Monday 11 May 2020

HELLO 2020! #salamPKP

Assalamualaikum dan salam PKP gais!

Sungguh lama aku tidak lepak di sini. Kalian di sana sihat ke tidak tu? Dengar-dengar ramai yang dah gemoks. Yeke? Ehek. Jangan marah aku. Gurau je.

Sehingga hari ini, hampir dua bulan kita berPKP dan Malaysia ni adalah antara negara yang mendapat pujian rakyat luar negara atas kepantasan bertindak menangani pandemik ini. Seriously geng, aku rasa macam mimpi je sekarang ni. Sebab selama aku hidup, tak pernah sesekali aku sesantai ini duduk rumah tanpa bekerja atau study. Sebagai seorang introvert, pada mulanya aku memang happy la. Tapi sebagai manusia biasa , ada masanya aku akan bosan dengan keadaan sebegini.

Tapi , sebenarnya ramai lagi yang nak stay duduk diam macam aku ni bersama family dekat rumah terutama para frontliners kita yang bertungkus-lumus membanting tulang untuk bersama-sama menangani wabak ini. Kita ni masih oleh borak-borak dengan family dan makan sama-sama. Tu yang aku terfikir bilamana aku mulai bosan keadaan sebegini. Semuanya tentang syukur.

Aku setakat PKP ni tiap hari akan mengulangi rutin yang sama. Ada juga perkara yang best. Contohnya aku dapat improve skil memasak aku. Aku try bermacam-macam resepi dan bagi family aku makan. Kadang ada yang betul sebijik menjadi dan tidak kurang juga yang tidak menjadi. Hahaha. 

Seronok juga.

Masa PKP ni lah kita rapatkan bonding bersama keluarga. Mana yang jarang balik kampung tu, inilah masa kita nak berkasih-sayang dengan family. Kita tak tahu bila lagi masa kita yang ada untuk mereka. Aku perasan juga, bila sudah bekerja ni masa kita banyak diluangkan bersama kerja. Lagi-lagi kalau kita ditakdirkan untuk tinggal jauh dari family tercinta.

Bila aku start mengeluh bosan,
Aku akan ingat benda-benda ni semua. 
Zaman dewasa ni tidaklah seseronok kita pada zaman kanak-kanak. Boleh ke sana ke mari bermain tanpa rasa jemu. Stress pun kurang. Kawan ramai. Haha. Eh apa lah aku ni. Keluar topik.

Aku pun hairan juga.
Kenapalah masa awal-awal PKP tu aku tak start balik blogging. Aku macam dah lupa tentang blog ni (sori blogku). Aku busy dengan hal lain. Terus rasa menyesal sedikit sebab masa aku yang terbuang boleh tahan banyak kot. Tapi takpelah geng. Ini pun bersyukur dah ni. Terbuka hati untuk menulis lagi buat kesekian kali.

Last aku menulis tahun lepas. 
Masa tu aku masih bergelar student lagi dan pada ketika itu aku tengah busy dengan tesis dan persiapan untuk join program luar negara. Banyak sebenarnya yang aku nak cerita di sini. Selama beberapa bulan aku meninggalkan alam universiti, banyak moment indah dan tak seberapa nak indah aku lalui. Tapi aku bahagi-bahagikan dekat post yang lain ya? nanti korang pening pula membaca.

Okaylah geng. 
Memandangkan sekarang ni bulan Ramadhan, aku nak ucapkan Salam Ramadhan buat korang juga. Kita menyambut ramadhan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. 
Moment ini juga bakal kau ceritakan dekat anak cucu nanti. "Opah dulu pernah tau tak keluar rumah berbulan-bulan..." the rest korang tambah lah sendiri ayat tu hahaha.

Jangan buat onar. Bagi kerjasama terbaik. Jauhi kenakalan ya gais.

Itu sahaja untuk kali ini. Nanti aku cerita benda lain pula ya. 



No comments: