Thursday 4 May 2017

Realiti Kehidupan Di Alam Universiti

Serius sangat tajuk.
Tapi memang aku nak share lah perkara ni dengan korang terutamanya adik-adik yang tengah menunggu result UPU yang bakal mereka terima. Aku cerita ni sebab ramai juga yang keep asking me about this. So, ini pemerhatian aku disepanjang hampir setahun juga berada di universiti ini.

Ok mari mulakan.

Aku nak cerita pasal,

1. Solat.

Kita tahu bahawa solat itu tiang agama. Sesiapa yang memperbaiki solat itu sebenarnya sedang memperbaiki kehidupannya. Di universiti, persekitaran di sini sangatlah bebas. Tak ada yang peduli kita dah solat ke belum. Semuanya sendiri-sendiri. Sebab itulah adik-adik yang berpeluang masuk asrama, kalian bersyukurlah sebab peraturan asrama sangat strict bab solat ni. Jadi, apabila kita sudah terbiasa solat 5 waktu tanpa tertinggal, maka apabila masuk U nanti kita tak lah juga culas nak solat. Sebab kita dah terbiasa.

Jangan tak percaya, ada juga yang dulunya masa sekolah rajin solat semua tapi setelah menginjak ke universiti tak solat. Tak mustahil ada.

Jadi adik-adik dan aku lah sekali, dekat universiti ni, kita yang kena bertegas dengan diri sendiri. Ada kadang-kadang tu, kita akan terlampau sibuk dengan assignment sampai kita lupa banyak perkara. Jadi, sebelum mula buat apa-apa pekerjaan, kita set niat dulu berhenti kalau azan berkumandang atau sebelumnya. Set dalam fikiran yang kita mahu solat awal. Awal solat tinggi khusyuknya dan keberkatannya. Secara automatiknya, apabila kita sudah set niat,kita akan rasa betapa pentingnya solat. Bukan saja-saja tu, ada hikmah dan sebab. Berkawan juga dengan mereka yang sangat tegas bab solat. Waktu Subuh set alarm kuat-kuat kalau tidak pun minta lah tolong dengan roomate untuk kejutkan.  Minta mereka tegur kalau kita malas. Kan sweet gitu. Frienship goal la katakan.

2. Kawan

Di sini, pelbagai ragam manusia kita akan jumpa. Ada yang terlampau baik, baik dan sebaliknya. Jadi, berhati-hatilah memilih kawan. Memilih kawan ini bukan semudah memilih baju di shopping mall. Tengok, berkenan terus beli. Bukan begitu. Kita sebenarnya bebas untuk berkawan dan bersahabat dengan sesiapa sahaja yang kita selesa. Namun, kita juga perlu faham bahawa bersahabat dengan seseorang itu akan memberi impak yang besar dalam diri. Kalau kita bersahabat dengan mereka yang baik akhlaknya maka kita pun serba sedikit akan terpengaruh dengan kebaikan yang ada pada sahabat itu. Tapi, sekiranya kita bersahabat dengan orang yang sebaliknya , maka kita juga akan terkena tempiasnya. Ada pepatah ke apa yang menyatakan bahawa "jika kamu ingin melihat bagaimana seseorang itu, lihatlah sahabatnya".

Yang tikam belakang pun ada.
Tapi, aku pesan jangan tikam balik tau. Tak baik. Nasihat aku, cuba kalau dia kawan kau. Cakap baik-baik sebab apa dia buat macam tu ataupun lagi baik abaikan jelah. Sebab kita masing-masing menguruskan diri sendiri dekat U ni. Habis cerita.

For me,perkara yang paling best dekat universiti ni jika kita terjumpa kawan yang sama minat dengan kita. Contoh , food hunting. Sanggup pergi merata tempat cari makanan yang sedap-sedap demi menghilangkan stress. Itu baru salah satu. Ada juga yang kaki hiking. Kalau kaki shopping kena hati-hati juga. Nanti belum habis sem sudah ikat perut ketat-ketat. Kena pandai-pandailah memilih kawan yang boleh dibuat kawan okayy :)

3. Majlis Ilmu

Universiti sememangnya banyak diadakan majlis-majlis ilmu. Tinggal kau je nak pergi yang mana. Macam universiti tempat aku study ni, memang banyak. Kadang-kadang tu, program yang best-best diadakan serentak! Semua aku nak pergi tapi hidup ni kan tak boleh nak tamak, so aku pilihlah yang terbaik. Haha.

Kena hati-hati juga. Sebab, ada majlis ilmu yang ada agenda lain. *Setakat ni aku tak pernah jumpa dalam U aku. Uni lain ada. Jadi nak tak nak kena ambil pengajaran jugak kan. Aku cadangkan adik-adik semua, carilah majlis ilmu yang diiktiraf oleh pihak jabatan Agama. Kalau program kat masjid tu confirm lah kan. Aku kalau nak selamat, memang akan pergi program yang aku jelas dan tahu siapa penganjurnya. So, lagi yakin kalau macam tu.

