Assalamualaikum pembaca budiman dan rupawan… tautau jer aku
kan.
Lama sungguh tak mengupdate blog ni. Busy sangat dengan
mr.SPM yang berkunjung kat aku minggu depan. Fuh!! Seram ow, penentu masa depan
tuh.
Risau jugak ni. Tapi, insyaAllah. Aku akan buat yang terbaek
punya.
Kelmarin, aku dengan member form 5 semua baru je graduasi. Walaupun
kami belum habiszz or tamat spm ni. Merasa jugak bah kan pakai baju jubah tu.
ohohoho..
Macam sekejap ja masa berlalu pergi. Dulu terasa
sangat-sangat lah ingin meninggalkan sekolah. Tapi, time-time di penghujung persekolahan
ni, macam berat ja hati meninggalkan sekolah. Ya Allah… hebat betul penangan
sekolah tu. banyak sangat kenangan , dugaan , cabaran yang aku tempuhi di
sekolah tu. nak cerita kat sini pun, terlampau banyak. Takut ada yang menangis
nanti… lols.. merepek aku ni..
Guru-guru di sekolah pun banyak membantu memotivasikan aku
yang sering gagal ni. Tapi, aku tidaklah merasakan diri aku ni terlampau teruk
sehinggakan aku tension mau terjun bangunan. Opps! Takkan. Kegagalan ni ujian
untuk aku. Ujian.. memang ujian!
Kawan-kawan pun beberapa bulan ja lagi mau jumpa. Opps! Bukan
bulan tapi minggu. Sedih oww.. wkwkwkwk.. nak nangis pun , tak mengubah
apa-apa. Apa yang mampu dilakukan hanya berdoa untuk kejayaan bersama. Betul
tak?
Seperkara yang merisaukan aku ialah apabila aku meninggalkan
sekolah dalam keadaan yang kurang baik. Maksudnya disini ialah aku tidak
menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang pengawas dengan baik. Yer laa…
maybe bagi orang lain tu Cuma sebuah jawatan, tapi bagi aku Amanah tu sangat
penting untuk ditunaikan. Aku ni pun bukanlah seorang yang sangat amanah dengan
tugas. Tu yang aku risau tu. Macamana nanti ya di akhirat. Kita semua
dihimpunkan dan Allah pasti akan bertanya tentang Amanah.. sudahkah kita
jalankan amanah kita sebagai seorang manusia, anak , pelajar, pengawas dll
dengan sebaiknya???benda ni semua kita sering ambil remeh ja…
SPM.SPM. semoga dipermudahkan jalanku untuk menjawab soalan
SPM nanti. Semoga Allah melindungi ku sebelum , ketika dan selepas spm ni. Semoga
aku dipermudahkan untuk menerima tawaran ke university impianku agar aku dapat
menimba ilmu pengetahuan dengan lebih banyak lagi. Amin… InsyaAllah….
Readers semua! Doakan aku ya, walaupun korang tak kenal siapakah
aku ini sebenarnya. Kerena doamu begitu berharga (lol..iklan syampu puloook).
Aku dah semakin dewasa sekarang… pasti banyak ujian yang
bakal mendatang… kena kuat!
2 comments:
tahniah dear.. :)
tahniah dear.. :)
Post a Comment