Saturday 4 November 2017

HIKING MOMENT : A Trip to Pulau Batu Putih!

Assalamualaikum guys!
Sabtu yang indah. Hujan turun di awal pagi. Senyap dan sepi bangunan flatlet ni.
Aku sebenarnya dah berazam baru-baru ni kononnya nak update blog ni setiap hari. Tapi see. Hahaha. Azam aku tak berapa nak menjadi lagi. Tapi tak apalah kan. Sekurang-kurangnya ada lah juga post aku dalam dua tiga hari ni.

Baikk. Kali ni aku nak cerita pasal program hiking yang aku dah join a few weeks ago. This programme was fully handled by ISIUKM. So, memandangkan aku jenis yang sangat sukakan hiking ni, cepat-cepat register setelah mendapat tahu ada kelab yang buat program macam ni. Excited gila actually! Sebab aku selalu nampak member-member dan budak-budak group hiking tu cakap pasal Bukit Batu Putih ni. Lagipun tempat ni bukannya jauh sangat pun dari Uni aku ni. Boleh kira dekat juga lah.

Kami bertolak dari masjid Uni seawal pukul 3 pagi. Aku tidur-tidur ayam je masa tu. Ambil wudhu siap-siap sebab kami terus solat subuh dekat tepi pantai. Disebabkan ada wudhu, aku tak tidur sangat dalam bas, takut pula batal tanpa sedar haha.

Lepas solat, kami kumpul depan hotel yang terletak di bawah bukit tu.

Aku terpaksa pakai flash sebab terlalu gelap. Unfortunately, begini hasilnya

Gelap gelita



Hari sudah cerah

Trek untuk ke puncak Bukit Batu Putih tidak lah mencabar mana. Tapi kalau jenis yang semput boleh semput juga. Aku dah lama tak joging, cuma memandangkan aktiviti aku setiap petang naik turun tangga setiap blok so masalah semput tu kurang sikit. Kebetulan, sem ni bilik atas sekali. Hah amek kau! Haha

Ustazah-ustazah :)

Segan actually bila hiking dengan diorang semua ni. Semua baik-baik. Diorang siap jaga aku sebab aku ketinggalan di belakang. Almaklumlah. Aku ambik-ambik gambar and last-last aku tertinggal kat belakang sekali. So, ada kakak tu temankan aku. Baiknya. Terharu ;)





sikit lagi.
Chakkk!

Gadis-gadis tengah struggle mendaki

Dan akhirnya !


Dua insan yang berbeza. Misi yang sama.



Letih dalam gembira :)

Korang nak tahu tak apa sebab aku sangat suka hiking ni? View dia. Subhanallah sangat cantik! Aku sangat-sangat lah teruja dengan perkara-perkara macam ni. Jiwa tenang dan akan rasa satu kepuasan yang luar biasa bila kau dah sampai puncak! Dalam proses kau nak mendaki tu, motivasi kena kuat! Sentiasa remind diri untuk sampai ke puncak walau apa cara sekalipun. Benda ni boleh sebenarnya kita aplikasikan dalam hidup ni. "Jangan berhenti selagi tak habis".

Ketua pasukan kata kami diberi masa setengah jam je untuk berada di atas bukit. Sebab ruang atas ni agak sempit dan terhad. Orang lain ramai yang berpusu-pusu nak naik. So nak tak nak kena turun juga hahaha.

Aku tak sempat menjelajah kat atas tu ada apa.

Apa yang menariknya dalam program yang aku join kali ni, selain daripada dapat meningkatkan kesihatan diri (seyh ayat poyo yakmat) , aku dapat mendengar tazkirah daripada exco ISI ni. Tazkirah untuk mengingatkan kami tentang tujuan sebenar hidup. Sangat bagus!

Saudara Daniel
Tak ingat nama dia siapa. Maaf hehe
Ramai juga kami ni sebenarnya
Dalam perjalanan turun.
Adik ni bagus sangat dibawa travel. Sporting dan pandai ambik gambar haha
Kedudukan Bukit Batu Putih.
Yang ni pun perlu dibawa time hiking

Setelah selesai aktiviti di puncak bukit, so kami beramai-ramai turun ke bawah. Aktiviti bebas di tepi pantai nan indah sambil-sambil menikmati tiupan angin yang sangat nyaman.








View from pantai

Tiba-tiba rasa bagai menginterview orang HAHA
Lepas habis aktiviti di Pantai ni, kami bergerak pula ke Pantai Teluk Kemang. Misi mencari makanan. Malangnya time ni, bateri kamera habis dan ofkos la I sedih gila. Sikit je gambar dapat diambil.






Ambil gambar jelah ye

Alhamdulillah! Setelah makan-makan kat tepi pantai ni. Kami pun beransur pulang dengan hati yang riang gembira hoorayy! Program macam ni sangat berbaloi untuk kita join sebab banyak perkara yang boleh kita dapat. Kawan baru , ilmu baru dan semestinya semangat yang baru. Walaupun penatnya Allah je yang tahu, tapi kepuasan yang akan kau rasa! sukar diungkap dengan kata-kata.

Banyak pula ye gambar kali ni. Saja ja untuk tatapan anak-anak nanti hahaha.




No comments: