REVIEW : ICED LATTE BY KENANGAN COFFEE
Yup. Tanpa kopi siapalah aku.
Macam tiba-tiba tapi aku nak kongsi review ikhlas dari hati Iced Latte dari Kenangan Coffee.
Aku kan bab kopi aku agak selek sikit apatah lagi kalau kopi tu agak mahal (aku rasa bukan aku seorang yang macam ni). Bagi aku juga untuk secawan kopi, RM10 ke atas tu dikira mahal lah tu cuma kalau sedap memang berbaloi.
Kalau tidak, sedihlah kan tapi jarang juga aku rasa kopi ni tak sedap. Dia jadi tak sedap kalau terlalu manis atau aroma kopi tu tak wangi kopi yang normal kita minum.
Aku sanggup buat review ni sebab kopi dari Kenangan ni sedap. Serius. Untuk Iced Latte dia lagi sedap dari Zus Coffee punya.
Tapi aku boleh kata rasa dia agak berbeza sedikit dari yang Zus punya. Baiklah. Ayuh kita mulakan review!
1. PACKAGING
Aku kan beli guna GrabFood kan jadi akan ada packaging sebegini. Tak tumpah, tapi kurang selamat berbanding packaging Zus. Kalau Zus diorng akan tambah pelapik di bahagian bawah cup air tapi Kenangan punya ni tak ada.
Tak jadi masalah besar juga selagi mana cup air ni kena balut atau seal dengan kemas. Air tak tumpah, kertas tempat letak air ini pun tak basah.
![]() |
Cantik juga packaging Kenangan ni kan? |
![]() |
Packaging air ni sama dengan Zus. Sangat selamat setakat ni |
2. Rasa
Sedap sebab rasa dia lagi pekat dan tidak terlalu 'light'. Aku tersilap minta tambah 'sugar syrup' dan benda ni menyebabkan kopi aku agak manis. Aku cadangkan lain kali boleh order kurang manis baru syahdu rasanya.
Bab harga aku tak dapat nak bandingkan sebab aku tak pernah beli secara 'walk-in' ke Kenangan Coffee ni jadi tak tahu harga sebenar kopi dia macam mana.
Aku beli dekat apps, sudah tentu akan berbeza banyak dari sudut harga.
Cawangan pula aku tak pasti kalau dia ada buka di tempat/negeri lain. Mungkin kawasan semenanjung ni hampir semua ada agaknya. Kalian boleh Google untuk cawangan ini ya!
Comments