Wednesday 1 November 2017

Himalaya Healthcare Malaysia Promotion Up to 70%!

Apa?
Produk Himalaya tengah ada sale sekarang ni puan-puan.
Bukan hanya 50% , tapi promosi diorang buat ni sampai ke 70% uolls!
Tak excited gitu?

Tapi, promosi ni hanya valid di area Bangsar sahaja. Sedih juga lah sebab tak berkesempatan pergi. Tsk tsk. *menangis di tepi bucu katil sendirian.

Baik. Ini gambar-gambar yang aku boleh share dengan korang. Dan gambar ini dikreditkan kepada pemilik asal, Facebook Page Himalaya Healthcare Malaysia.




Actually, aku suggestkan benda ni sebab aku merupakan consumer produk ni. Serius best! Kulit aku kan jenis oily+sensitive. So nak cari produk yang betul-betul sesuai tu agak susah lah. Alhamdulillah, setakat ni kulit semakin stabil. Jerawat yang keluar pun malu-malu walaupun ada yang tetap nak keluar juga. Haha. Nakal.

Antara produk yang aku tengah consume sekarang yang ni.

Himalaya Purifying Neem Face Wash (Credit to Himalaya Herbals.com)



Dan moisturizer aku pilih yang ada mengandungi lidah buaya a.k.a aloe vera. Tapi serius yang ni aku jarang pakai sebab aku ni agak pelupa bab-bab melembabkan muka ni. Padahal benda ni juga penting untuk memastikan muka sentiasa lembab dan jerawat tak nak tumbuh lagi.

Moisturizer (Credit to Himalaya.com)

Dan tidak dilupakan Syampu Anti Hair Fall (Credit to Himalaya.com)

Dan sebab ni lah aku excited gila bila dengar ada promosi. Sebab aku sendiri pengguna tegar produk ni. Sedih juga rasa sebab tak sempat ke sana. 

So, pada korang yang berada di Bangsar atau kawasan-kawasan sekitarnya. Boleh lah cepat-cepat serbu sebab tempat promosi ni pun strategik. Kat stesen LRT Bangsar. Harga pun betul-betul dah runtuh ni. Wow!

Anda masih ada dua hari sahaja lagi untuk membeli dengan harga promosi. Lepas tu dah pergi ke harga asal. 

Promosi valid sehingga 3 November 2017 bermula jam 9 am-7pm sahaja. Jom datang ramai-ramai !

Tumpang excited je kali ni. Tsk tsk.

P/s : If korang tetiba nak search pasal produk-produk himalaya ni, ni ha kat bawah ni aku bagi terus link-link yang berkaitan. Moga membantu anda !



Facebook Page Himalaya Healthcare Malaysia

No comments: