Dia sedar dia perlu kuat dan dia tidak akan kuat tanpa agama.
Agama itulah yang menetapkan hati dan menjadikan diri terus berada di
landasan yang benar.
Doakan Nina.
Dia ni masih perlu berjalan lebih jauh untuk merealisasikan mimpinya.
No comments:
Post a Comment