Saturday 23 March 2013

Ciri-Ciri Individu Pemalas !

Malas~malas~ dan malas . perkataan tu selalu bermain di fikiran kita, terutamanya diri saya sendiri. saya pun sebenarnya tak tahu, kenapa benda ni mesti ada dalam diri saya. tapi ingat!! bukan saya ja yang menghadapi sindrom ini. tapi, RAAAAMAAAI , am I right??

ok. maaf. 
ciri-ciri individu pemalas yang bakal saya tulis ni adalah berdasarkan pemerhatian saya. bagi sesiapa yang terasa hati, ambil ni sebagai iktibar, okey??

ini merupakan ciri-cirinya :

1. demi mengelakkan diri disuruh mencuci pinggan mangkuk setelah habis makan, dia sanggup makan setelah semua orang telah selesai makan dan mencuci pinggan.

gambar sekadar hiasan

2. cara berjalan yang mengheret kaki. cara orang yang rajin berjalan ni berbeza dengan cara orang pemalas.

3. selalu menangguhkan kerja. sepatutnya kerja yang diberi oleh guru siap hari ni, tapi ditangguhkan esok tanpa ada sebab yang munasabah.

4. suka ambil jalan mudah. selalunya, individu ni suka mengambil jalan mudah tanpa memikirkan kesannya dikemudian hari.

5. suka mengelak. individu pemalas akan sentiasa mengelakkan diri daripada melakukan sebarang kerja. tetapi, dia akan mahu bekerja sekiranya ada wang pulangan.

Ni semua merupakan ciri-ciri pemalas yang selalu ada dalam diri manusia. so, sama2 lah kita merajinkan diri ni. 

P/s : ada juga diantara semua ni yang aku pernah buat. hohoho


3 comments:

Unknown said...

alahai..malasnyeeee
follow sini..ke 9..jemput ke blog yumida

SAIDATUL NAZIAH said...

makaseh yumida :)
dah follow

UniMeOw said...

huhu ada ciri2 uni gak neyh..haippp

okey,,sy mau rajin! >_<