Sunday 15 October 2017

Realiti Alam Universiti #4 (Schedule Arrangement )

Hai Uolls!
Tengah buat apa tu?

Harini , mood menulis blog menerjah ke dalam jiwa! and UNPLANNED sebenarnya bahahaha. Benarlah kata mereka, kalau ko plan nak travel kadang benda tu susah nak jadi. And same goes with writing on blog. Ko dah siap-siap rancang kononya nak tulis itu ini, and last-last ko rasa malas. Haa. Sepatah hare pun tak dak apa-apa yang ditulis.

So kita sembang santai je pasal ni okay :) .

# CITRA


Sis nak cerita pasal schedule kelas di universiti sis sendiri. Of course babe, setiap Uni ada jadual yang berbeza. Kalau UKM, kami kena pilih subjek sendiri melainkan subjek-subjek yang wajib. Subjek tambahan itu pula dinamakan sebagai subjek CITRA.

Subjek Sis untuk semester ni. Jadual yang santai tapi berhadapan dengan hectic situation selalu. HAHA

Korang nampak tak yang taraf kursus kat atas tu? Yang kod C1-C6 tu itulah citra. Manakala CW ialah citra wajib universiti. Semua student tak kira fakulti mana sekalipun wajib untuk mengambil subjek ini which is Hubungan Etnik. Btw seronok tau belajar pasal etnik ni : ) .

Bercakap mengenai subjek citra, kami bebas untuk memilih subjek yang kami sukai dan teringin nak belajar. Namun percayalah, ramai juga yang "terpaksa" mengambil subjek-subjek tertentu demi memastikan jam kredit mencukupi. Haha. Kepada anda yang merancang untuk masuk ke UKM pada tahun depan, bolehlah belek-belek e-book CITRA yang direka khas ni sebagai rujukan.

E-book Panduan PraSiswazah untuk Kursus CITRA (terbaru 2017/2018) Tekan


Setakat pengetahuan sis, CITRA ni hanya diperkenalkan di Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja dan mungkin di Uni lain terdapat nama lain. Sis pun tak pasti sebenarnya. Banyak subjek yang berdimensi berbeza diperkenalkan termasuklah yang berkaitan dengan :

  • Citra 1: Etika, Kekeluargaan dan Ketamadunan
  • Citra 2: Bahasa, Komunikasi & Literasi
  • Citra 3: Penaakulan, Kualitatif&Kuantitatif
  • Citra 4: Kepimpinan, Keusahawanan&Inovasi
  • Citra 5: Sains, Teknologi&Kelestarian
  • Citra 6: Kekeluargaan, Kesihatan&Gaya Hidup
Sis tak nak sembang secara detail mengenai CITRA ni sebab setiap tahun terdapat beberapa perubahan demi perubahan yang dibuat. Oleh itu, sis tak nak menimbulkan kekeliruan pembaca, so sis akan bagitahu yang penting-penting sahaja. 

Setiap dimensi citra di atas (Citra 1-5) mempunyai jumlah jam-jam kredit tertentu yang perlu dipenuhi oleh pelajar. Maka, pelajar perlu MEMASTIKAN semua jam kredit bagi setiap dimensi tersebut dipenuhi. UKM telah menetapkan syarat sebanyak 120 jam kredit yang perlu dilengkapkan oleh pelajar untuk melayakkan mereka konvo. Namun, citra hanyalah sebahagian daripada jumlah tersebut. Selebihnya adalah untuk subjek free-flow (yang ni apabila pelajar sudah berjaya melengkapkan jumlah kredit citra yang diperlukan), Kemahiran Insaniah (yang ni sis pun belum lengkap lagi) dan semestinya subjek wajib. Terdapat jumlah kredit tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak universiti dalam setiap subjek tersebut untuk dipenuhi dalam tempoh kita menuntut di sini.

Akan tetapi, untuk pelajar pascasiswazah , mereka tidak perlu mengambil Citra. Hanya pelajar prasiswazah sahaja yang diwajibkan untuk mengambil kursus ini. Kursus ini juga bukan sahaja ditawarkan dalam fakulti sahaja, namun terdapat juga kolej yang menawarkan kursus-kursus citra yang lain.

Actually, citra ni bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta soft-skill pelajar. Banyak citra-citra yang diperkenalkan, hanya terpulang dari pelajar itu sendiri yang memilih mana satu yang dia nak sertai. Sis cadangkan, lebih baik korang cari kursus citra yang memberi nilai tambah dan meningkatkan kemahiran korang dalam bidang yang diceburi. Kita bebas sebenarnya untuk belajar apa-apa ilmu sekalipun, namun untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang tersebut, kita perlu untuk belajar secara berfokus. Cara yang terbaik ialah dengan menyeimbangkan kursus yang kita ambil.

Baiksss. Sampai di sini saja celoteh sis. Terima kasih sudi membaca. Sis berpesan kepada adik-adik dan anda yang bakal memasuki UKM agar tidak mengamalkan sikap "memborong" subjek kerana amalan ini amatlah memberi bebanan kepada student lain yang bersungguh untuk mencari subjek. Lagipun, anda juga yang akan menyesal di kemudian hari dek kerana timbunan assignment yang banyak dengan subjek yang banyak tersebut. Jika tidak berminat subjek tu, terus drop dan bagi peluang orang lain untuk ambil. Jangan drop last-last minute. Kesian dowh kawan-kawan lain : ) .

Sis juga berharap agar sistem SMP mengehadkan jumlah citra yang boleh didaftarkan oleh setiap pelajar agar tidak berlaku lagi pemborongan subjek secara berleluasa. Dan sebelum sis lupa. Jangan drop subjek wajib ye adik-adik. Melainkan ada sebab musabab tertentu yang memaksa anda drop subjek tersebut. Susah juga nanti di belakang hari. Bak kata para ustaz, "Dahulukan yang lebih afdhal." Sekianss dari sis yang jarang-jarang mengupdate blog ini. Lain masa jika diizinkan, sis akan cuba share perkara-perkara yang lain pula ye :) .

Thanks uolls yang membaca entry ini! Semoga bermanfaat !

p/s: Sis cuba share beberapa link penting yang mungkin berguna untuk anda.

No comments: