Saturday 10 March 2018

POSITIVE VIBES!

Hai.
Rupanya aku update lagi blog harini. Tetiba rajin pulak. Selama ni, waktu-waktu macam ni kerja aku memang scrolling FB, IG atau chat dengan member. Tapi lama-lama aku rasa macam bosan juga. Sebab hari-hari nampak isu panas dan isu tu kadang macam sebarkan negative vibes. Dengan baca komen-komen netizen lagi. Allahu! So menyesal juga aku baca haha. Siapa suruh juga kan, padan muka!

Ada masa , aku lost. Hilang semangat. Macam rasa diri ni tak ada hala tuju hidup. Entahlah. Mahu cakap tidak solat, tidak juga. Baca Quran juga ada walaupun kadang-kadang ada masa lalai. Cuma itulah, aku tiada semangat. Study apatah lagi. Benda macam ni selalu jadi time-time awal sem. Kita tidak melupakan Tuhan tapi mungkin aura negativiti yang menjadi penyebab benda ni semua. Mungkin juga sebab kurangnya menangis kerana Allah. Mungkin. Siapa tahu kan?

So aku kadang ada luah dengan member yang aku percaya dan kadang-kadang mereka pun menghadapi situasi yang sama. Kalau dilayan mungkin boleh jadi depresi. Nauzubillah, moga jauhlah. Tidak adalah sampai teruk sangat cuma perasaan "tidak bersemangat" tu jak yang menganggu. Kan kita perlukan semangat untuk buat something?

Cara aku. Luah dengan Tuhan. Luah dengan member. Buat something yang boleh kembalikan semangat kita. Contohnya, aku suka main bowling. So aku akan ajak member lain yang free untuk main sama dengan aku. Serius weh! aku rasa lega dan happy! Walaupun keluar duit sikit tapi berbaloi ah. Baling-baling bowling tu. Tu aku lah. Korang mungkin suka main game? So boleh main puas-puas. Jangan sampai lalai sudah lah haha.

Ada lagi satu. Aku rasa cara ni juga berkesan. Kita kena cari orang-orang (tak kisahlah selebriti ka , Ustaz Ustazah atau sesiapapun? ) yang boleh bagi positive vibes dengan kita. Kalau aku , aku suka Prof. Muhaya. Siapa tidak kenal kan dengan beliau? Seorang pakar mata dan juga pakar motivasi. Sifat beliau dan cara beliau sampaikan nasihat or tazkirah tu macam mak kita. Lepas tu, Prof ni sangat-sangat lembut juga dalam bagi tazkirah. Aku suka !

3. AIDA AZLIN




Akak ni Singaporean dan aku suka dengan dia. Very positive person. Dia Vlogger actually dan penulis buku. Dia selalu share pasal aktiviti harian dia , yang boleh buat dia berfikir kembali tentang Islam dan Tuhan. Selain tu ada juga pasal motivasi . Best lah yang penting! Bawah ni salah satu video kak Aida yang buat aku rasa bersemangat mahu start buat assignment!


4. USTAZ EBIT LEW




Ustaz ni muallaf. Aku suka follow fb ustaz ni sebab ustaz ni suka share something atau bawa kita untuk sentiasa mengamalkan positiviti. Tidak menyalahkan orang lain atas sesuatu perkara yang terjadi. Sentiasa bantu orang lain. Cara ustaz approach orang yang beliau dakwah juga mashaAllah! aku kagum! Contoh kan , ustaz ni jenis suka round-round area yang pada aku "black area" lah. Tempat yang ramai pergaulan bebas, samseng , budak-budak luar kawal and so on. So bila sampai situ, ustaz akan cuba dekati diorang dengan cara ustaz tu sendiri (dengan positiviti tu). And guess what? diorang tak halau atau tengking pun bila ustaz cuba nasihatkan diorang untuk jaga solat semua. Malah tekun jak mendengar. Based on video-video ustaz Ebit yang viral tu kita boleh ambil pengajaran yang kita ni tidak boleh ada stigma atau suka menghukum orang lain. Mungkin diorang ada sebab tersendiri kenapa boleh terjebak dengan gejala tidak baik tu. Cuma tugas kita di sini ialah tarik dan bawa mereka kembali ke jalan yang benar dengan cara berhikmah. Aiseh ! Macam ustazah sudah aku bercakap haha. Tapi betullah kan. Siapa kita mahu menghukum orang lain? Yang salah memang tetap salah. Yang haram akan tetap haram. Kita bantu agama Allah ni even kita sendiri pun tengah perbaiki diri. Sekurang-kurangnya , ada juga sumbangan kita dengan agama.

Mereka-mereka inilah yang aku jadikan sebagai ikon positiviti dalam diri aku. Ya benar. Kita memang tak boleh taksub. Ambil mana yang baik jak. Setakat ni, tidak pernah aku dengar diorang ni memerli , menyindir atau memburuk-burukkan orang lain. So aku rasa , mereka ni antara yang sesuai dijadikan contoh untuk kita.

Bila down, cuba dengar video selebriti ni. Rasa macam recharge balik semangat tu. Kita sangat perlu insan-insan begini dalam hidup dan bukannya menunggu untuk jadi selebriti dulu baru boleh bagi aura positif dengan orang lain. Kita cuba jadi orang positif dan mencari kawan yang positif. Environment yang positif sangat membantu kita sebenarnya. Aku dah rasa sendiri.

Aku doakan anda yang baca blog aku ni agar menjadi manusia yang sentiasa positif. Kita rasa kita tidak mampu nak bagi sumbangan besar untuk agama, menjadi insan yang positif dan menyebarkan aura positif juga boleh jadi salah satu sumbangan yang besar sebenarnya, tanpa kita sedar. Kan?

Thank you ya sudi baca!

No comments: