Friday 15 February 2019

Goodbye 2018!

Oh yeah. Goodbye jugak untuk semester 5.

Dalam aku tak sedar, sem ni dah masuk sem 6 which is sem TERAKHIR aku kat Uni sebelum intern. Tidak dinafikan aku still rasa ilmu aku tak cukup untuk keluar ke medan pekerjaan kelak. OMG! Serius ni weh! Aku macam alaaaa alaaa alaaa dah nak habis????!

Tapi yelah. Setiap yang bermula itu pasti akan berakhir. Cuma antara dua je,

Berjaya ataupun sebaliknya!

Sekarang ni, aku dalam fasa nak siapkan tesis aku yang alhamdulillah separuh jalan dah siap (bab 1-3) and next week adalah fasa untuk aku cari responden yang bertuah gahahahah *ketawa sejahatnya*. Jujur aku cakap beb, dunia penulisan ilmiah ni bukanlah semudah yang aku sangka. Sebab tu lah, kes plagiat ni sangat-sangatlah (bagi aku) tidak bermoral sama sekali sebab kau  meniru hasil susah payah penat lelah orang yang betul-betul hasilkan penulisan tu.

Tak sempat makan.
Tak sempat tidur.
Tak sempat BERCINTA! HAHAHA. Lol. Gurau je .

Tapi banyak kot pengorbanan orang yang siapkan penulisan ilmiah tu. Sebabtu lah aku sangat berterima kasih dengan pencipta teknologi mahupun apps yang telah mencipta alat untuk mengesan plagiat dalam penulisan ni sebab alat ni sangat membantu. So aku nak pesan dengan diri aku dan korang lah supaya tak sesekali mencuba untuk menjadi 'penjenayah akademik' ni.

Kalau bercakap soal keberkatan lagi panjang artikel ni tapi korang pun dah besar kan, dah boleh fikir serasional yang mungkin. Hiks!

Sepanjang 2018 , alhamdulillah sekali lagi sebab aku rasa happy sangat! Permulaan tahun yang mengembirakan dan walaupun penutup tahun tersebut ada sedih sikit (tapi hikmah kesedihan aku tu besar) tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah kasi aku rasa pelbagai pengalaman which is aku tak boleh beli kat mana-mana pun. Aku as manusia yang biasa-biasa ni dengan amalan yang biasa-biasa ni pun Allah dah kasi macam-macam! Kadang pernah je aku rasa jealous dengan nikmat orang lain tapi bila fikir balik aku akan teringat pesan Allah dalam Surah Ar-Rahman yang mana ayat tersebut banyak kali diulang dalam surah tu.




Ayat ini buat aku muhasabah semula. Banyak Tuhan berikan aku rezeki tapi aku masih juga melihat rezeki yang Allah beri dengan orang lain. Padahal Allah beri apa yang kita perlu, bukan semata-mata apa yang kita mahu.

Fikirkan.

Ada orang yang nak sangat kahwin, tapi pada masa yang sama dia tidak mempunyai kemampuan pun untuk berkahwin lagi. Tak kisahlah kemampuan dari sudut apapun. 

Daripada dia menzalimi orang yang bakal dikahwininya itu, so Allah takdirkan yang dia tak kahwin-kahwin lagi namun dia semakin berjaya dalam perniagaannya.

Lambat laun, jodohnya datang jua. Apabila dia sudah stabil dari segi kewangan dan fikirannya semakin matang dan mampu mengemudi bahtera perkahwinan.

So kalau jodoh tak berkunjung jua macamana pula?

Mungkin. Dengan rezeki yang berlimpah ruah itu serta kemampuannya itu, Tuhan beri agar dia dapat membantu orang lain yang dalam kesusahan dan bukankah itu juga membahagiakan?

Daripada hidup dengan orang yang salah dan MENYESAL seumur hidup. 

Lebih kurang macam tu lah analoginya. Banyak lagi sebenarnya situasi yang kita boleh jadikan contoh dalam hidup ni. 

Tips : Kalau nak muhasabah, kita renung kembali perkara-perkara yang Allah 'tarik' dalam hidup kita. Think rationally why it was happened and the 'hikmah' from that. So inshaaAllah rasa syukur itu akan mulai terbit dalam hati.

Ok jap. Aku nak tido jap sebab lepas ni nak food hunting kat kolej lain. Tutup plak cafe ni. Yelah aku perform sangat balik awal ke kolej hahaha.

Assalamualaikum : )



No comments: