Wednesday 8 November 2017

Kisah Aku Fieldwork 1 #KPWKM

Actually this is not my first experience of doing field work. Ni yang kali ke berapa tah. Lupa aku. Ketiga ka keempat. Tapi yang lain-lain tu aku belum sempat tulis lagi. Tapi seriously, fieldwork yang lepas-lepas tu pun best dan aku dapat banyak pengalaman baru. Dapat tahu benda baru. Macam-macam lah.

Sebelum lupa.
Semenjak dua menjak mood menulis ni mula kembali, aku rasa macam best pula. Dan aku baru terfikir manfaatnya di masa hadapan nanti. Ceh. Manfaat lah sangat hahaha. Aku ni tak lah rajin mana nak cuci gambar kan or nak menulis diari. Memang aku jarang buat dan takkan konsisten buat punya! So dengan cara menulis di blog ni mungkin aku boleh share pendapat aku or apa-apa benda yang sesuai untuk aku share sini. Tips-tips ka. Which is my course ni banyak terdedah dengan segala bagai tips yang for me very interesting. *hah yang ni ada masa aku bagi lah. Based on my opinion juga dan tips diri sendiri.

Alright babe.
Berbalik kepada topic asal. Hari Selasa baru-baru ni aku dan member sekelas ada fieldwork a.k.a lawatan ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Persint 4, Putrajaya. Tujuan utama lawatan ni adalah untuk bagi kitorang pendedahan lah tentang dasar-dasar yang berada di bawah kementerian ini. Sebab as you know *ceh macam lah aku dah bagitahu sebelum ni* , aku punya kos ni banyak bermain dengan akta dan dasar, so kami kena betul-betul faham pasal ni. How to help people if you dont know the way to help them? kan. Jadi solusinya , we all have to get know about this la. : )

Kami bertolak lebih kurang pukul 12 tengah hari. Masa tu aku, Jiah dan Nory (classmates) sempat hadir ke kelas lagi kejap pastu escape. *eh taklaaa. Kami budak baik tau. Baik la sangat. Hahaha. Kami siap-siap bagitahu lecturer sebelum kelas bermula yang kami akan keluar dalam 11.25 macam tu. Niat awal memang keluar 11.25 tapi last-last pukul 12 jugak. Yelah, penceramah yang datang kelas masa tu agak best bagi talk. So kami rasa sayang sangat nak tinggalkan kelas. Tapi terpaksa juga lah keluar kan. Tsk tsk tsk.

Memandangkan tibanya kami di Putrajaya ngam-ngam azan berkumandang, so kami singgah solat dulu di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin a.k.a masjid besi. Sebelum tu, aku nak kreditkan gambar ni dengan dua orang classmate iaitu Ainur Aqid dan Nike Asniah atas gambar-gambar yang di hantar kepada aku dan ahli group.


Calon isteri mithali
Menepati konsep 1 Malaysia 
Pada asalnya aku fokus gila makan. Bila ada orang yang offer nak ambil gambar aku pon tukar mode.






Cantik pula gambar diorang ni.










 Sejurus sahaja kami selesai solat dan makan, maka misi seterusnya ialah lawatan. Kami dipecahkan kepada dua kumpulan. Tapi sebelum tu, kami dengar taklimat dulu daripada pihak kementerian.

Feel-feel tengah meeting
 Kami didedahkan dengan akta Kanak-kanak , akta Orang Papa, Orang Tua dan banyak lagi akta-akta yang berkaitan. Segala tindakan seorang pekerja sosial itu bergantung dengan akta ini. Tak boleh sembarangan nak bertindak tanpa merujuk kepada akta ini.













Kami juga telah ditawarkan untuk menjadi sukarelawan kebajikan masyarakat. Melalui platform ini, para sukarelawan bebas memilih untuk memberi bantuan kepada golongan-golongan seperti keluarga, orang tua, orang kurang berkemampuan dan sebagainya. Awak yang membaca ni pun boleh tau jadi sukarelawan. Bukan kami ja. Borang boleh didapatkan dalam website ini (Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat) ataupun jika ingin mendapatkan info terkini berkenaan aktiviti sukarelawan JKM ini bolehlah like FB Page Sukarelawan JKM ini.












Aku tiada dalam gambar sebab masa tu tengah lawatan lagi kat dalam.




Setelah selesai taklimat dan lawatan, maka kami pun pulang. Walau letih namun kami gembira. Banyak input-input baru yang dikongsi :) . Sekali lagi aku ucapkan ribuan terima kasih kepada fotographer, Ainur Aqid atas kesudian membawa DSLR bersama. Hehe. Juga tidak dilupakan kepada Nike Asniah kerana berjaya mengambil gambar dengan view yang cukup cantik.

In shaa Allah, jika diizinkanNya maka entry lain pula menyusul. 

Terima kasih daun keladi, kalau sudi jemputlah baca lagi! 

No comments: