Peace be upon you!
Bismillah,
Hi everyone, this is me again.
Tepat satu September 2024. Kita buka tirai blog ini semula.
Rindu untuk menulis dalam blog, dalam masa yang sama rasa banyak sangat benda dalam kepala maka wujudlah blog ini (sebenarnya ni macam rebranding sahaja).
Blog inilah dulu tempatku mencurahkan banyak perkara dan banyak berkaitan dengan pendidikan. Nak kata ilmiah sangat tidaklah, tapi kita sangat teruja untuk belajar maka itulah ditulis di sini.
Kejap. Nak minta izin untuk guna 'aku' boleh? Sebenarnya 'saya' lebih sopan. Kalau ada mak cik atau pakcik yang terbaca blog ini, maaf sangat ya.
Anda yang membaca ini pun anggaplah aku ni sebagai rakan yang berkongsi sesuatu di sini. Aku juga masih belajar, banyak hal kena tingkatkan lagi.
Satu lagi nak kata, nanti aku nak jadikan tempat ni sebagai tempat aku kongsikan banyak benda dan aku pun tak nak terlalu formal sangat. Apa yang baik di sini ambillah yang tak baik janganlah kalian contohi.
Baiklah itu sahaja untuk permulaan. Selamat datang ya semuanya!
Comments