Inilah masanya untuk kita perdalamkan ilmu. Lepas ni belum tentu lagi. Lagi-lagi bila sudah berkeluarga. Susah beb! Menimba ilmu agama ni bukan sehari dua je, tapi ambil masa jugak. Suatu hari nanti kita akan berkeluarga dan pastinya ada anak-anak, ilmu inilah yang akan kita aplikasikan :)

4. Kuliah

Masalah yang aku tengok kan, bagi student U ni ialah ketepatan masa atau lebih dikenali sebagai punctuality. Aku pun bukannya tepat sangat , tapi aku sarankan adik-adik semua biasakanlah dari sekarang untuk bangun awal. Walaupun anda semua berpengalaman duduk asrama , percayalah. Dekat U ni, potensi untuk bangun lewat itu tinggi! Satu , mungkin lepas Subuh tu ada yang tidur kembali. Dua, budak-budak U ni kerjanya tidur lewat sampai ke 3 atau 4 pagi. Ada yang siapkan assignment, main game dan layan movie. Walaupun budak U ni dikira sebagai insan-insan terpilih, namun bab enjoy tu memang dioranglah yang win. Hmm. Jangan kecam aku pula, ini REALITI. Aku pun budak U jugak, so aku tahulaa.

Subuh terlajak.
Subuh gajah.
Last-last, pergi kelas setengah jam lewat dan ada juga yang setengah jam sebelum habis baru sampai kelas. Ini juga realiti. Aku saja nak bagitahu supaya kalian tak jadi macam ni. Adab berguru kena jaga, supaya ilmu senang nak lekat.
Inilah yang sering berlaku dengan pelajar U.
Tapi, kalau anda bijak menguruskan masa, perkara-perkara ni boleh jer dielakkan. Tak salah nak enjoy sekali-sekala. Enjoy tu pun kena berpada-pada juga.

Eh. Macam lebih kepada masalah pula yang aku dok share ni.

Kita cerita pula pasal keadaan dalam bilik kuliah. Dalam filem selalu tayang bilik kuliah yang macam dewan tu kan... Hakikatnya , kalau dekat U aku, jarang sekali ada kuliah dalam dewan tu. Selalunya dalam kelas dan sememangnya padat. 70++ lebih orang dalam satu kelas. Bayangkan. Paling kesian orang yang datang lambat. Masa awal-awal sem haritu aku pon sama. Opps! Yang ni aku bukan saja-saja nak lambat, tapi terlambat. Aku datang masa tepat-tepat kelas tu bermula. Contoh jam 8.30 a.m. kelas, aku naik bas 8.25. Mestilah akan lambat dalam 5-10 minit kan. Tapi memandangkan keseronokan belajar tu kurang apabila aku terlewat sedikit masuk ke kelas, maka aku mengambil keputusan untuk datang setengah jam awal. Baru minda segar dan bersemangat! Tambahan pula, aku tak perlu nak angkat-angkat kerusi lagi dari kelas lain. Hehe. Ini cerita uni aku lah. Tak pasti U orang lain.

5. Assignment

Last semester aku taklah banyak sangat assignment jika dibandingkan dengan sem ni. Sem ni pulak situasinya, hari ini assignment subjek lain siap esok datang lagi assignment lain. Hah! Amek kau . Haha. Kalau bertangguh-tangguh memang akan stress gilak. Trust me. Aku dah merasainya. Biasalah, due date setiap assigment tu akan berbeza-beza dan kebanyakkannya perlu dihantar pada minggu ke 11, 12 ataupun minggu sebelum study week. Dan tugasan tu diberi masa awal-awal sem haritu. Haa, apalagi. Memang procrastinate la jawabnya, tapi diri jugak yang sengsara. Stress jangan cakaplah.
kesedaran telah datang sejak akhir-akhir ini dan merancang tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Hikhik.

Doakan aku tau supaya menjadi rajin serajin-rajinnya kerana itu sifat mulia.

6. Aktiviti/penglibatan

Haaa. Dekat U ni, sangat banyak persatuan dan kelab-kelab sama ada di bawah fakulti ataupun kolej. Tinggal awak pilih mana yang awak suka. Tapiii, saya cadangkan anda semua memilih kelab yang berkaitan dengan kos masing-masing, sebab pengalaman yang anda dapat melalui aktiviti yang dianjurkan itu sangat-sangatlah penting apabila anda berhadapan dengan interview kelak. Boleh aje kalau nak join kelab lain, tapi make sure lah dahulukan yang utama dulu. Contoh kos anda ialah kos yang berkaitan dengan Social Work (Kerja Sosial). Maka banyakkan join aktiviti berkaitan dengan kesukarelawanan agar anda lebih faham tentang fokus anda di masa depan. *ececeh aku pandai je suggest padahal aku sendiri masih culas. Kohkoh.

Aku pun sekarang baru berjinak-jinak nak aktif. Yalah kan , sem 1 aku masih blur-blur mengenai hala tuju kerjaya aku ni. Sem 2 ni adalah aktiviti sikit yang aku join. Sebelum aku lupa, nak pesan juga agar berpada-pada dalam join apa-apa aktiviti. Jangan sampai ponteng kelas beberapa kali. Sekali sekala tak hadir (dengan surat pelepasan) tu tak mengapa. Kalau dekat U aku ni, tiga kali tak hadir boleh kena banned dari ambil exam tau. Sangat BERBAHAYA!

