Sunday 7 July 2013

Don't Judge the Book By it's Cover!

Hi People!

Buah pun sama :)

u Know apa yang saya maksudkan?
 Kadang-kadang, kita nampak seseorang minah tu tak bertudung. And kepala terus judge, "eh, mesti dia tak solat ni kan. Aku lagi baik". perggh! Buang parit fikiran macam tu.


Actually, I have a true story to share dengan korang. Perkara ni berlaku pada tahun 2011. Masa tu I dan Nadiah , best pren aku pergi pekan buat kerja kursus. Haha. Student form 3 sekolah aku masa tu, kebanyakkannya refer dengan pak cik Google@Internet je. Dengan keskemaan aku dan nadia, kami buat dengan bersungguh-sungguh! seh.. aku tak kata pula yang kengkawan lain tu buat sempoi je. tak gitu. Sory okay. nanti tak pasal-pasal blog aku di Block!

Sambung Cerita,
Kami survey la mak cik-mak cik yang ada kat pasar tani tu. Tanya diorang pasal kerja kursus kami . Dan tiba-tiba azan berkumandang. So, kami terus la ke Masjid Besar Kota Belud. Usai solat, aku terlihat jemaah wanita dalam lingkungan umur 20-an disebelah aku. Aku senyum la dengan dia and time dia buka telekung, dia buka terus dan tak pakai sebarang tutup kepala. And rambutnya berdye. ouh! firasat aku masa tu menyatakan yang rambutnya tu berinai, bukan berdye. so , sah la kan solatnya. But, the most important is , she unwear hijab. and act like the social girl (alamak! rojak abess BI aku. x pa , aku belajar). Masa tu, aku terfikir satu benda, "kakak ni, walaupun dia tak pakai tudung, tapi tetap juga jaga solat. Yang minah-minah lain tu, tudung pakai tapi solat. entahlah"..  DAN AKU MULA BERFIKIR, Don't judge the book by it's cover.

STOP! CERITA BELUM HABIS.
aku dengan nadia, teruskan juga pencarian maklumat kami. Alhamdulillah, banyak juga maklumat yang kami dapat. Habis satu kota belud kami round. Hebat!

DIPENDEKKAN CERITA,
dalam tak sedar , rupanya hari dah nak petang. So, Azan Asar pula kedengaran. Kami pun pergi ke tempat solat yang sama, sebab kata nadia, abangnya ambik dia kat depan masjid tu. em, terusla kan solat sana. Setibanya kami disana, masyaAllah! terjumpa lagi dengan kakak tu. Lagi awal dia solat dari kami. Siap baca yaasin lagi tu lepas solat. Hebat! aku dengan nadia agak terkejut+tak menyangka juga akan jumpa kakak tu sekali lagi. Memang benarlah apa yang selalu kita dengar, hidayah ALLAH tu ada dimana-mana. Dan kita tak boleh pandang serong dengan insan-insan sebegini sebab kengkadang mereka ni lebih baik dari kita. Ingat tuu~ Don't Judge the book by it's Cover!

- Besok Balik Asrama!!!



3 comments:

Kancil 8349 said...

sentiasa bersangka baik agar hati kita tidak dicemari oleh noda dosa...

Salam perkenalan daripada Kancil

Amirul Penulis Novel said...

Saya pon ada member yang macam ni jugak. Tp dalam hati baik. Mungkin lambat laun akan terbuka hatinya untuk berhijab.

SAIDATUL NAZIAH said...

Kancil : ya betul. brsangka baik tu perlu. Salam kenal jugak :)

Amirul : InsyaAllah :)