So, tak yah lah nak ponteng-ponteng sangat. Walaupun tak suka dengan subjek tu atau lecturernya, datang jer kelas. Ambil berkat. Cuba untuk mencintai subjek tu. Memang akan ada jer subjek yang kurang menarik perhatian korang, tapi cuba dan cuba untuk minat. In shaa Allah, aku yakin mesti berjaya punya. Aku dah try sem lepas. Ada satu subjek susah beb. Serius. Bahasa-bahasa IT ni aku bukanlah faham sangat. Dahlah budak-budak dalam kelas tu speaking pun macam air mengalir je. Lagilah aku segan wei. Tapi , lecturer yang ajar tu pandai mendekati pelajar. Dan di samping kami study pasal ilmu-ilmu dunia ni, beliau sempat juga memberi nasihat kepada kami semua. Alhamdulillah.

7. Roomate

Yang ni sikit lagi aku terlupa nak share. Dekat U ni, untuk sem yang pertama , sememangnya kita takkan boleh memilih roomate sesuka hati. Pihak U akan bagi sesuka hati diorang jer. Macam aku, alhamdulillah. Dapat roomate sekelas dan kebanyakkan subjek kami pun sama. So, banyaklah kebaikannya. Kami boleh jadi satu group , senang nak buat discussion cuma bab study aku lebih prefer dengan cara aku sendiri sebab lain orang kan lain style studynya.

Tapi bukan semua orang bernasib baik.
Macam lumrah dunia ini lah. Bukan semua orang menjadi kaya. Tetap ada yang miskin dan susah walaupun ramai yang sudah menjadi jutawan.

Sebelum aku datang ke U aku ni last year, mak cik aku sempat bagi tips agar dipermudahkan urusan. Aku rasa korang pun memang dah biasa dengar kot. Mak cik aku pesan dengan aku supaya berdoa agar dipermudahkan urusan dan berdoalah dengan doa-doa yang lebih spesifik. Contohnya, minta dengan Allah agar dipertemukan dan ditakdirkan untuk mendapat roomate yang baik dan solehah. Walaupun kita nampak perkara ini seperti benda yang kecik, namun sebenarnya mendapat roomate yang sekepala dengan kita adalah sesuatu yang "heaven". Ada jer yang stress dengan roomate, mungkin itu ujian mereka sebab mereka kuat dalam menghadapi situasi tersebut. Jadi, pada adik-adik yang sedang menunggu result UPU , berdoalah dari sekarang sepertimana anda berdoa untuk mendapat jodoh yang baik.

8. Survival Skill

Penting untuk kalian tahu bahawa di Universiti terlalu banyak program yang kita kena bayar apabila join. Belum cerita lagi mengenai baju-baju yang perlu dibeli sempena satu-satu program. Namun, kalau anda pemegang biasiswa yang menawarkan elaun yang lumayan seperti BKNS (untuk budak-budak Sabah) , JPA dan banyak lagi biasiswa yang lain, duit mungkin bukanlah menjadi masalah yang besar. Namun bagi pemegang pinjaman seperti PTPTN dan sebagainya, memang duitlah antara masalah utama.

Kalian kena menjadi manusia yang kreatif sewaktu di Universiti. Buat part time ke, jual dadih or sandwich ker. Usahakanlah untuk menambahkan pendapatan. Kena bijak juga dalam berbelanja. Tentukan RM berapa yang perlu anda belanjakan dalam seminggu. So kalian boleh menganggar wang yang anda perlu laburkan setiap minggu.

Jangan terpengaruh dengan orang-orang yang suka shopping barang-barang yang kurang penting! Mungkin dia ramai yang sponsor, kita? Bak kata orang, jangan samakan diri kita dengan orang lain. BERWASPADALAH !

Aku rasa beberapa tips ini jer kot untuk malam ini. Apapun , perkara terpenting yang perlu kita ingat ialah pengurusan masa. Memang sangat-sangatlah penting bagi seorang mahasiswa. Isu ini selalu dibangkitkan dalam forum. Kegagalan kita mengatur masa akan menyebabkan banyak keburukan. Aku pun pernah mengalami jadi aku fahamlah perasaan apabila kita gagal mengatur masa dengan baik. Kerja yang boleh siap dalam masa sehari jadi seminggu. Hati-hatilah ye.

In shaa Allah, tak ada aral melintang aku akan share perkara-perkara lain tentang alam universiti ini. Seronok sebenarnya alam U ni sebab banyak perkara baru yang kita pelajari. Baiklah, mata sudah menjadi kuyu . Aku chaw dulu.

Assalamualaikum.

3 comments:

Unknown said...

awak duduk di universiti mana ehh ? Syarat ii kemasukkan ??? Cerita secara detail. Tq😆

MPU24011 PERMAINAN TRADISIONAL KUMPULAN 4 said...

thanks share :)

BiEn said...

It's normal Masa Mula ii masuk Tak pandai speaking sgt